| MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? | |
|
|
Author | Message |
---|
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 1:21 am | |
| MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? BAHAYA MEROKOK Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian. Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya. Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut! Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK... ... kepada kanak-kanak
- Kanak-kanak
kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
- Kanak-kanak
yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.
- Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
- Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).
... kepada bayi yang belum lahir
- Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang.
- Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.
- Karbon
Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut.
- Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.
... kepada perokok
- Asap
tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran, keracunan dan lain-lain.
- Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
- Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.
- Wanita yang merokok mendapat lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan.
- 8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.
- Wanita yang merokok mengalami penyusutan ketumpatan tulang (osteoporosis) dan bertambahnya risiko tulang patah.
- Wanita
yang merokok dan menggunakan pil pencegah kehamilan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat strok atau sakit jantung.
- Kematian disebabkan strok adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang merokok.
- Rokok-rokok rendah nikotin/rendah tar tidaklah lebih selamat.
- Merokok menggandakan risiko barah serviks.
- Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.
- Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut - barah sinus - barah esofagus - barah otak - barah dada - barah uterus - barah pundi kencing - barah buah pinggang - tiroid - leukemia - kelenjar limfa
- Adakah
anda fikir semua kawan-kawan anda merokok dan anda mahu turut serta? Fikir semula. 84% daripada remaja 15 - 19 tahun tidak merokok, dan jumlah ini terus meningkat.
... kepada orang yang berdekatan
- Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.
- Kesan-kesan segera yang dialami oleh orang yang berdekatan dengan orang yang merokok termasuklah:
- iritasi mata - sakit kepala - hidung rasa tidak selesa dan bersin - batuk dan sakit tekak - mual dan pening - bertambahnya kadar jantung dan tekanan darah.
... kepada persekitaran
- Satu puntung rokok mengambil masa selama 5 tahun untuk "biodegrade'.
- Puntung-puntung
rokok dari tepi jalan, rumput dan longkang biasanya akan berakhir di dalam sistem perparitan, lalu mengalir ke dalam tasik-tasik dan sungai-sungai yang berdekatan di mana burung-burung menghadamkannya.
- Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.
- Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.
... kepada kewangan
- Sebagai
contoh, seseorang yang mula merokok pada umur 13 tahun dan merokok 1 kotak sehari. Apabila umurnya mencecah 30 tahun, dia telah membelanjakan lebih kurang RM21,000 ke atas rokok pada harga sekarang ... cukup untuk membayar deposit rumah!.
- Apabila
sampai masa orang yang sama untuk bersara, merokok telah menyebabkan tambahan kos sebanyak lebih kurang RM63,000 lagi ---perbelanjaan perubatan!
KETAGIHAN MEROKOK Ketagihan
Dalam kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok. Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.
Nikotin
Nikotin adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain. Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf, menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi, nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.
Kesan-kesan
Nikotin adalah dadah yang kuat. Ia boleh mempengaruhi otak dan sistem saraf. Apabila asap daripada rokok disedut, ia akan terus masuk ke paru-paru. Dari sana semua bahan-bahan berpotensi merbahaya masuk ke dalam saluran darah badan. Lebih kurang 7 saat, satu perempat daripada nikotin dibawa terus ke otak. Tiga perempat daripadanya pergi ke tempat-tempat lain.
"Buzz" (dengung?) yang boleh diperolehi daripada merokok adalah sebenarnya nikotin yang sedang bekerja. Apabila nikotin telah memasuki otak melalui saluran darah, saraf penerima otak yang kecil menimbulkan satu kesan dalam memberi respon kepada nikotin. Kesan ini yang menghasilkan kenikmatan merokok. Antara kesan-kesannya ialah perasaan kewaspadaan, kebolehan untuk menumpukan perhatian, pencapaian dan "mood". Nikotin menyebabkan peningkatan degupan jantung dan kadar pernafasan. Satu ciri nikotin yang menghairankan ialah ia boleh berfungsi sebagai satu rangsangan atau satu sedatif.
Lebih ketagihan
Penyelidikan-penyelidikan menunjukkan nikotin dalam produk tembakaulah yang menyebabkan peningkatan yang tinggi dalam tabiat merokok. Perokok-perokok menjadi lali atau membina toleransi terhadap dadah dan bergantung pada nikotin yang lebih banyak untuk memenuhi permintaan badannya terhadap dadah. Disebabkan toleransi ini, pengguna tembakau mesti menambahkan penggunaan tembakau untuk mengalahkan atau melangkau toleransi ini.
MAHU BERHENTI MEROKOK?
Semua orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok. Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda. Ia mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba untuk berhenti merokok. Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.
Mengapa anda rasa mahu menghisap rokok? Mengapa tidak anda... [color=Navy]Gementar Bersantai Susah menumpukan perhatian Bertukar-tukar aktivitiSembelit Makan buah-buahan Merungut Tarik nafas panjang Letih Dapatkan tidur yang cukup Mulut kering Minum air berais Batuk Mandi air pancuran hangat Pening Dapatkan udara segar Susah tidur Berendam di dalam air yang hangat Tegang Bersenam Sedang menelefon Menconteng-conteng atas sehelai kertas Memandu Menyanyi! Lapar Minum air Bosan Terus aktifTiada tenaga Rehat Murung [color:8bc4=Navy:8bc4]Baca buku atau majalah Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli... 1 hari = RM3.50 [color=Navy]Burger 2 hari = RM7.00 5 tin Coke 3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC 5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa 1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang 2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan 3 minggu = RM73.50Kemeja T berjenama 1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan 2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama 3 bulan = RM294.00 Stereo walkman 6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih 1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi 1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD 4 tahun = RM5,110.00 [color:8bc4=Navy:8bc4]Komputer multimedia
Last edited by on 7/9/2007, 10:55 am; edited 1 time in total |
|
| |
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13026 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 10:53 am | |
| Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli... 1 hari = RM3.50 Burger 2 hari = RM7.00 5 tin Coke 3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC 5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa 1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang 2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan 3 minggu = RM73.50 Kemeja T berjenama 1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan 2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama 3 bulan = RM294.00 Stereo walkman 6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih 1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi 1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD 4 tahun = RM5,110.00 Komputer multimedia
bugdet nihh... keh keh
|
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 11:20 am | |
| dapat ketenangan n rasa sedap bila merokok lepas makan.. hehe... any supporter from smokers here?.. |
|
| |
wiramaroon REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC00231 Points : 12839 Reputation : 0 Number of posts : 411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 1:43 pm | |
| - andypeterh wrote:
- dapat ketenangan n rasa sedap bila merokok lepas makan..
hehe... any supporter from smokers here?.. betol tuh.. jiwa rasa tenteram.. cool.. freshing.. lagi² kalau lepas makan.. rase macam ade 1 tenaga mengalir dalam badan.. p/s: ako sebenarnye dalam proses nak berenti.. |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 3:50 pm | |
| |
|
| |
nabilasayyes SENIOR
Countries/State : location : w. p. labuan Tag ID: : SFC 00422 Points : 12745 Reputation : 0 Number of posts : 762
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 3:56 pm | |
| siapa cakap x rugi.. tawkeh kedai rokok akan RUGI kalau ko orang benti merokok laaa... cian dia.. |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 3:59 pm | |
| - nabilasayyes wrote:
- siapa cakap x rugi.. tawkeh kedai rokok akan RUGI kalau ko orang benti merokok laaa... cian dia..
biar la tokey kedai rugi.. korang leh gak save duit tuh.. buat modified kereta ke.. nampak jugak hasilnya.. 8) 8)
Last edited by on 7/9/2007, 6:00 pm; edited 1 time in total |
|
| |
wiramaroon REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC00231 Points : 12839 Reputation : 0 Number of posts : 411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 7/9/2007, 5:51 pm | |
| - haibara wrote:
- nabilasayyes wrote:
- siapa cakap x rugi.. tawkeh kedai rokok akan RUGI kalau ko orang benti merokok laaa... cian dia..
biar la tokey kedai rugi.. korang leh gak save duit tuh.. buta modified kereta ke.. nampak jugak hasilnya.. 8) 8) betol cakap si haibara tu.. nanti bleh ako midified kasik terbang wira maroon ako tu... huhu |
|
| |
cherry_cutiey JUNIOR
Age : 36 location : KL Points : 12468 Reputation : 0 Number of posts : 215
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 1:22 pm | |
| hurmmmmg...bnyk bad effect akibat dr smoking nie..tp..nak benti susah... |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 1:27 pm | |
| - cherry_cutiey wrote:
- hurmm
mmg...bnyk bad effect akibat dr smoking nie.. tp.. nak benti susah... erm..mcm cherry merokok gak je.... cube2 la berenti..kalau boleh kan lagi baik... |
|
| |
cherry_cutiey JUNIOR
Age : 36 location : KL Points : 12468 Reputation : 0 Number of posts : 215
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 1:30 pm | |
| haibara.. yurp.. now tgh usaha nk benti... :| wish me luck eaa.. hurmm |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 1:40 pm | |
| sebenarnya klu mo brenti smoking ni dr diri sendiri jak.. pernah jg sya brenti merokok 2 kali jak.. 1st tu dptlah brenti selama 3 bulan.. itu pun dlm 10 thn yg lps.. hehehe.. dlm 3 thn lps terberhenti merokok selama sebln.. masuk hospital sebln sbb accident kreta.. (kreta wira a/back ku total lost..) tp 1st day sya smpi d ruma, trus merokok.. skrg ni pun besanya merokok tp kdg2 tu brenti jg.. bila teda duit mo beli rokok.. wakakakk.. |
|
| |
cherry_cutiey JUNIOR
Age : 36 location : KL Points : 12468 Reputation : 0 Number of posts : 215
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 1:42 pm | |
| yea.. sume nie pon atas usaha diri sndiri jugak.. keyakinan n keazaman yg kuat tu PENTING.. hurmm
|
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 2:00 pm | |
| iyek.. keazaman.. biar lah harga rokok tu melambung tinggi.. akan ku beli lah jg demi paru-paruku ini.. kedai yg jauh pun akan ku pegi.. agar m'dpt kepuasan d hati.. wakakakk... |
|
| |
cherry_cutiey JUNIOR
Age : 36 location : KL Points : 12468 Reputation : 0 Number of posts : 215
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 2:02 pm | |
| hahasiut jerkk |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 30/10/2007, 2:19 pm | |
| |
|
| |
coolbone JUNIOR
Age : 41 location : Putra Height (Future Taipan II) Points : 12784 Reputation : 0 Number of posts : 108
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 2/11/2007, 6:03 pm | |
| setiap kali aku merokok aku rase aku semakin hensem sebab tu la aku susah nak berenti isap rokok... |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 6/11/2007, 4:13 am | |
| Aku pun merokok gak....tpi skg dlm proses nk berhenti la..... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 6/11/2007, 10:33 am | |
| isap lah ko rokok.. sblm rokok ko kena isap.. wakakkkakk.. |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12653 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 8/11/2007, 10:11 am | |
| - andypeterh wrote:
- isap lah ko rokok..
sblm rokok ko kena isap.. wakakkkakk.. rokok ape yg kene isap.... |
|
| |
xiaomao MODERATOR
Countries/State : Age : 35 location : Kota kinabalu,sabah Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361 Tag ID: : 00735 Points : 14149 Reputation : 24 Number of posts : 7994
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 10/11/2007, 5:18 pm | |
| yg penting jgn isap second hand rokok.... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 10/11/2007, 9:26 pm | |
| isap lah rokok yg btul2 punya.. |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12653 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 10/11/2007, 11:21 pm | |
| drpd isap rokok lebih baik isap gule2 lolipop lg sedap....... |
|
| |
Satria Neo84 SENIOR
Age : 40 location : Labuan Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 834
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 23/11/2007, 1:21 am | |
| Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan: - barah mulut - barah sinus - barah esofagus - barah otak - barah dada - barah uterus - barah pundi kencing - barah buah pinggang - tiroid - leukemia - kelenjar limfa Maklumat yang tepat.... berhentilah merokok.........
|
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? 23/11/2007, 11:09 pm | |
| - Satria Neo84 wrote:
- Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut - barah sinus - barah esofagus - barah otak - barah dada - barah uterus - barah pundi kencing - barah buah pinggang - tiroid - leukemia - kelenjar limfa Maklumat yang tepat.... berhentilah merokok.........
teng Q..teng Q ko mrokok ke tak nie.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? | |
| |
|
| |
| MEROKOK: APA YANG ANDA DAPAT? | |
|