SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15349
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya Empty
PostSubject: Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya   Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya Icon_minitime5/6/2013, 4:33 pm

Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya Image

KUANTAN – Gara-gara cuai meninggalkan kereta dalam keadaan enjin tidak dimatikan, seorang lelaki, Abdul Rasol Mohd Tahir, 50 hampir mempertaruhkan nyawa isterinya yang lumpuh, Hamiah Abd Majid, 50-an dan seorang anaknya, Norafidah, 15 apabila kenderaan yang di parkir di hadapan sebuah pasar raya dilarikan penjenayah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, mangsa meninggalkan isteri dan anaknya di dalam kereta serta masuk ke dalam pasar raya untuk menyelesaikan satu urusan.

Bagaimanapun, kereta Honda Civic yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan itu dilarikan oleh seorang lelaki bersama isteri serta anak yang ditinggalkan di bahagian penumpang di belakang.

Abdul Rasol berkata, sebaik sahaja keluar dari pasar raya, dia mendapati kenderaan berwarna putih miliknya sudah lesap.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit anak perempuan saya tetapi tidak berjawab membuatkan saya risau.

“Bimbang sesuatu tidak dingini berlaku, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya semasa membuat laporan polis di IPD Kuantan, di sini, semalam.

Katanya, dia bernasib baik kerana penjenayah hanya melarikan kereta dan meninggalkan isteri serta anaknya di tepi jalan di Bukit Sekilau.

“Lebih kurang jam 3.30 petang saya menerima satu panggilan daripada seorang perempuan Cina yang memaklumkan isteri dan anak saya berada di Bukit Sekilau.

“Sebelum meninggalkan isteri dan anak saya di tepi jalan, penjenayah sempat menghulurkan wang sebanyak RM 50 kepada mereka berdua untuk digunakan sebagai tambang teksi.

“Perempuan Cina itu menghantar isteri dan anak saya sebelum kami terus ke balai polis untuk membuat laporan.

“Semua barangan di dalam kereta termasuk kunci rumah dan telefon milik anak turut dilarikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes terbabit.

Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan mengesan suspek serta kereta terbabit.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/cemas-isteri-anak-dilarikan-1.167536
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Cemas isteri, anak dilarikan di hadapan sebuah pasar raya

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: