SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pembantu rumah robot Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pembantu rumah robot Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pembantu rumah robot

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Pembantu rumah robot Empty
PostSubject: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime10/12/2007, 12:22 pm




Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


Pembantu rumah robot 116
MEMBUAT roti bakar adalah antara kemahiran Twendy-One.



Twendy-One akan dikomersialkan pada 2015

ROBOT sebagai pembantu rumah? Ketika ini penggunaan robot untuk membantu kerja rumah, apatah lagi menggantikan tugas pembantu rumah sepenuhnya adalah mustahil. Bagaimanapun, siapa tahu apabila teknologi penciptaan robot semakin canggih, ia akan menjadi kenyataan.

Jepun sebagai antara negara termaju dalam teknologi robot giat membuat penyelidikan mencipta robot yang mempunyai hubungan erat dengan manusia.




Pembangunan robot yang menepati sifat ini penting, terutama bagi sebuah negara maju seperti Jepun yang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja dan pada masa sama, golongan tua semakin bertambah.

Sehubungan itu, robot yang dapat berfungsi membantu manusia dengan selamat, boleh berkomunikasi dan tangkas bekerja semakin diperlukan.

Kebanyakan penyelidikan robot ketika ini lebih menumpukan terhadap aspek hiburan dan hanya sedikit kajian dibuat terhadap penciptaan robot yang memenuhi ciri seperti selamat, boleh diharapkan dan pantas.

Pembantu rumah robot 212
BENDA kecil seperti penyedut minuman boleh dipegang dengan baik.



Bagaimanapun universiti penyelidikan terkemuka Jepun, Universiti Waseda, baru-baru ini memperkenalkan Twendy-One, robot yang direka untuk membuat kerja rumah dengan jari dan tangan lembut supaya boleh menggenggam seperti manusia serta menyokong tubuh apabila duduk dan berdiri.

Dinamakan sebagai Edisi Abad ke-21, Twendy-One adalah versi canggih robot Wendy yang dimajukan pada 1999.

Hasil penyelidikan berterusan, Twendy-One yang lemah lembut membolehkannya memegang sekeping roti tanpa menghancurkannya dan mengangkat orang dari katil.

Profesor Shigeki Sugano, yang mengetuai sekumpulan pensyarah kejuruteraan mekanikal Universiti Waseda, berkata Twendy-One adalah robot pertama di dunia yang mempunyai paling banyak sistem bersepadu.
Pembantu rumah robot 312
TWENDY-ONE mampu membantu dan mengangkat orang kurang upaya dari katil ke kerusi roda.


Katanya, Twendy-One direka untuk hidup bersama manusia dan setakat ini adalah robot pertama mempunyai enam ciri yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu, iaitu selamat, melahirkan sifat persahabatan, berkomunikasi, berkemahiran, mampu melakukan kerja fizikal dan bergerak.

Saiz Twendy-One rendah sedikit daripada purata ketinggian wanita Jepun, iaitu 1.5 meter (5 kaki), tetapi seberat 111 kilogram (245 paun), mempunyai tangan panjang, manakala mukanya seperti wajah makhluk asing dalam filem E.T.

Penciptaan robot ini mengambil masa hampir tujuh tahun dengan perbelanjaan berpuluh juta ringgit untuk menggabungkan semua ciri teknologi tinggi seperti tangan yang mempunyai 241 pengesan tekanan berbalut silikon, ke dalam robot yang anjal dan lembut.

Hasilnya, Twendy-One boleh meletakkan roti bakar di atas pinggan dan mengambil botol kicap dari peti ais apabila disuruh.

Robot ini mempunyai kebolehan bercakap dan boleh menyapa manusia dengan ucapan selamat pagi atau selamat menjamu selera.

Sugano berkata, Twendy-One direka dan dimajukan menjadi robot yang boleh dikeluarkan secara komersial untuk membantu golongan tua dan mungkin bekerja di pejabat pada tahun 2015 dengan harga kira-kira RM671,000.

Walaupun Twendy-One sudah cukup canggih, tetapi perjalanan masih jauh untuk melihat robot ini memenuhi ciri utamanya, iaitu mempunyai hubungan erat dengan manusia.

Sugano mengakui bahawa Twendy-One sangat rumit dan masih mempunyai banyak kelemahan seperti bateri hanya tahan selama 15 minit dan komputer di bahagian belakang badan mudah menjadi terlalu panas selepas digunakan.

Hanya faktor masa akan menentukan sama ada Twendy-One menjadi sempurna seperti diharapkan oleh Sugano.

Ketika masyarakat Jepun ternanti-nanti kemunculan Twendy-One pada tahun 2015, timbul persoalan sama ada masyarakat kita juga akan mengikut jejak negara maju yang memerlukan robot untuk melayan dan menjaga orang tua.

FAKTA
Twendy-One



  • Direka untuk membantu golongan tua dan orang kurang upaya.



  • Bertindak balas terhadap sentuhan dan arahan suara manusia.

  • Bahagian badan direka untuk menutup semua wayar dan berfungsi menyerap hentakan.

  • Bahagian atas badan mempunyai 13 segmen manakala tangan mempunyai empat jari yang boleh digerakkan beberapa darjah.

  • Kepala mengandungi pembesar suara dan dua mata yang sebenarnya adalah kamera CCD.

  • Boleh membongkok untuk mengambil benda di atas lantai.

    Robot

  • Perkataan robot diperkenalkan pada 1921 oleh penulis Czech, Karel Capek, dalam persembahan pentasnya, R.U.R (Rossum's Universal Robots) mengisahkan mengenai manusia buatan.

  • Idea mengenai manusia buatan wujud sejak zaman purba.

  • Elektro adalah robot bersifat manusia pertama dalam sejarah moden dihasilkan Westinghouse Electric Corporation pada 1930-an.

  • Unimation adalah syarikat menghasilkan robot pertama ditubuhkan pada 1956.

  • Robot industri pertama dipasang pada 1961.

  • Robert Williams, seorang pekerja kilang di Amerika Syarikat adalah manusia pertama mati dibunuh robot. Bagaimanapun, kes kematian pekerja kilang di Jepun, Kenji Urada, akibat robot adalah lebih terkenal.

  • Honda Corporation mencipta robot, ASIMO, yang boleh mengenal wajah manusia, berjalan dan berlari serta bertindak balas terhadap arahan dalam bahasa Inggeris dan Jepun.

  • Robot kini digunakan dalam bidang manusia buatan ini lebih baik seperti dari segi produktiviti, ketepatan dan ketahanan. Ada bidang yang manusia lebih baik, tetapi robot lebih sesuai kerana kerja itu kotor dan bahaya.

  • Lebih 800,000 robot dipasang di seluruh dunia dengan 42 peratus di Jepun.

    Sebahagian besar robot digunakan dalam industri automobil, pembungkusan, elektronik, ketenteraan. Di Jepun, robot berfungsi membantu orang tua.
  • Back to top Go down
    http://tagged.com/yakuza_yakuza
    MiRA_TaSHa
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR
    MiRA_TaSHa

    Female
    Countries/State : Sabah
    Age : 39
    location : Kota Kinabalu
    Tag ID: : SFC 00002
    Points : 13026
    Reputation : 0
    Number of posts : 2047

    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime10/12/2007, 9:54 pm

    akhir cerita semua manusia bole jd pemalas neh... semua nak pakai robot... pape pon robot... ahaks!! ahaiiii dunia duniaa...
    Back to top Go down
    http://www.tagged.com/mira_tasha
    Shai_3292
    REGULAR
    REGULAR
    Shai_3292

    Male
    Age : 37
    location : Papar, sabah (PKK)
    Tag ID: : SFC 759
    Points : 12568
    Reputation : 0
    Number of posts : 352

    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime10/12/2007, 10:30 pm

    ada kebaikan...........tapi ada jua keburukan....... Smile
    Back to top Go down
    arep
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    arep

    Male
    Age : 39
    location : Malaysia
    Points : 12653
    Reputation : 0
    Number of posts : 1160

    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime10/12/2007, 10:53 pm

    nak buat mcm mana
    dunia dah semakin maju sekarang...
    Back to top Go down
    Shai_3292
    REGULAR
    REGULAR
    Shai_3292

    Male
    Age : 37
    location : Papar, sabah (PKK)
    Tag ID: : SFC 759
    Points : 12568
    Reputation : 0
    Number of posts : 352

    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime10/12/2007, 11:14 pm

    Pembantu rumah robot Mangek10


    ya......mau buat mcm mana jua kan
    Back to top Go down
    Satria Neo84
    SENIOR
    SENIOR
    Satria Neo84

    Age : 40
    location : Labuan
    Points : 12664
    Reputation : 0
    Number of posts : 834

    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime11/12/2007, 8:35 pm

    Skg yg memajukan robot ni org jepun...
    hebat lah diorg.....
    Back to top Go down
    Shai_3292
    REGULAR
    REGULAR
    Shai_3292

    Male
    Age : 37
    location : Papar, sabah (PKK)
    Tag ID: : SFC 759
    Points : 12568
    Reputation : 0
    Number of posts : 352

    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime11/12/2007, 10:03 pm

    ya....org jepun banyak yg pintar2.....
    Back to top Go down
    Sponsored content




    Pembantu rumah robot Empty
    PostSubject: Re: Pembantu rumah robot   Pembantu rumah robot Icon_minitime

    Back to top Go down
     

    Pembantu rumah robot

    View previous topic View next topic Back to top 

     Similar topics

    +
    Page 1 of 1

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
    Jump to: