SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kak Engku dianiaya? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kak Engku dianiaya? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kak Engku dianiaya?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Kak Engku dianiaya? Empty
PostSubject: Kak Engku dianiaya?   Kak Engku dianiaya? Icon_minitime6/12/2007, 3:48 pm

Bersama Raja Mawar


[url=mailto://][/url]
KASIHAN mendengar luahan pengacara, penyampai radio dan pelakon popular, Raja Azura atau lebih mesra disapa panggilan Kak Engku. Tak habis-habis dirinya dikhianati orang.

Kak Engku beritahu Raja, ada orang cuba nak menjatuhkannya selepas melihat dirinya semakin sukses dalam bidang barunya sebagai penyampai radio di Sinar FM. Raja lihat gandingan Kak Engku bersama Salih Yaakob dan Halim Othman seolah-olah memberi sinar pada stesen Sinar FM. Sebelum ini, Sinar FM ala-ala suam kuku.

Raja suka mendengar gelagat Kak Engku, Salih dan Halim setiap pagi di Sinar Pagi. Mata yang mengantuk ketika memandu pun boleh jadi segar-bugar mendengar celoteh mereka. Tup tup baru-baru ini, ada seseorang yang menggelarkan diri Matujfalusi menghantar SMS di sebuah akhbar mengatakan bosan mendengar celoteh Kak Engku.
Keesokannya ada pula yang menyokong kenyataan SMS Matujfalusi itu. Lebih menyedihkan apabila penyokong SMS berkenaan meminta kembalikan Rina, Salih dan Halim seperti sebelum ini.
Hai nampak seperti ada pakatan.

Takkan hari ini keluar kenyataan membidas, esoknya sudah ada yang menyokong. Macam ada yang tak kena saja!

Kak Engku beritahu dia tak kisah dengan kenyataan itu sebab percaya ada dalang yang cuba menjatuhkan dirinya. Sepanjang berada di Sinar FM, Kak Engku sentiasa mendapat reaksi yang baik daripada pendengar, belum ada pendengar yang meluahkan bosan, rimas atau meluat dengan telatahnya.

"Apa nak buat, sudah nasib saya.

Dulu masa tamat kontrak dari Radio Era, ada yang kata saya tidak mendatangkan keuntungan pada stesen berkenaan. Selepas beralih ke Sinar FM, saya masih lagi jadi bahan khianat orang. Bagaimanapun, saya percaya bukan semua orang sukakan kita. Yang penting, saya jalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Inilah harga yang perlu dibayar apabila bergelar anak seni.
Alhamdullilah, di sebalik itu, orang kuat Sinar FM, Kudsia Kahar dan Subi masih mencalonkan nama saya bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007," katanya.

Kak Engku berkata, dia berterima kasih pada Matujfalusi dan penyokongnya yang meminta Kak Engku tinggalkan Sinar FM. Kalau tiada teguran, dia juga tidak tahu kesalahan dan kelemahannya.

Kenyataan Matujfalusi sedikit sebanyak memberi semangat buatnya memperbaiki kelemahan diri.

Di sebalik kenyataan yang sedikit sebanyak menjentik perasaan itu, rezeki sebagai pengacara masih berpihak kepadanya. Tahun ini, Kak Engku masih kekal sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 yang akan berlangsung di Genting Highlands, Mac depan.

Kak Engku juga akan bergandingan dengan Aidel Abdul Ghafar sebagai pengacara Anugerah Skrin 2007, tidak lama lagi. Hai kalau orang bosan dengan celotehnya, takkanlah Kak Engku masih dipilih jadi pengacara dua anugerah berprestij! Bukan mudah nak mengendalikan anugerah yang ditonton jutaan peminat. Sendiri mahu ingatlah...

RAJA: Minta jauh daripada sifat PHD (perasaan hasad dengki).
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Kak Engku dianiaya?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: