| DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat | |
|
|
Author | Message |
---|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 1/1/2008, 8:52 pm | |
| MUAR 30 Dis. – Cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.
Selepas penyebaran meluas secara per cuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.
Rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel. Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.
Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembunyikan’ oleh para pengedar kerana bimbang tindakan polis.
DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.
Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV. Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.
Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar percaya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut. Namun, percakapan serta wajah pemimpin itu dari dekat tidak begitu jelas digambarkan di dalam DVD itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung pe nyebaran DVD itu. “Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya- Utusan |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 1/1/2008, 8:57 pm | |
| KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman mengarahkan siasatan dibuat berhubung pengedaran cakera video digital (DVD) rakaman aksi lucah membabitkan lelaki yang menyerupai seorang menteri Kabinet daripada MCA.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis Johor sudah diarah untuk mengesan individu atau pihak yang bertanggungjawab mengedarkan DVD terbabit di beberapa bandar di negeri itu sejak beberapa hari lalu.
“Walaupun sehingga kini belum ada laporan polis dibuat mengenai pengedaran DVD terbabit, saya sudah mengarahkan kertas siasatan mengenainya dibuka,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
DVD berkenaan, yang mulanya dikatakan hanya tersebar di sekitar Muar dan Tangkak, kini dipercayai sudah beredar ke Johor Bahru dan Lembah Klang. Malah, pembangkang sudah mengambil kesempatan apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin meminta kerajaan melakukan siasatan penuh mengenai kes itu.
Mereka yang menyaksikan DVD itu mendakwa imej lelaki dalam rakaman itu menyerupai menteri berkenaan terutama raut wajah dan saiz tubuhnya walaupun percakapan serta mukanya tidak dapat dilihat dengan jelas.
Rakaman hubungan seks selama kira-kira sejam dengan seorang wanita berusia 20-an itu dipercayai diambil menerusi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik sebuah hotel di sini tetapi lokasi sebenar tidak dapat dipastikan. |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 3:35 pm | |
| Saya orangnyaOleh Md Zin Ali dan Junita Mat Rasid [url=mailto://][/url]Dr Chua mengaku lelaki dalam video seks SEGAMAT: "Sayalah orangnya," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar) ketika mengaku beliau adalah individu dalam rakaman cakera video digital (DVD) aksi seks seorang lelaki dengan wanita, yang kini tersebar luas di Johor. "Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah lelaki dalam rakaman itu dan wanita berkenaan adalah kawan saya," kata Dr Chua yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-61 hari ini, pada sidang media khas di pejabat MCA Bahagian Labis, semalam. Beliau yang juga Naib Presiden MCA dan Ahli Parlimen Labis, kelihatan tenang ketika membacakan kenyataan bertulis dan menjawab soalan wartawan sepanjang sidang media selama kira-kira 20 minit yang turut dihadiri 150 penyokongnya itu. "Saya tidak membuat sendiri rakaman (DVD) itu. Siapa yang merakamnya tidak penting bagi saya. Apa yang lebih penting ialah keluarga, isteri dan anak-anak sudah menerima permohonan maaf saya," katanya. Dr Chua menjelaskan, beliau secara peribadi sudah menemui dan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, mengenai perkara itu kelmarin. Ditanya apa reaksi mereka, beliau berkata: "Saya sudah sudah jumpa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA... apa reaksinya eloklah kamu sendiri berjumpa dengan mereka kerana saya tidak boleh memberi pandangan mereka terhadap saya". Beliau turut memohon maaf kepada semua rakan seperjuangan, penyokong dan rakyat Malaysia serta berterima kasih terhadap mereka yang menunjukkan prihatin serta sokongan melalui panggilan telefon dan SMS yang dihantar kepadanya. Dr Chua yang enggan mendedahkan tarikh dan lokasi rakaman DVD itu dibuat serta identiti pasangannya dalam rakaman berkenaan turut merayu kepada media supaya memberi ruang kepadanya dan keluarga untuk menghadapi tempoh sukar ini. Katanya, beliau belum memikirkan tindakannya selepas membuat pengakuan itu dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis yang mengumumkan sudah memulakan siasatan mengenainya kelmarin. "Saya akan fikirkan dan memberi perhatian serius (sama ada mahu membuat laporan polis) mengenainya. Parti juga tidak membuat laporan polis," katanya. Mengenai masa depan kerjaya politiknya selepas pengakuan itu, Dr Chua berkata beliau enggan membuat sebarang spekulasi, sebaliknya menyerahkan kepada ahli parti, pemimpin dan rakyat Malaysia untuk menjadi pengadil. Ditanya kedudukannya dalam Kabinet, beliau berkata: "Kedudukan saya macam biasa dan semua menteri dalam Kabinet berkhidmat atas kehendak serta kepercayaan Perdana Menteri". Dr Chua berkata, beliau mendapat tahu mengenai