SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mahkamah batal writ saman penyanyi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mahkamah batal writ saman penyanyi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Mahkamah batal writ saman penyanyi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Mahkamah batal writ saman penyanyi Empty
PostSubject: Mahkamah batal writ saman penyanyi   Mahkamah batal writ saman penyanyi Icon_minitime29/12/2007, 6:36 pm





[url=mailto://][/url]



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. (Syncrosound) terhadap penyanyi Anuar Zain yang didakwa memungkiri kontrak dengan syarikat terbabit.

Penolong Kanan Pendaftar Siti Aishah Abdul Rashid membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 37, bagi membatalkan saman itu.

Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anuar berkata, keputusan itu diperoleh selepas mendapati pihak plaintif (Syncrosound) seolah-olah tidak menunjukkan sebarang minat untuk meneruskan saman itu sejak setahun lalu ia difailkan.

Aizul berkata, tindakan peguam Syncrosound yang tidak hadir di mahkamah untuk menguruskan kes dianggap melanggar perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah dan pihak plaintif juga tidak menghadiri prosiding pada hari itu.

Selain itu, beliau berkata, tuntutan balas penyanyi itu terhadap Syncrosound yang difailkan pada 20 Jun tahun lalu akan tetap diteruskan.

Anuar selaku defendan dalam tuntutan balasnya mendakwa beliau menyerahkan notis penamatan kontrak pada 11 September 2004 untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham bahawa perjanjian antara beliau dengan plaintif masih berkuat kuasa.

Perjanjian itu hanya mempunyai tempoh selama 12 bulan dan ia memberikan pilihan kepada plaintif untuk melanjutkan tempoh itu tertakluk kepada syarat bahawa notis lanjutan haruslah diberikan kepadanya dua bulan sebelum tamat tempoh.

Dalam tempoh perjanjian dengan Syncrosound, plaintif terbabit dalam dua album tetapi tidak pernah diberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album seperti yang ditetapkan dalam perjanjian.

Syncrosound memfailkan saman terhadap Anuar pada 21 April 2006 dengan mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga album lagi dengan syarikat itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anuar didakwa menandatangani kontrak rakaman pada 23 Februari 2001 hingga 22 Februari 2005 yang diperbaharui secara tahunan dan dilanjutkan hingga 23 Februari 2006.
Plaintif mendakwa Anuar bersetuju untuk merakamkan sebuah album setahun mulai 2001 hingga 2005 dan dalam tempoh itu penyanyi itu seharusnya merakamkan empat album.

Bagaimanapun, syarikat itu mendakwa Anwar hanya dapat merakamkan sebuah album pada tahun pertama dan selepas itu gagal, enggan dan tidak merakamkan sebarang album dengan pihaknya.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Mahkamah batal writ saman penyanyi

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: