[url=mailto://][/url]
Pelakon filem Hook tak puas hati dirakam dua jurugambar video berhampiran sekolah
LOS ANGELES: Bintang layar perak Hollywood, Julia Roberts tidak dapat membendung rasa geram dan tidak puas hati beliau apabila bertindak memarahi paparazzi yang mengganggu dan mengekori beliau.
Pelakon terbabit yang memainkan peranan Tinkerbell dalam filem Hook dirakamkan Rabu lalu bertindak liar mengekori dua jurugambar video di Malibu sebelum mengarahkan mereka keluar dari kereta dan memarahi mereka kerana merakamkan beliau berhampiran sebuah sekolah.
Rakaman yang diambil jurugambar video bebas bagi berita selebriti dan agensi foto Splash disiarkan melalui Inside Edition yang menunjukkan Roberts memandu sebuah Mercedes SUV di belakang lelaki terbabit sambil membunyikan hon dan meminta mereka berhenti.
"Saya nak bercakap dengan anda mengenai perkara bahawa anda berada di sebuah sekolah yang menjadi tumpuan kanak-kanak. Pergi dari sini," kata Roberts, 40, dalam rakaman terbabit yang menyaksikan beliau berdiri di luar kereta lelaki terbabit dan menunjuk ke arah kedua mereka selepas memberhentikan kereta.
Ketika memandu, pemenang hadiah Oscar melalui filem Erin Brockovich dilihat melanggar garisan berkembar kuning, tetapi tidak kelihatan anaknya dalam kereta berkenaan, kata wakil jualan media Splash, Amy Wiwuga kepada AP.
Wiguwa bagaimanapun tidak mendedahkan identiti dua jurugambar video terbabit sambil berkata bahawa ia adalah dasar agensi itu terhadap jurugambar bebas.
Panggilan kepada pegawai publisiti Roberts di New York, Marcy Engleman tidak dijawab.
Robert mempunyai sepasang kembar berusia dua tahun dan seorang anak lelaki berusia hampir enam bulan hasil perkahwinan dengan suaminya, jurukamera filem, Danny Moder. AP