penyebaran rakaman DVD yang mengandungi aksi hubungan seksnya dengan wanita itu pagi Ahad lalu serta sudah menonton sendiri rakaman itu melalui salinan DVD yang diperoleh daripada rakannya. Menjawab pertanyaan sama ada beliau tahu dalang yang membuat rakaman itu terutama jika ia membabitkan musuh politiknya, Dr Chua berkata, beliau tidak tahu tujuan rakaman itu dibuat dan ia tidak penting baginya. "Saya tidak akan membuat spekulasi siapa yang menyebarkannya. Itu tidak penting bagi saya," katanya yang enggan mengulas mengenai perasaannya selepas salinan DVD itu tersebar serta meminta media menyiarkan kenyataan bertulisnya. Mengenai reaksi keluarganya selepas pengakuan itu, Dr Chua berkata isteri dan keluarganya akan membuat kenyataan berasingan tetapi menegaskan mereka semua menyokong beliau dan tidak timbul masalah. Dr Chua berkata, beliau juga akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa dan kes berkenaan tidak akan mengubah jadual tugasnya sebagai seorang menteri, Ahli Parlimen atau pemimpin parti. Malah, sidang akhbar itu dibuat selepas beliau selesai menghadiri majlis lawatan rasmi ke Hospital Segamat dan selepas itu, menghadiri majlis perjumpaan bersama masyarakat India di Bekok, Labis. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Umno bahagian Labis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha serta Timbalan Ketua Perhubungan MCA Johor yang Adun Bekok, Tan Kok Hong. |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 7:38 pm | |
| |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14368 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 7:46 pm | |
| |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 8:06 pm | |
| Letak Jawatan sudah dia.. "Hollier than Thou" Mantap.. MANTAP.. Mantap!!?!! 8) |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14368 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 9:15 pm | |
| |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12544 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 9:41 pm | |
| PM aku siapa ada video nya..
aku nak tgo juga??? |
|
| |
heytang JUNIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12423 Reputation : 0 Number of posts : 171
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 9:49 pm | |
| aku pun mau tgk video tu untuk mengesahkan kesahihan dan ketulenan aksi dalam video tersebut |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 2/1/2008, 9:56 pm | |
| sumber DVD rip tu belum dapat lagi... masa terdekat dapat kot.. tapi takdelah nak simpan kat forum ni.. tak tentu pasal kita semua yg kena...
Last edited by on 4/1/2008, 1:09 pm; edited 1 time in total |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 3/1/2008, 9:31 am | |
| Letak semua jawatan
Oleh Abdul Razak Raaff
HARI TERAKHIR: Dr Chua mengumumkan peletakan jawatan serta-merta dalam politik dan kerajaan di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan, Putrajaya, semalam.
Dr Chua lepas kedudukan kerajaan, parti selepas pengakuan video seks
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Labis, Naib Presiden MCA dan semua jawatan dalam parti pada peringkat kebangsaan serta negeri, berkuat kuasa serta-merta.
Dr Chua membuat keputusan itu berikutan pengakuannya kelmarin bahawa beliau adalah individu dalam rakaman cakera video digital (DVD) aksi seks seorang lelaki dengan wanita yang tersebar luas di Johor sejak minggu lalu.
"Saya dengan ini menyampaikan hasrat kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Presiden MCA bahawa saya meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Ahli Parlimen Labis, Naib Presiden MCA, Pengerusi Perhubungan MCA Johor dan Ketua MCA Bahagian Batu Pahat, serta- merta.
"Saya sudah menyerahkan surat kepada pejabat Perdana Menteri selepas membuat keputusan pagi tadi (semalam)," katanya pada sidang media selama kira-kira 45 minit di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan, di sini, petang semalam.
Ditanya alasan berbuat demikian selepas 24 jam menegaskan akan terus menjalankan tugas sebagai menteri, Ahli Parlimen dan pemimpin parti pada sidang media di Labis, kelmarin, Dr Chua yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-61, semalam berkata:
"Selepas saya buat pengakuan, saya harap rakyat Malaysia boleh terima permohonan maaf saya tetapi malangnya daripada maklum balas yang diterima, saya dapati sebaliknya, malah ramai bersikap seperti mereka saja yang baik.
"Saya berpendapat kalau terus memegang jawatan dalam parti dan kerajaan, saya akan menjadi bebanan khususnya dari segi moral dan apa yang disarankan oleh Presiden MCA yang mahukan budaya politik bersih.
"Saya tidak nampak rakyat boleh terima (permohonan maaf) dan demi keluarga, lebih baik saya meletak jawatan supaya tidak jadi beban kepada kepemimpinan negara serta parti. Walaupun saya tidak lagi memegang jawatan, saya tetap bersama rakan seperjuangan dalam MCA."
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada sidang medianya di sini semalam, berkata, beliau sudah menerima surat peletakan jawatan Dr Chua dan menyifatkan keputusan pemimpin itu sebagai tindakan wajar.
"Dr Chua mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Saya anggap itulah keputusan yang wajar kerana beliau telah mengambil kira kesan buruk yang mungkin menimpa kerajaan dan juga parti daripada isu ini," katanya.
Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting pula berkata, mesyuarat tergempar Majlis Presiden semalam memutuskan bahawa tindakan Dr Chua meletak jawatan sebagai tepat tetapi kepemimpinan parti menerimanya dengan berat hati.
Dr Chua yang kelihatan tenang menjawab soalan pemberita dalam sidang media semalam berkata, beliau juga akan tetap menyokong kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta akan sentiasa taat setia kepada MCA sebagai ahli biasa.
Bagaimanapun, beliau yang pernah memegang pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan sejak hampir 20 tahun lalu berharap tindakannya berundur itu menjadi iktibar kepada pemimpin lain dalam MCA dan parti komponen BN.
"Sesiapa pemimpin yang melakukan kesilapan atau tersalah langkah kerana kelemahan tertentu, maka mereka hendaklah sedia bertanggungjawab termasuk tampil ke depan dan bersemuka dengan kepemimpinan parti serta rakyat," katanya.
Ditanya mengenai perbuatan pihak yang merakam dan mengedar DVD itu, beliau menjelaskan, Perdana Menteri sudah memberi jaminan kerajaan akan menyiasat punca dan dalangnya supaya ia tidak dijadikan amalan untuk menjatuhkan sesiapa.
"Mulai hari ini, saya adalah rakyat biasa dan berharap tidak menjadi sasaran pihak tertentu. Saya percaya jika dia (yang merakam DVD berkenaan) berjaya, saya bukan orang pertama dan terakhir yang menjadi mangsa tindakan menjatuhkan pemimpin," katanya.
Mengenai rancangan beliau selepas melepaskan semua jawatan itu, Dr Chua secara berseloroh berkata, mahu menjadi wartawan kerana mempunyai pengalaman luas dalam politik, malah sanggup berbuat demikian jika menerima tawaran.
"Saya tidak pandai berniaga dan sesiapa yang mengatakan rakaman itu dibuat untuk menjadikan saya sebagai sasaran oleh mana-mana kumpulan atau musuh perniagaan, ia tidak benar kerana saya tidak pernah terbabit dalam perniagaan," katanya.
Beliau juga enggan membuat spekulasi mengenai pihak yang menyebarkan rakaman DVD berkenaan walaupun mendakwa menerima lebih 200 khidmat pesanan ringkas termasuk yang menghentam beberapa pemimpin parti MCA selepas membuat pengakuan dan permohonan maaf terbuka kelmarin.
"Saya tidak akan membuat sebarang spekulasi kerana Presiden MCA dengan jelas mahu melihat ahli parti terus bersatu padu dan menyokong kerajaan BN tetapi sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat lebih berkuasa.
"Saya juga merayu kepada ahli MCA supaya tidak terus membuat spekulasi kerana ia satu amalan yang tidak sihat," katanya. |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 4/1/2008, 10:12 pm | |
| dalam hal ni haruskah kita salahkan orang yg mengambil rakaman CCTV atau pun bekas menteri kesihatan malaysia kita ini? bagi ulasan anda dengan bernas... perbincangan ini terbuka kepada semua.. |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12544 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 12:05 am | |
| kan dah kantoi... mengikut pengamatan aku lah kan.. rancangan dorang nie amat teliti dan sungguh halus...mungkin bersangkut paut dengan orang sendiri yang mo mejatuhkan menteri kesihatan..kesian dia |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14368 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 12:30 am | |
| tp apa2 pun kita harus dpt video dlu untuk di tonton..untuk membuat kesimpulan... |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12544 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 12:37 am | |
| klu ada kita just PM2 sj bha |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 8:48 am | |
| Gambar tdk clear..samar2..... no komen.. |
|
| |
budaknakal66 REGULAR
Age : 40 location : Kajang Points : 12611 Reputation : 0 Number of posts : 429
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 10:35 am | |
| ntah pape lar dorg ni...xsenunuh tol... |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 12:12 pm | |
| apa yg aku dgr pun ... dorang cakap gambar tak clear.. tapi masa nak main tu... mantan menteri dgn perempuan tu tgk blue dalam notebook sambil main.. awek tu mantap... itu spekulasi yg aku dgr lah. aku blum tgk lagi... |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12653 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 12:51 pm | |
| kalo ade tue kongsi2 lah skit..... |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 5/1/2008, 6:26 pm | |
| Salah ooo..kasi sebar2... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 6/1/2008, 12:30 am | |
| aku dgr ada sudah d kk..hahaha..menunggu jak nie..MANTAP KO JU!!?!! 8) |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 6/1/2008, 8:27 am | |
| - drakult wrote:
- aku dgr ada sudah d kk..hahaha..menunggu jak nie..MANTAP KO JU!!?!! 8)
Cari ja dlm internet berlambak tu.... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 6/1/2008, 9:48 am | |
| hehehe..di youtube pun ada sudah..MANTAP!!?!! 8) |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 6/1/2008, 1:42 pm | |
| Youtube kena sensor ba... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat 6/1/2008, 2:20 pm | |
| tidak apa lah boss..janji ada movement hahahaha..MANTAP!!?!! |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat | |
| |
|
| |
| DVD 'aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat | |
|