First topic message reminder :
[url=mailto://][/url]
MUMBAI: Aktres popular Bollywood, Bipasha Basu, dinamakan sebagai wanita paling seksi di Asia oleh akhbar Britain, Eastern Eye, mengalahkan pemenang tahun lalu, Priyanka Chopra, yang cuma mampu berada di tempat ketiga.
Kejayaan merangkul tempat teratas dalam senarai 10 wanita paling seksi di Asia buat kali kedua selepas 2005, pelakon berkulit hitam manis itu berkata: “Saya gembira dapat merampas kembali mahkota itu dan akan cuba mempertahankannya kali ini.
“Saya rasa keseksian melepasi sekadar paras rupa dan ia datang dalam satu pakej, dari personaliti kepada cara anda membawa diri dalam kehidupan seharian. Saya berterima kasih kepada mereka mengundi kerana saya berusaha keras.”
Memberi komen mengenai daya tarikan Bipasha pada peringkat antarabangsa, editor Eastern Eye yang juga pengasas Wanita Asia Paling Seksi dalam Senarai Dunia, Hamant Verma, Bipasha adalah jelmaan hidup daya tarikan seksual.
“Kemampuan dia berlakon, kejelitaan dan pesona mampu membangkitkan tarikan hebat dari media dunia kepadanya,” katanya.
Aktres Bollywood yang turut berada dalam senarai itu ialah Madhuri Dixit di tempat kedua, Aishwarya Rai, keempat dan Shilpa Shetty di tangga keenam diikuti Katrina Kaif, Kareena Kapoor dan Lara Dutta.