SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Acara sanding Yanie, Irfin lewat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Acara sanding Yanie, Irfin lewat Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Acara sanding Yanie, Irfin lewat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Acara sanding Yanie, Irfin lewat Empty
PostSubject: Acara sanding Yanie, Irfin lewat   Acara sanding Yanie, Irfin lewat Icon_minitime6/12/2007, 3:53 pm

Acara sanding Yanie, Irfin lewat 414
Oleh Mohd Azrone Sarabatin


[url=mailto://][/url]
Majlis perkahwinan di Kota Kinabalu meriah dan dihadiri lebih 2,000 tetamu serta rakan artis

SELEPAS seminggu sah menjadi pasangan suami isteri, Sitti Surianie Jul Karim, 22, atau Yanie dan Irfin Abdul Manan, 27, diraikan dalam satu majlis persandingan di Kota Kinabalu. Majlis yang meriah itu pada mulanya mengundang keresahan. Ramai tetamu kelihatan gusar apabila acara persandingan pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti Mentor TV3 itu, terlewat lebih sejam berbanding jadual asal pada malam Khamis lalu.

Ini bukan kerana ada gangguan daripada pihak tidak bertanggungjawab atau pengantin menghadapi masalah tetapi ia disebabkan gangguan teknikal. Keadaan itu menyebabkan keluarga kedua-dua mempelai yang datang sejam lebih awal runsing memikirkan kemungkinan ada yang tidak kena berlaku, lantas boleh mencacatkan seri majlis berkenaan. Lebih sejam menanti, pasangan mempelai akhirnya tiba di Dewan Saadah Wisma Muis, Kota Kinabalu, kira-kira jam 9.15 malam.
Semua tetamu kelihatan lega dan pada raut wajah mereka terukir senyuman melihat pasangan mempelai anggun melangkah ke pelamin untuk memperagakan diri sebagai Raja Sehari. Namun, acara merenjis yang dimulakan dengan anggota keluarga terdekat mencetuskan pula kejutan apabila ibu Yanie, Seriah Osman, 40, enggan merenjis mempelai walaupun selepas pengacara tiga kali memanggil namanya. Tanpa penjelasan, Seriah terus cuba mengukir senyuman sambil sibuk melayan tetamu yang memenuhi dewan.
Yanie yang ditemui selepas majlis persandingan berkata, mereka terlewat disebabkan masalah teknikal, manakala ibunya tidak mahu ke pelamin merenjis anak dan menantu kerana sibuk untuk melayan tetamu.

"Malam ini adalah malam penuh kebahagiaan buat kami dan tidak mungkin perkara kecil menjejaskan keseluruhan majlis," katanya.

Pasangan mempelai memilih persalinan putih sedondon tajaan dan rekaan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie serta diserikan sentuhan mekap Olivia. Pelamin di pentas diilhamkan Gemilang Collection dari Kota Kinabalu. Lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis itu termasuk bapa Yanie, Jul Karim Maring, 49, dan ibu bapa Irfin, Abdul Manan Mohd Noor, 54, dan Manisah Abdullah, 49.

Hadir sama, mentor kepada Yanie, Ning Baizura dan pengurus kedua-dua artis itu, Vernon Kedit serta Jovian. Yanie dan Irfin melangsungkan pernikahan pada 23 November lalu di Pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Ning menghadiahkan lagu Kaulah Segalanya buat pengantin, manakala Yanie dan suami turut menghiburkan hadirin dengan lagu duet, Dua Insan nyanyian asal M Nasir dan Yunizar Hussein yang popular pada era 1980-an. Tidak ketinggalan menghiburkan hadirin ialah bapa Yanie, Jul Karim yang menyampaikan lagu Unchained Melody, lagu popular dendangan Everly Brothers.

Acara memotong kek tiga tingkat sebagai simbolik perkenalan tiga tahun yang membawa mereka ke jinjang pelamin mengakhiri majlis, kira-kira jam 11 malam.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Acara sanding Yanie, Irfin lewat

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: