SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Siasat pakej tak masuk akal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Siasat pakej tak masuk akal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Siasat pakej tak masuk akal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Siasat pakej tak masuk akal Empty
PostSubject: Siasat pakej tak masuk akal   Siasat pakej tak masuk akal Icon_minitime10/6/2014, 9:26 pm

Siasat pakej tak masuk akal Image

Mohd Sakhri (tengah) melawat Pasar Raya Che Wan dan meminta pengurusnya, Wan Omar Wan Yusof (kanan) mempamerkan minyak masak di rak apabila bekalan minyak masak baharu sampai.
< 1 / 1 >
TUMPAT – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyiasat dua pembekal barangan runcit mengenakan pakej tertentu kepada peniaga yang ingin mendapatkan bekalan minyak masak.

Penolong Pengarah Pejabat KPDNKK Kelantan, Mohd Sakhri Mohd Salleh berkata, pihaknya membuat siasatan segera apabila mendapat laporan ada pembekal minyak masak mengenakan pembelian bersyarat kepada peniaga.

“Kita ke kilang pembekal minyak masak tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, jika sabit kesalahan boleh didenda RM15,000,” katanya kepada Sinar Harian selepas melawat Pasar Raya Che Wan di Kampung Telaga Bata, di sini, semalam.

Sinar Harian semalam, melaporkan bekalan minyak masak di Pasar Raya Che Wan terputus apabila dua pembekal minyak masak dengan sengaja mengenakan pakej tertentu untuk mendapatkan bekalan minyak masak.

Pembekal pertama mengenakan syarat peniaga perlu membeli 4,800 tin susu pekat manis jika mahu mendapatkan 50 karton minyak masak yang mengandungi 200 botol, masing-masing seberat lima kilogram.

Manakala pembekal kedua membuat tawaran sekiranya ingin mendapatkan bekalan minyak masak, Pasar Raya Che Wan perlu membeli 50 bungkus gula dengan setiap bungkus 20 kilogram.

Sementara itu, Mohd Sakhri mengingatkan pengguna supaya jangan membuat pembelian panik kerana bekalan minyak masak mencukupi di negeri ini.

“Dalam masa terdekat, kita akan mengadakan perjumpaan dengan pembekal minyak masak sebagai persediaan musim perayaan dan juga adakan perbincangan mengenai penambahan kuota nanti,” katanya memaklumkan terdapat 16 pembekal minyak masak di negeri ini.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/siasat-pakej-tak-masuk-akal-1.288611
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Siasat pakej tak masuk akal

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: