SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi Empty
PostSubject: Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi   Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi Icon_minitime15/1/2008, 8:42 pm

Oleh Zubir Mohd Yunus
Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi Puteri-sarah-liyana

[url=mailto://][/url]
FILEM yang mencetuskan kontroversi dalam pencarian watak utamanya, Aduh Saliha, akhirnya menemui muka segar - Puteri Sarah Megat Kamaruddin sebagai Saliha, sekali gus bergandingan dengan Raja SMS, Mawi menerusi filem yang dijangka mendapat sambutan hangat ini, sepanas lagunya dengan judul sama. Lagu Aduh Saliha dipopularkan Mawi ketika musim Akademi Fantasia 3 (AF3).

Pun begitu, filem arahan M Nasir yang memulakan penggambaran mulai 4 September lalu di sekitar Sabah, terus mencetuskan kontroversi atau lebih tepat lagi tanda tanya selepas Aduh Saliha tergendala penggambarannya kira-kira sebulan lalu dan kini masih tidak diteruskan sehinggalah hari ini.

Desas-desus mengatakan, pihak penerbitan Aduh Saliha berdepan masalah kewangan, namun sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana belum ada sebarang pengesahan dibuat. Pun begitu, terdengar ura-ura penggambarannya besar kemungkinan akan disambung semula sekitar Mac ini apabila pengurusan Mawi, Maestro Talent & Management mencadangkan tarikh berkenaan apabila Mawi dikatakan agak lapang ketika itu.
Namun, jika penggambaran diteruskan juga pada tarikh itu, Sarah pula berdepan masalah kerana dia baru saja memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Pulau Pinang awal bulan ini selepas dia tidak dibenarkan lagi menangguh semester. Pengajiannya hanya akan tamat sekitar April ini. Ini bermakna, Mac nanti, Sarah berdepan dengan peperiksaan semester terakhirnya.
“Sekiranya penerbitan Aduh Saliha tetap dengan keputusan mereka menyambung semula penggambaran Mac nanti, Sarah tiada pilihan lain apabila terpaksa mengorbankan ‘study week’ kira-kira dua minggu pada minggu terakhir Mac atau awal April ini untuk memenuhi tuntutan penggambaran. Sekiranya penggambaran tak habis lagi, terpaksalah mereka tunggu Sarah tamat peperiksaan.

“Itu saja pengorbanan yang mampu Sarah lakukan setakat ini. Mudah-mudahan, pihak penerbitan, pengarah dan pelakon lain boleh mengatur jadual mereka selari dengan jadual pengajian Sarah,” kata Sarah yang dihubungi di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Harap filem siap hujung 2008

SEMUANYA akan berjalan lancar jika pihak penerbitan bersedia mengikut jadual Sarah, tapi sekiranya mereka tidak boleh menunggu Sarah atau jadual penggambaran bertembung dengan pengajiannya, sekali gus mengambil keputusan drastik, menampilkan muka lain sebagai Saliha yang baru dan memulakan penggambaran dari awal (reshoot), apa perasaan Sarah seandainya dia terpaksa digugurkan?

“Mestilah Sarah sedih. Mana nak letak muka? Semua orang dah tahu, siapa Saliha. Promosi besar-besaran juga sudah diumumkan kepada pihak media sebelum ini. Seandainya nama Sarah digugurkan semata-mata untuk meneruskan penggambaran, ia pasti akan mengundang kontroversi lagi. Selain penerbit dan pengarah, Sarah sendiri akan terkena tempiasnya.

“Bagaimanapun, Sarah harap ‘mimpi ngeri’ itu tidak akan menjadi kenyataan. Biarlah antara pihak penerbitan, pengarah dan pelakon mampu memberi kerjasama sewajarnya supaya Aduh Saliha dapat disiapkan juga selewat-lewatnya sebelum penghujung tahun ini, insya-Allah,” kata Sarah tenang menyusun kata-katanya.
Sarah putus cinta kerana Mawi?

SEMENTARA itu, khabarnya percintaan Sarah dengan seorang pramugara berusia pertengahan 20-an terputus baru-baru ini, semuanya gara-gara kemesraan yang terjalin antara Sarah dan Mawi ketika penggambaran Aduh Saliha sehingga mengundang api cemburu yang bukan kepalang. Sejauh mana kebenaran desas-desus ini?

“Dakwaan itu sama sekali tidak benar! Memang Sarah putus cinta, tapi bukan disebabkan Mawi. Namun, Sarah tak dapat nafikan, hubungan Sarah dengan bekas teman lelaki terputus selepas penggambaran Aduh Saliha. Tapi, jangan salah faham, antara Sarah dan bekas teman lelaki, kami sememangnya berdepan dengan masalah sebelum bermulanya penggambaran Aduh Saliha lagi.

“Kami dah tak sehaluan ketika Sarah menjayakan penggambaran Pendekar 5 di Melaka tidak berapa lama dulu. Antara kami sudah tidak ada keserasian lagi. Kami sering bergaduh disebabkan hal-hal yang remeh-temeh. Namun, Sarah tidak mahu menuding jari kepada sesiapa apabila percintaan kami tidak mampu diselamatkan lagi.

“Mungkin kami terlalu muda untuk menjalin hubungan yang lebih serius dan mungkin juga tak ada jodoh. Sekarang Sarah lebih selesa dan tenang hidup sendirian tanpa teman lelaki. Tumpuan Sarah ketika ini adalah terhadap pelajaran dan karier kerana itu lebih menjamin masa depan,” kata Sarah yang tidak pernah serik bercinta, namun ketika ini belum masanya lagi dia menerima cinta baru.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Puteri Sarah nafi putus cinta kerana Mawi

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: