Oleh Nurulhisham Abdul Latiff[url=mailto://][/url]
Lewis Hamilton mampu tawan hati Nicole Scherzinger SUKAR untuk percaya apabila penyanyi utama The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger, berkata, peluang untuknya keluar dating bersama lelaki agak terbatas. Mungkin rupa paras yang menarik, pakaian yang cantik dan keyakinan yang tinggi membuatkan lelaki takut atau malu untuk menghampirinya.
Sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan Nicole sebelum ini. Contohnya, pada majlis Swarovski Fashion Rocks baru-baru ini, dia bukan main lagi tampil hebat di pentas, dalam busana ringkas dan ketat dari kain sutera berwarna ungu ciptaan Valentino, menggoyangkan badannya ketika menghiburkan tetamu.
Namun, ketika menghadiri sebuah parti yang diadakan selepas itu, tiada lelaki pun yang menegur dan berbual dengannya.
Nicole pernah berkata, dia seorang yang amat pemalu ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Apatah lagi dia dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian. Kerana sikap malunya itu juga, dia tidak pernah bermimpi akan berjaya dalam bidang seni muzik suatu hari nanti.
Artis berusia 29 tahun itu mengaku, bukan saja dia seorang yang pemalu, bahkan zaman remajanya menyaksikan dirinya bukanlah tergolong dalam gadis yang popular, sehinggalah dia perasan budak-budak lelaki yang bermain muzik mula memberikan perhatian kepadanya.
"Saya bukannya gadis yang terkenal ketika sekolah. Budak lelaki pun tidak mahu keluar dengan saya. Ia kekal seperti itu sehinggalah saya memasuki sekolah menengah apabila bakat saya mula berkembang. Walaupun saya malu, rasa tidak selesa dan berbadan kurus tinggi, muzik berjaya membawa saya keluar daripada sempadan itu," katanya.
Begitupun, difahamkan, nasibnya berubah beberapa hari selepas majlis Swarovski apabila dia menjayakan Anugerah Muzik MTV Eropah, 1 November lalu, di Munich. Pemandu Formula One British yang kacak dan menjadi kegilaan ramai wanita, Lewis Hamilton, muncul lelaki bertuah yang ‘memenangi hati’ wanita cantik ini.
Jejaka berusia 22 tahun itu dikatakan cukup tertarik dengan persembahan Nicole yang menggegarkan. Ketika itu Nicole sedang menyampaikan single pertamanya, Baby Love, bersama will.i.am daripada kumpulan The Black Eyed Peas. Lewis dilaporkan tidak habis-habis memuji penyanyi wanita ini.
Selepas tamat acara, Lewis tidak melepaskan peluang hadir sama pada parti keraian VIP dan mendekati artis berambut panjang ini. Nicole juga dilihat dengan manja meletakkan tangan ke atas bahu pemandu yang cukup berjaya itu. Kemudian, Lewis mendapat undangan menghadiri persembahan tertutup Nicole untuk syarikat rakamannya, Universal.
Sejak perkenalan pertama pada majlis anjuran MTV berkenaan, kedua-duanya semakin intim. Menurut sumber yang memberitahu akhbar British, News Of The World, kedua-duanya benar-benar tertarik antara satu sama lain. Dua bintang terkenal itu juga tidak henti-henti berbual di telefon, sejak pertemuan pada majlis anugerah MTV itu. Bukan saja berbual mesra dan bergelak ketawa, kedua-duanya juga turut mengatur temu janji.
Tetapi, ketika Daily Star meminta komen Nicole berkaitan cerita percintaannya bersama pemandu muda itu, wanita tersohor ini enggan mengesahkannya sambil berkata, dia memang menyukai lelaki yang baik hati dan orang British memang mempunyai kesopanan yang tinggi. Dia sendiri akan mencari jejaka yang beradat sopan, akhirnya.
Info Nicole Scherzinger: <LI>NAMA sebenar penyanyi Amerika ini ialah Nicole Prescovia Elikolani Valente Scherzinger (juga dikenali sebagai Nicole Kea). Dia dilahirkan pada 29 Jun 1978). Selain dikenali sebagai penyanyi utama Pussycat Dolls, Nicole juga boleh menari, berlakon dan menulis lagi.
NICOLE yang dilahirkan di Hawaii, mempunyai campuran darah Filipina (bapa) dan Hawaii/Russia (ibu). Ibunya, Rosemary, berpisah daripada bapanya dan berpindah ke Louisville, Kentucky, bersama bapa tirinya, seorang lelaki Jerman Amerika, Gary Scherzinger. Bersama mereka ialah saudara perempuannya, Ke'ala.