SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15449
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng Empty
PostSubject: Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng   Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng Icon_minitime6/9/2013, 1:30 am

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengumumkan kadar baru bagi membantu golongan pertengahan setelah menjalankan kajian mengenainya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kerajaan mungkin menaikkan paras pendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, bagi melayakkan mereka untuk memperoleh bantuan berkenaan.
"Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Belanjawan itu pada 25 Oktober.

Ahmad berkata selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat.

Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Belanjawan 2014.

Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.

"Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Belanjawan 2014," katanya.

Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd supaya merebut peluang untuk memberi perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.

"Setakat ini syarikat pengeluar cat itu terlibat dalam dua projek mega di Malaysia, termasuk projek Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Antara projek besar lain di Malaysia ialah MRT Sg.Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange. - BERNAMA
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kerajaan bakal umum kadar baru bagi bantuan golongan perteng

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: