SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Antara taska, bibik dan pengasuh Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Antara taska, bibik dan pengasuh Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Antara taska, bibik dan pengasuh

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Antara taska, bibik dan pengasuh Empty
PostSubject: Antara taska, bibik dan pengasuh    Antara taska, bibik dan pengasuh Icon_minitime8/7/2013, 11:28 pm

 Antara taska, bibik dan pengasuh Image

KEHIDUPAN sekarang terlalu mencabar sehingga kedua-dua ibu bapa harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga.

Bila kedua-duanya bekerja, anak-anak yang masih kecil mahu atau tidak, terpaksa ditinggalkan sama ada di taska, di bawah pemerhatian bibik di rumah, atau kepada pengasuh.

Namun, dewasa ini, terlalu banyak cerita negatif tentang taska, bibik dan pengasuh.

Satu ketika dulu, saya pernah menerima e-mel dilampirkan dengan gambar kanak-kanak taska yang tidak seorangpun mukanya tidak ditekap dengan batal atau kain.

Saya tidak pasti, sama ada kanak-kanak tersebut dipaksa berbuat demikian atau melakukannya atas kerelaan sendiri.

Walaupun bukan gambar kanak-kanak didera, namun naluri keibuan saya tetap tersentak. Mengapa?

Bayangkan jika ada di antara anak-anak ini yang memberontak untuk melakukannya tetapi tetap dipaksa juga...

Bagaimana jika pengasuh di taska tidak dapat mengawal emosi lalu berlaku sesuatu tanpa diduga!

Saya bukan berfi kiran negatif. Andai seorang dua yang menutup kepala menggunakan tuala, selimut atau bantal, mungkin itu habit. Tapi kalau majoriti melakukannya?

Ia lebih terlihat kepada paksaan supaya anak-anak ini tidur.

Fikirkan...bayi yang ditutup mukanya dengan bantal. Andai lemas...adakah galang ganti nyawanya?

Ibu bapa memberi kepercayaan kepada taska untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak sementara mereka bekerja. Dan ia bukan percuma!

Seikhlasnya ibu bapa membayar, sebegitu jugalah ibu bapa berharap pengasuh sama ada di taska, di rumah atau di mana-mana, akan menjaga anak-anak mereka.

Mendengar, membaca dan melihat kes-kes yang berlaku, hari ini menghantar anak-anak ke taska, meninggalkan pada pembantu rumah atau pengasuh umpama perjudian mempertaruh kehidupan anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup.

Antara taska, bibik dan pengasuh ada pro dan kontranya yang pasti setiap ibu bapa mempunyai alasan tersendiri memilih kemudahan yang ada.

Apa yang penting walau siapa pun yang mengambil alih tanggungjawab sementara menjaga anak-anak, lakukanlah dengan ikhlas, pandanglah mereka sebagai memandang anak sendiri

Anak-anak kecil memanglah tidak boleh total mengikut arahan kerana kita semasa kecil juga sebegitu. Ia bermula daripada meniarap, merangkak, berjalan dan bukan terus berlari dan berakal!

Ikuti kes, pengakuan dan tip serta pendapat pakar yang disediakan sebagai panduan melegakan dilema memilih pengasuh.


Info Kes 1:

Derita 23 hari bertarung nyawa

KITA pernah dikejutkan dengan kejadian seorang bayi berusia enam bulan mengalami kecederaan parah terbakar 70 peratus badannya gara-gara kecuaian pengasuh yang meninggalkan bayi itu secara bersendirian, tahun lalu.

Kejadian berkenaan berlaku pada 15 Ogos 2012, jam 10.30 pagi.

Mangsa, Y Meysshvin, anak tunggal pasangan A Yogeshwaran dan Ranjita Kaur, masing-masing berusia 30an ditinggalkan berseorangan tidur di dalam buaian di rumah pengasuh di tingkat empat fl at Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang.

Semasa kejadian pengasuhnya, G Sarojh, 48, dikatakan turun ke kedai membeli barangan dapur dan hanya menyedari rumahnya terbakar selepas dimaklumkan jirannya.

Biarpun api yang dikatakan berpunca dari tokong kecil di dalam rumah itu berjaya dikawal oleh jiran namun bayi malang itu didapati mengalami kecederaan teruk dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Selepas 23 hari bertarung nyawa di HPP, bayi lelaki itu meninggal dunia setelah gagal diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk hampir keseluruhan badannya.

Sepanjang berada di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu, dia bergantung kepada mesin sokongan hayat sematamata dan tidak menunjukkan sebarang tindak balas biarpun diberikan pelbagai bantuan.

Mayat bayi berkenaan dikebumikan di Tanah Perkuburan Hindu di Jalan Siram.

Susulan kejadian itu, Sarojh yang juga ibu kepada tiga anak berusia antara 18 hingga 24 tahun dituduh bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas tuduhan menyebabkan kecederaan fi zikal ke atas bayi yang berada bawah jagaannya.

