TIDAK dinafikan kesan kesilapan teknikal ketika melakukan kerja penyelenggaraan kenderaan boleh menyebabkan kecelakaan.
Berikut beberapa perkara yang anda harus perhatikan:
* Sebelum bekerja di bawah kenderaan, periksa terlebih dulu kedudukan kenderaan pada penual dengan cara menggoyang-goyangkannya.
Ketika anda bekerja di bawah kenderaan yang terangkat, selain menggunakan penyungkit yang kukuh untuk menaikkan kenderaan, gunakan penyendal bagi mengelakkan ia menggelungsur.
* Jangan bermain-main dengan alat tekanan udara sama ada mengarahkan ke badan sendiri atau badan orang lain.
Siapa tahu, gurauan itu boleh menyebabkan kecelakaan dan lebih malang lagi, kematian.
* Berhati-hati dengan cecair mudah terbakar seperti minyak bensin, solar, thiner atau minyak lain.
Jangan merokok ketika bekerja dan elakkan penyalaan melalui bunga api dari sistem pendawaian serta hubungan pendek pada punca elektrik dan pengelasan.
* Ketika membuka radiator dalam keadaan enjin masih panas, lakukan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Lindungi tangan dengan kain kerana air pendingin dalam radiator boleh memercik keluar dan menyebabkan
kecederaan.
* Lindungi mata anda dengan kaca mata pelindung ketika membuat pekerjaan seperti mempatri atau tugas lain dengan menggunakan elektrolit bateri atau air bateri. Elektrolit bateri campuran air dengan asam belerang.
Jaga mata anda daripada percikan atau terkena air berkenaan. Jika terkena pakaian, anda perlu membilasnya dengan air sabun secepat mungkin supaya pakaian tidak mudah rosak.