SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Savvy Kereta Bandar Terbaik.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Savvy Kereta Bandar Terbaik.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Savvy Kereta Bandar Terbaik..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Savvy Kereta Bandar Terbaik.. Empty
PostSubject: Savvy Kereta Bandar Terbaik..   Savvy Kereta Bandar Terbaik.. Icon_minitime5/12/2007, 11:27 am

PROTON Savvy mendapat pengiktirafan apabila terpilih sebagai Kereta Bandar Terbaik menerusi Anugerah Kereta Tahunan Terbaik Indonesia edisi keenam yang dianjurkan majalah Mobil Motor, baru-baru ini.

Pemilihan jentera ini diputuskan selepas ia dinilai panel hakim yang dianggotai lapan wartawan yang pakar dalam industri permotoran Indonesia.

Senarai akhir menyaksikan Savvy berdepan dengan Suzuki Karimun Estilo dan Chery QQ dalam kategori berkenaan.

Ia dinilai berdasarkan reka bentuk, peralatan dalaman, ergonomik dan mekanikal. Aspek mekanikal membabitkan pengendalian dan kestabilannya.

Antara kelebihan Savvy ialah kapasiti enjin tertinggi dalam kelas kereta bandar berbanding dua pesaingnya.

Chery QQ pula memiliki kelebihan dari aspek harga yang lebih murah dalam pasaran Indonesia dan Karimun Estilo pula sudah dipertingkatkan enjinnya.

“Kami amat gembira dan bangga dengan pencapaian ini. Ia satu penganugerahan kepada penampilan kereta kami. Dalam masa singkat Savvy sudah diterima dengan baik di pasaran Indonesia,” kata Pengarah Urusan Proton Holding, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Savvy dipasang enjin empat silinder 16 valve D4F (1,149 cc) yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 55 kW (74 hp) pada 5,500 rpm.

Kelajuan maksimum mampu dicapai model ini ialah 170 km/j dan kelajuan 0 hingga 100 km/j dicapai hanya dalam 14.4 saat.

Model berkenaan sebelum ini diperkenalkan bersama Proton Gen.2 pada Mac lalu, diikuti model Neo dan Waja pada Julai lalu.

Savvy yang dipadankan dengan Transmisi Manual Diautomatikkan (AMT) sebelum ini turut memenangi “Pemanduan Paling Menjimatkan Mengelilingi Semenanjung Malaysia” oleh Malaysia Book of Records dan “Kereta Supermini Terbaik 2006 dalam Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times-AmBank 2006.

Panjang jentera ini 3,710 milimeter (mm), lebar 1,643 mm dan tinggi 1,480 mm. Walaupun dalam segmen kereta kompak, ia mampu memuatkan lima penumpang dalam satu masa dengan keluasan dalaman 1,345 mm dan ketinggian 1,170 mm.

Satu ciri menarik pada model ini ialah ruang tempat duduk belakang yang boleh dilipat untuk meluaskan ruang bagasi.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Savvy Kereta Bandar Terbaik..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: SIOLOON AUTO CHIT CHAT-
Jump to: