SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15431
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih Empty
PostSubject: Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih   Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih Icon_minitime28/7/2013, 12:12 pm

Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih Xpix_gal1.pagespeed.ic.KRT4mFEPKW

Muar: Seorang bayi berusia 13 bulan nyaris maut apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pengadun kuih di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Mohd Uqshah Iman Ramli dipercayai bermain bersendirian berhampiran mesin pengadun yang berada di atas lantai.


Ketika kejadian, ibunya Maznah Osman, 37, yang juga pekerja kilang itu membancuh adunan kuih di kawasan berhampiran selepas berpesan kepada Mohd Uqshah supaya jangan menghampiri mesin.

Maznah berkata, pada mulanya dia melihat Mohd Uqshah bermain jauh daripada mesin itu sebelum terdengar jeritan kuat disusuli tangisan anaknya.


“Saya bergegas mendapatkan Mohd Uqshah dan mendapati tangan kirinya tersepit pada mesin yang masih berputar.


“Badannya turut bergerak sama dengan mesin itu, ia mengakibatkan tangannya bengkak selain mulutnya berdarah akibat terhantuk.

“Bagaimanapun, seorang pekerja segera menutup suis mesin,” katanya.


Menurutnya, walaupun suis dimatikan, tangan kiri Mohd Uqshah yang tersepit di antara tempat meletak bekas tepung dan badan mesin gagal ditarik keluar.
“Pengurusan kilang meminta bantuan bomba dan penyelamat, dan mereka terpaksa membuka skru untuk mengeluarkan bekas kuih itu terlebih dulu.


“Selepas hampir 20 minit, akhirnya tangan Mohd Uqshah Iman dapat dikeluarkan,” katanya.


Sementara itu, pemilik kilang Norhadidah Harun, 43, berkata, ketika kejadian dia di tingkat atas sebelum terdengar jeritan bayi.


Katanya, mujur seorang pekerjanya pantas menutup suis mesin itu kerana jika sebaliknya, bayi berkenaan mungkin berdepan keadaan lebih buruk.


“Mohd Uqshah Iman yang bengkak di tangan kiri serta mengalami pendarahan di mulut dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan,” katanya.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tanganbayitersepit/MA/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Tangan bayi tersepit pada mesin pengadun kuih

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW :: OTHERS-
Jump to: