London: Kajian yang dijalankan ke atas 1,000 pekerja dan 1,000 majikan menunjukkan kreativiti seseorang untuk memberi alasan semakin berkembang.
Dalam kaji selidik itu, beberapa alasan pelik pernah dikemukakan seseorang pekerja untuk ponteng, termasuk kaki tercedera kerana dihempap tin kadang, brek tangan kereta rosak dan anjing peliharaan bergaduh.
Seorang pekerja didapati menghubungi pengurusnya dan meminta cuti kerana ibunya ‘meninggal dunia’ - dan didapati untuk kali kedua.
Kajian berkenaan juga mendapati, ada pekerja sanggup mengaku cedera ketika melakukan hubungan seks dan memohon supaya dibenarkan untuk tidak datang ke tempat kerja.
Sementara itu, keputusan kajian sama juga menunjukkan enam daripada 10 majikan tidak mempercayai pekerja mereka yang mengaku sakit sebagai alasan untuk tidak bekerja.
Menurut kajian itu, beberapa alasan, seperti muntah melampau, dijangkiti virus dan sakit perut didapati lebih diyakini oleh majikan mereka. Dua pertiga majikan pula mahu pekerja mereka yang uzur supaya menghubungi pejabat sendiri dan enggan melayan penjelasan melalui e-mel atau mesej pesanan ringkas. Menurut kajian berkenaan, secara purata menunjukkan seseorang pekerja akan menipu empat kali sepanjang tempoh berkhidmat di sesuatu tempat kerja dengan alasan sakit atau demam sebagai faktor paling popular digunakan. - Daily Mail
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pekerjakiankreatifberialasantidakmahudatangkerja/MA/Article/index_html