First topic message reminder :Ekslusif: New Proton SAGA 2008 revealed!!!!
akhirnya terbongkar jua rupa model terbaru Proton yang akan menggantikan ProtonSaga/Iswara lama yang mungkin guna nama Proton SAGA juga! Ini dia
snapshot yang dapat dicuri lagi...gambar ini kat opis LG Design Studio
(syarikat Korea) yang jadi rakan Proton kali ini. LG juga akan membantu
Proton mereka MPV baru yang bakal keluar setahun lagi.
Rekaan
Korea ini dah nampak ala-ala Kia dan Hyundai (sebutan Korea; Hi-Un-Dai,
bukan HYUNDEY!........jangan ikut sebutan Mat Saleh perasan okay!)
ni kat pejabat LG Design Studio ni...wah orang Korea pun berminat usha!
Dengan
Audio dari Syarikat Eropah iaitu Clarion yang wat sistem audio untuk
Lotus dan Savvy, papan meter oleh Siemens dan enjin baru yang dikod
dengan nama IAFM yang dikatakan oleh Bos Proton sebagai Upgraded Campro
1.3...
Bahagian belakang ni cantik gak...dah tertera pun nama SAGA tu!!Hmm
semua spesifikasi kedengaran gempak..... Tapi katanya versi penuh yang
asal terlebih kos pengeluaran jadi ada yang kena kaji lagi sebab nak
letak harga yang bakal mengkagetkan peminat kereta di Malaysia!
Kalau
benarlah harga sekitar RM40k dan ke bawah, maka sama-samalah kita
mengucapkan 'Selamat Bungkus' kepada jualan Viva, Myvi, Suria, Sutera
dan sedara mara mereka itu!!