SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi Empty
PostSubject: Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi   Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi Icon_minitime26/6/2013, 1:49 pm

Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi Image
Bukti penghinaan terhadap Nabi Muhammad dalam laman sosial.


CHUKAI – Susulan penghinaan terbaru yang amat teruk kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan Islam di laman sosial Facebook, barisan kepimpinan Pemuda Umno seluruh Bahagian Kemaman membuat laporan polis agar pemilik akaun itu ditangkap segera.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Chukai, kira-kira jam 5.45 petang kelmarin, sekali gus menjadi laporan polis pertama yang dibuat terhadap kes itu di Kemaman, setakat ini.

Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Faisal Johar @ Ismail berkata, pihaknya mewakili suara warga Kemaman amat sedih, marah dan kecewa atas perlakuan pemilik akaun Facebook Sally Yen.

Menurutnya, penghinaan yang amat teruk antaranya melabelkan Nabi Muhammad sebagai ‘haiwan gila seks’ dan agama Islam dilabelkan sebagai ‘agama dajal’ itu menunjukkan pelaku tidak menghormati penganut agama lain.

“Kami amat bimbang kedamaian dan kerukunan negara Malaysia akan tergugat jika tiada tindakan tegas diambil dan perkara ini terus berterusan.

“Oleh yang demikian, kami sedar orang yang menyatakan pernyataan sebegini rupa mungkin tidak memahami Islam sebenarnya, namun tindakan menghina agama lain secara sebegitu dahsyat di laman sosial hendaklah dihentikan segera,” katanya.

Menurutnya, perkara itu amat serius dan harus disiasat serta merta.

“Justeru, kami mendesak pihak polis dan kementerian berkaitan menjejaki segera pemilik sebenar akaun Facebook tersebut dan dibawa ke muka pengadilan berdasarkan undang-undang sedia ada.

“Kami juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya saling menghormati antara satu sama lain dan tidak membangkitkan hal sensitiviti agama di laman sosial kerana ia pasti akan memudaratkan nikmat keamanan yang telah kita kecapi sejak sekian lama,” katanya.


sumber;http://www.sinarharian.com.my/tahan-segera-pemilik-akaun-facebook-hina-nabi-1.175965
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Tahan segera pemilik akaun Facebook hina nabi

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: