" One day... . ader la sorang budak pompuan yang ditaruk namer
Cindairela. Dia tinggai bersama ngan mak tiri yang brutal beserta 3 ekoq
lagi kakak tiri yang teramatlah tak cute. Tiap minggu dia akan dibuli
ngan semua yang aku dah sebut tadi... maknanya tiap hari, tiap jam,
tiap minit dan jugak tiap saatlah... .
? Cindairela... amikkan aku ayaq coke..?
? Cindairela... .gosokkan seluaq teddy bear aku sat... .?
? Cindairela... .pi dating ngan pakwe aku... malas la nak dating ari ni... ?
? Cindairela... .. gi kasi jiran sebelah rumah tu makan... ?
Satu
ari ada la majlis jamuan tari menari diadakan di kampung sebelah...
Kira cam joget lambak la... .Anak Ketua kampung tu nak pilih la sorang
pompuan untuknya... . So, dijemputlah semua anak gadis disitu untuk
menghadiri majlis pemilihan tersebut... .
Tiga ? tiga kakak
tiri Cindairela bukan main excited sekali pasainya, anak ketua kampung
tu tak ubah cam Rosyam Noor... .. So, diaorang pun prepare la untuk
majlis tu... Mak dia tak masuk campur pasal dah kerepot sangat... Lembu
kat belakang umah tu pun tak teringin kat dia. Mak dia tu cuma leh bagi
sokongan moral dan duit jer... .Cindairela pun excited gaks tapi dia
kena perabihkan kerja ikat bata untuk buat tempat kuda nak tidoq. Tak
sampai lima belas jam... semuanya dah beres.
? Sume dah abih mak brutal... . so, aku nak gi majlis tu... ? katanya dengan gembira...
? Eh,... mana kau nak gi. Ni, ponggong kuda nie ko tak basuh lagi. Busok sangat la... Cuci sampai puteh tau... ?
So,
dengan muka tentionnya, Cindairela pun cuci... cuci punya cuci.. tak
juga putih. Sampai satu masa, dia pun amikkan minyak tanah dan curahkan
kat ponggong kuda tu. Lalu ditarokkan mancis api yang menyala ke
ponggong kuda tu. Serta merta ponggong kuda tu jadi putih... ( nampak
tulang tu kira putih la... )
? Ok, ko dah habiskan keje tu
ye... lepas nie ko pasang cornice letak downlight skit kat kandang kuda
yang ko buat tadi tu... Pastu taruk katil... pastu taruk kabinet, pastu
taruk bantal ngan tilam kat dia jangan lupa lak ko buat wiring.. nanti
takut kuda tu tak leh tido, lampu tak der. ? perintah mak tiri dia.
Cindairela
lalu berjalan ke kandang kuda tersebut dan terus terduduk kat tepi
dinding. Dia mengis terisak ? isak pasai dia dah tau yang dia tak
sempat nak jahit baju t-shirt rockers untuk majlis malam tu. Tetiba jer
Fairy Godmother datang dari lobang jamban kuda tu... Lalu disebabkan
terlalu kesian, Fairy Godmother tu pun tolong dia buat semua tu
termasuklah baju t-shirt Cindairela sekali... .
Tanpa
lengah, Cindairela pun dihantaq ke majlis malam tu ngan kapal terbang
boing 747 terbaru keluaran fairy godmother tu. Teramat seronok la
Cindairela malam tu... Dapat juga dia ketemu ngan anak Ketua kampungnya
malam tu. So, dipendekkan cerita, Cindairela terpilih antara berjuta ?
juta anak gadis yang ada kat situ... Selepas penggumuman tu dibuat.
Tiba ? tiba semua lari lintang pukang dan tinggal Cindairela yang
berdiri sambil menangis terisak ? isak. Memang dia terpilih malam tu...
dan memang itu yang dia hajatkan... Tapi permilihan malam tu ialah
pemilihan untuk menjadi tukang cuci kandang haiwan kat belakang umah
ketua kampung yang dah lama tak terjaga pasal orang lama yang keje kat
situ dulu dah lama mati... .
* Lain kali tengok agenda dan minit mesyuarat jamuan tu dulu sebelum nak gi, kalau nak selamat... .
Note: hehe... sian Cindairela... lain yang di harapkan..lain pulak jadinya... "