Jika sabit kesalahan isteri pemandu lori itu boleh didenda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Info Kes 2:

Serik lihat anak kena lambung, dera

Nina Suraya Sulaiman, 24

KISAH anak lelaki sulung saya, Mohamed Hareez Mohd Zamri menggemparkan masyarakat apabila pembantu rumah kami seorang warga Indonesia, bertindak kejam dengan menghempas dan melambung Mohamed Hareez sebanyak sembilan kali.

Perbuatan itu dilakukan di kediaman kami di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang.

Saya ambil keputusan berhenti kerja demi anak ini. Kejadian itu buat saya berhati-hati untuk menghantar anak kepada pengasuh.

Ketika itu saya bekerja di Kuantan. Sekarang saya pindah mengikut suami ke Kelantan.

Masa tengok video CCTV di komputer riba bersama suami di kedai makan.

Kami terkejut tonton video itu.

Ia berlaku tak sampai 20 minit saya dan suami keluar dari rumah.

Jarak rumah kami kira-kira 10 minit dari ke kedai makan berkenaan.

Hari tersebut adalah hari pertama pembantu rumah itu berkhidmat. Tidak sampai 24 jam dia bekerja... tanpa perasaan belas kasihan, dia lambung, hempas Hareez.

Untuk selamatkan keadaan, saya terus telefon jiran yang paling rapat.

Minta dia ketuk pintu rumah. Jiran ambil anak dulu sebelum saya sampai rumah.

Jiran kata anak berada dalam keadaan menangis. Anak saya bukan jenis anak yang suka menangis.

Sebelum keluar saya ada pesan kepada Yuliana supaya berwaspada dengan mereka yang tidak dikenali datang ke rumah. Jangan mudah buka pintu.

Dia tidak kenal jiran saya, tetapi dia buka pintu rumah dengan mudah. Dia ingkar pesan saya dan tidak fi kirkan keselamatan anak. Mungkin dia menggelabah dengan kedatangan orang dan terus buka pintu.

Dia buat-buat berlakon (selamba). Dia tidak cakap banyak dan kata Hareez menangis kerana sukar tidur, lalu dia minta maaf. Maknanya, dia tahu apa yang dia buat.

Melihat kaki dan tangan anak lebam perit rasa hati. Lebih mengelirukan, dia tahu di setiap sudut rumahnya terdapat CCTV, namun masih lakukan kekejaman itu


Pengakuan Ibu 1

‘Mama...bibik cuci punggung adik dengan kaki’

Nor Raihan Abd Rahman, 48

Bila anak sudah tiga, saya ambil keputusan untuk kembali bekerja.

Lagipun ketika itu anak sulung saya sudah berusia lapan tahun; anak kedua, enam tahun dan anak ketiga pula sudah empat tahun.

Jika saya ambil pembantu rumah, tidaklah berat tugas menjaga dan mengawal mereka.

Anak sulung saya sudah pandai mengurus diri sendiri. Sudah pandai mandi dan memilih pakaian di almari dan memakainya sendiri.

Anak kedua dan ketiga saya pun begitu.

Cuma perlu kawal mereka semasa mereka di bilik air. Jangan dibiarkan begitu saja.

Alhamdulillah, mereka dijaga dengan baik oleh pembantu pertama saya.

Beberapa tahun kemudian, saya lahirkan anak keempat. Pembantu pertama saya cuma menjaga sehingga tujuh bulan.

Kemudian dia mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya lagi. Kami pun mengambil pembantu kedua dari agensi yang sama.

Seperti biasa, waktu pagi, dua anak saya ke sekolah. Sebelah petang, hanya anak ketiga dan yang bongsu saja perlu dijaga.

Saya akan sampai di rumah sebelum anak sulung pulang dari sekolah.

Pembantu rumah kedua yang diberi oleh agensi kepada saya mungkin tidak pernah mendapat sebarang kursus sebelum diserahkan kepada majikan.

Nak masak nasi guna periuk elektrik tak pandai apatah lagi nak tekan butang-butang arahan di mesin basuh untuk mencuci baju.

Semua dia tidak tahu.

Tapi saya tak kisah itu semua. Tujuan sebenar saya ambil pembantu rumah adalah untuk jaga anak-anak sewaktu saya keluar bekerja.

Selalunya sebelum ke pejabat saya sudah siapkan makan-minum untuk anak-anak.

Juga untuk pembantu rumah. Dia cuma perlu panaskan makanan yang sudah siap di masak itu sebelum beri anak saya makan, atau sebelum dia sendiri yang makan.

Selepas seminggu dia bekerja, anak sulung saya mengadu.

“Mama...bibik cuci punggung adik dengan kaki.” Berderau darah saya.

Saya tanya pembantu kenapa dia buat begitu? Dia jawab sebab itu bukan anaknya sendiri. Katanya lagi, jaga anak orang tidak sama seperti menjaga anak sendiri.

Saya mengucap panjang. Esoknya saya pulangkan pembantu rumah saya ke agensi!


Pengakuan Ibu 2

Tegur pengasuh cara berhemah

Mama solehah

SAYA pernah ambil kesempatan pergi ke rumah pengasuh ketika waktu bekerja. Tujuannya satu, nak hantar susu bayi yang baru diperah.

Sewaktu hantar susu, saya sengaja masuk sampai ke dapur.

Pengasuh Fatin sebenarnya orang tua yang turut jaga cucunya. Alangkah hancur luluh hati saya bila tengok susu-susu yang dihantar pagi tadi, tujuh botol kesemuanya direndam air panas secara serentak.

Ini bermakna, Fatin minum susu sejuk setiap masa atau mungkin susu sudah masam atau tak elok kerana semua tahu daya tahan susu badan hanya kira-kira dua jam apabila diletakkan di luar peti ais.

Ya ALLAH saya rasa macam nak menangis. Saya tak tahu macam mana nak cakap apabila mengenangkan betapa susahnya kita nak perah hatta setitis susupun.

Betapa kita jaga susu itu dengan mengusung cooler ke sana ke mari untuk jaga suhu. Tiba di rumah pengasuh, senang-senang saja susu rosak.

Saya sedih mengenangkan entah-entah selama ini Fatin minum susu basi.

Saya mula memikirkan macam mana nak tegur pengasuh saya, maklumlah hati orang tua mudah terkilan. Dia jaga anak saya dengan baik, hanya mungkin soal itu yang dia kurang arif. Akhirnya, selepas mengambil kira pendapat suami dan kebetulan hari itu hari saya bayar upah mengasuh, saya ambil keputusan untuk menegur dengan cara berpesan sekali lalu.

Ketika meletakkan susu di dapur, saya berpesan, ‘mak cik nanti panaskan susu sebotol dulu ya. Panaskan masa baby tidur sahaja, yang lain biarkan dalam kotak ais sebab susu badan cuma tahan dua jam saja kalau letak di luar peti. Lebih daripada dua jam susu dah tak elok’.

Pesan saya sebelum bersalaman dengannya sambil menghulurkan gaji bulan itu.

Selebihnya saya berdoa dalam hati mudah-mudahan ALLAH lembutkan hati dia untuk menerima pesanan saya.


Pengakuan Pengasuh

Tambah pendapatan, elak hantar anak sendiri ke pengasuh

MENGAKUI kerjaya sebagai pengasuh di rumah untuk menambah pendapatan, Nora ada satu sebab lain yang mendorong dia memilih pekerjaan itu.

“Saya hanya nak pastikan emosi anak saya terjaga dan saya mahu didik sendiri anak saya,” kata Norazilah Hassan, 26, ibu kepada bayi enam bulan, Inas Umaira yang menetap di Seksyen 17, Shah Alam.

“Sebelum anak saya lahir, saya bekerja di pasar raya sebagai pembantu jualan dengan pendapatan yang lebih tinggi berbanding jadi pengasuh. Tapi, saya selalu dengar kawan-kawan merungut soal anak terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh.

“Saya kasihan dengar cerita mereka. Lebih kasihan pada anak-anak tu. Beberapa tahun sebelum ini pun saya pernah tolong jaga anak kakak yang sakit sebab kakak tak berani hantar kepada pengasuh.

“Saya tengok emosi anak kakak macam mana bila dia jauh dengan mak dia dan bila dia jumpa semula dengan mak selepas habis kerja,” beritahu Nora.

Dan atas sebab itu, Nora enggan melihat anaknya menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa berjauhan dengan ibu dan bapa setiap hari.

Meski pun sehingga jam lima atau enam petang sahaja, Nora dapat merasakan kesedihan anak-anak yang ditinggalkan ibu bapa kepada orang yang tidak mereka kenali.

“Lagi satu, bila jaga anak orang, saya anggap sebagai amal jariah. Saya sayangkan mereka dan kalau boleh saya nak jaga semua anak orang.

“Saya kasihan pada ibu bapa mereka yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak untuk cari rezeki,” sambung Nora.

Berkongsi idea bagaimana untuk mengorat hati bukan anak sendiri, Nora berkata, dia hanya menurut dan menggunakan konsep memujuk atau memuji.

“Saya jarang menolak kalau anak-anak kata nak makan sesuatu. Biasanya saya akan masakkan. Saya juga akan ajak anak-anak melukis atau menyanyi ABC atau berzikir untuk elak mereka bosan. Yang penting jangan paksa mereka tidur sebab bila ada aktiviti anak-anak akan tertidur dengan sendirinya.” kata Nora.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/antara-taska-bibik-dan-pengasuh-1.179902
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Antara taska, bibik dan pengasuh

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: