| Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai | |
|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 2:17 pm | |
|
[url=mailto://][/url]
RIYADH: Seorang suami Arab Saudi yang cemburu, menceraikan isterinya di depan khalayak ramai di sebuah pusat membeli-belah.
Akhbar tempatan, Al-Riyadh melaporkan semalam, lelaki yang identitinya dirahsiakan, keluar bersama isteri dan anaknya.
Dia kemudian bertindak meninggalkan isteri dan anaknya seketika dan apabila kembali mendapati seorang pemuda mendekati isterinya.
Suami itu mendakwa pemuda itu menyerahkan sekeping kertas mengandungi nombor telefonnya kepada wanita itu yang terus menyimpannya di dalam beg dan meneruskan aktiviti membeli-belah seperti biasa tanpa menyedari aksinya dilihat si suami.
Lelaki itu mendekati isterinya dan memintanya menyerah beg, tetapi wanita itu enggan.
Ini menyebabkannya marah dan merampas beg itu dan mengeluarkan kertas itu.
Dengan perasaan marah, suami itu tanpa rasa malu, mendekati kawasan juruwang dan menarik mikrofon dan melaungkan kepada orang ramai yang dia menceraikan isterinya dan tiada hasrat untuk rujuk semula.
Suami itu terus meluru keluar dan meninggalkan isteri dan dua anaknya yang kebingungan.
Mengikut akhbar itu, kejadian wanita dimalukan di khalayak ramai semakin biasa di Arab Saudi dan ada yang bertindak kasar. Antara kes yang sering dilaporkan adalah perbuatan lelaki menyerah nombor telefon kepada wanita yang diminati.
Ada wanita yang bertindak menerima nombor berkenaan dengan harapan tidak diganggu selepas itu. - Agensi |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 5:25 pm | |
| teruknyer..... dimalukan mcm tu.. iksh3 sedih betul rasa.. inikah nasib kaum wanita di sana... selamat la duduk kat malaysia ni.. 8) |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 6:16 pm | |
| huhuhu..yang gatal p ambil kertas tue napa.. apa guna ada suami, klu x suka kena ganggu bagitau suami..huh~ |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 6:53 pm | |
| dah tahu benda tu salah... ni kes curang lah main kayu tiga... wanita yg zalim dalam kes di atas. sudah ada anak 2 org masih lagi simpan hati... adussss... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 7:05 pm | |
| betul tue pian..kesian laki dia..bukan dia mau buat pun tapi pompuan tue yg minta kena kasi malu..hahaha MANTAP!!?!! |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 8:08 pm | |
| weh... ape nie.. cube bace balik btl2 ayat plg bawah.. :arrow: Ada wanita yang bertindak menerima nombor berkenaan dengan harapan tidak diganggu selepas itu. maksudnyer, x la pompuan tu curang.. cume mcm biase la nak jaga ati suami je..tanak bg dia marah.... tak baik tau tuduh2... |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 2/1/2008, 10:12 pm | |
| adakah tanda yg lelaki tu berhenti mengacau lagi kalu ambik no hp dia? kan tu pasar raya. kalu kacau jerit saja macam ni... HELP ME HUBBY!! SOMEONE BOTHER ME! habis cerita... tak kan suami dia tak nak tolong isteri dia dalam kes ni? apalah guna kuasa si suami kalu benda ni pun tak boleh handle... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 3/1/2008, 9:51 am | |
| - haibara wrote:
- weh... ape nie.. cube bace balik btl2 ayat plg bawah..
:arrow: Ada wanita yang bertindak menerima nombor berkenaan dengan harapan tidak diganggu selepas itu.
maksudnyer, x la pompuan tu curang.. cume mcm biase la nak jaga ati suami je..tanak bg dia marah.... tak baik tau tuduh2... Hanya wanita yang memahami perasaan seorang wanita. |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 4/1/2008, 3:34 am | |
| tapi perasaan lelaki sepa mau faham..wanita jarang ingin memahaminya..huhuhu.. Bukan tuduh Haibara..tapi cuba kamu nilai reply alfian tue..ada KEMANTAPAN disitu.. Renung²kan lah ya.. 8) |
|
| |
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12643 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 4/1/2008, 1:59 pm | |
| kalau kat malaysia ni memang la aku jerit jek...tp keadaan di setiap negara tu kan lain2.. mn tau suami kat sn tu controlling giler2, lepas tu kalau lelaki lain kacau je, wife lak yg kene belasah... x ke haru tu... |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai 15/1/2008, 8:32 pm | |
| betul cakap bro alffian tu.. tapi dalam kes ni.. dua2 laki bini pun salah.. kesannya.. anak2 juga yang malu.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai | |
| |
|
| |
| Lelaki lafaz cerai di khalayak ramai | |
|