rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Cerita rumput 17/1/2008, 10:55 pm | |
| Kisah rumput...
Ni petikan email yg di terima dr seorang sahabat..
Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini : Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
|
|
|
|
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita rumput 19/1/2008, 2:14 am | |
| penuh keinsafan..... dan... kesedaran... |
|
scorpions SENIOR
Countries/State : Age : 51 location : sandakan Points : 12573 Reputation : 3 Number of posts : 677
| Subject: Re: Cerita rumput 29/1/2008, 9:22 pm | |
| dah jumpa rumput yang cantik ke tak tahu |
|
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: Cerita rumput 29/1/2008, 11:15 pm | |
| huhu... terharu aja aku baca.. nice story kak rynn.. thanks jadi hargailah orang yang tersayang dan terdekat dengan kita kerana mungkin suatu hari nanti, bila dia dah tak ada...baru kita akan sedar akan kepentingannya... |
|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Cerita rumput 30/1/2008, 6:53 pm | |
| betul tu haibara , hargailah orang yang berada disamping kita, walaupun kadang2 dia membuat kesilapan , maafkanlah...tiada orang yang perfect keseluruhannya.Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. |
|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Cerita rumput 30/1/2008, 7:15 pm | |
| appreciate apa yang kita ada.. |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Cerita rumput | |
| |
|