SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Gagal larikan peti undi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Gagal larikan peti undi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Gagal larikan peti undi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15429
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Gagal larikan peti undi Empty
PostSubject: Gagal larikan peti undi   Gagal larikan peti undi Icon_minitime7/5/2013, 4:36 pm

Gagal larikan peti undi Image
Kenderaan petugas SPR rosak diserang sekumpulan penyokong parti yang cuba membawa lari peti undi, malam kelmarin.


KOTA BHARU - Kelancaran perjalanan undi di Kelantan dicemari tindakan sekumpulan penyokong parti politik yang cuba melarikan peti undi ketika perjalanan ke pusat penjumlahan di Tumpat, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dengan ketangkasan anggota polis, peti undi berkenaan berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab dalam insiden pada jam 11.30 malam itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, rombongan peti undi yang dikawal ketat anggota keselamatan terbabit diserang kumpulan berkenaan tidak jauh dari lokasi yang dituju.

Katanya, serangan itu menyebabkan ketua tempat mengundi dan seorang anggota polis masing-masing berusia 30 tahun mengalami kecederaan.

“Mereka datang menyerang kereta dengan menggunakan objek keras. Mereka begitu agresif dengan memanjat ke atas bumbung kereta dan memecahkan cermin serta merampas kunci.

“Tindakan cekap anggota polis bagaimanapun berjaya menyelamatkan undi-undi terbabit sebelum berkejar dan menyerahkannya ke pusat penjumlahan di Maktab Rendah Sains Mara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Menurutnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan giat memburu mereka yang terlibat dalam insiden itu.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 341, 427 dan 323 Kanun Keseksaan kerana khianat dan menghalang dengan salah,” katanya.

Jalaluddin berkata, sepajang hari undi kelmarin, polis menerima 88 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dan 44 daripadanya laporan berkaitan dakwat kekal.

“Pengundi yang keluar membuang undi kemudian mencuci tangan mereka dan dakwat berkenaan tanggal. Akibat itu, mereka membuat laporan.

“Terdapat juga laporan kebakaran kecil di pos parti di Pengkalan Chepa, pada jam 3 pagi kelmarin. Kami percayai ia perbuatan khianat budak-budak nakal. Pun begitu, polis sedang menjalankan siasatan ke atas semua laporan yang diterima,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/gagal-larikan-peti-undi-1.157626
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Gagal larikan peti undi

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: