SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Koridor Pembangunan Sabah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Koridor Pembangunan Sabah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Koridor Pembangunan Sabah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14990
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Koridor Pembangunan Sabah Empty
PostSubject: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 12:54 am




RM105b maju Sabah

Oleh Veena Rusli

Koridor Pembangunan Sabah Mainpi10

UNTUK RAKYAT: Abdullah diberi penerangan mengenai Taman Pembangunan Suria Capital ketika melawat pameran selepas merasmikan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, semalam.

TELUK SEPANGGAR: Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancarkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, bakal menerima pelaburan bernilai RM105 bilion sepanjang tempoh 18 tahun pelaksanaannya, bermula tahun ini.

Malah, 13 projek utama dalam koridor itu kini sedia untuk dilaksanakan berikutan pemeteraian perjanjian bernilai RM16 bilion yang turut disaksikan Perdana Menteri selepas melancarkan Rangka Tindakan SDC di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan RM5 bilion untuk pelaksanaan projek berimpak tinggi di Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menyifatkannya sebagai komitmen kerajaan terhadap pembangunan di Sabah, Abdullah berkata, peruntukan berkenaan disediakan menerusi kajian semula projek RMK-9 serta pertambahan peruntukan pada kajian separuh penggal rancangan itu.

Sebelum ini, Sabah menerima peruntukan berjumlah RM20.1 bilion dalam RMK-9, iaitu RM18.4 bilion bagi pembangunan dan RM1.7 bilion lagi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Perdana Menteri menegaskan pelaksanaan SDC bukan program 'angan-angan Mat Jenin', sebaliknya kerajaan serius memajukan negeri kedua terbesar di Malaysia itu, termasuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh di Sabah menjelang 2025.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14990
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Koridor Pembangunan Sabah Empty
PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 12:56 am

"Kerajaan akan memastikan kejayaan pelan pembangunan jangka panjang ini melimpahi di setiap penjuru Sabah serta dinikmati rakyat semua kaum atau kumpulan.

"Kita tidak berjanji kosong dan ini bukan cerita dongeng atau untuk hiburan semata-mata. Ini adalah perancangan dan kita mahu mencapai kejayaan. Kita mahu Sabah maju," katanya pada majlis yang turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Effendi Norwawi.

SDC adalah koridor pembangunan keempat dilancarkan oleh Perdana Menteri selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Abdullah berkata, SDC yang ditunjangi lima aspek utama bakal menyaksikan transformasi hebat yang akan mengubah wajah Sabah dalam tempoh 18 tahun akan datang.

Lima paksi kebangkitan Sabah menerusi SDC merangkumi:

  • Sebagai antara pintu gerbang utama di rantau ini bagi tujuan perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

  • Sebagai negeri harmoni dan sejahtera tanpa mengira bangsa mahu pun agama.

  • Sebagai negeri mesra teknologi dalam segenap aspek kehidupan untuk menjamin kualiti hidup lebih bermutu.

  • Sebagai negeri yang kaya dengan peluang pekerjaan untuk semua, dan
  • Sebagai negeri selesa didiami dengan kualiti hidup tinggi dan kepelbagaian budaya, warisan serta alam sekitar

    Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelaksanaan dasar langit terbuka di Sabah selari usaha membangunkan Negeri di Bawah Bayu sebagai destinasi pelancongan terunggul.

    Katanya, kerajaan akan mempermudahkan permohonan mana-mana syarikat penerbangan yang berminat menjadikan Sabah sebagai destinasinya.

    "Kita juga akan mengumumkan beberapa insentif khusus bagi pihak yang ingin mengambil bahagian dalam SDC dan ini adalah peluang keemasan yang mesti direbut.

    "Bagi rakan pelabur asing kita yang ingin berada di sini, Sabah menyediakan banyak peluang yang memberi hasil lumayan, bumi bagi peluang untuk maju, peluang melakukan perniagaan, peluang melabur dan menikmati pulangan hasil pelaburan," katanya.

    Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedia) akan ditubuhkan sebagai badan pelaksana khas mengikut undang-undang negeri, khusus bagi memantau perjalanan SDC.

    "Perancangan untuk menzahirkan SDC dilakukan dengan begitu teliti dan menyeluruh, manakala rakyat turut meletak harapan tinggi. Apa yang menjadi impian kita hari ini bakal menjadi khazanah gemilang untuk diwariskan kepada anak cucu kita kelak, Insya Allah," katanya.

    Pada masa sama, Abdullah yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan semua pihak mengenai cabaran yang perlu dihadapi termasuk kemungkinan faktor kesuraman ekonomi.

    "Kita mesti bersiap sedia mengambil tindakan sebagai benteng kerana ia perlu diatasi dalam apa cara sekalipun. Alhamdulillah, usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi dan mempelbagaikan sumber dalam dua tiga tahun kebelakangan ini menampakkan tanda kejayaan.

    "Kerajaan juga dapat mengurangkan belanja hasil pengurusan kewangan yang berhati-hati dan ini menunjukkan kita berupaya menguruskan ekonomi dengan baik hasil muafakat serta kerjasama semua pihak," katanya.

    INFO
    Koridor Pembangunan Sabah


  • Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Sabah supaya setanding dengan Semenanjung

  • Merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar

  • Memastikan pengurusan mapan ke atas sumber alam semula jadi negeri

  • Menjadikan Sabah antara lokasi mesra perniagaan, santai dan tempat tinggal

    Prinsip

  • Menjana pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dalam industri

  • Memastikan pengagihan ekonomi saksama

  • Merangka pertumbuhan mapan menerusi pemuliharaan alam sekitar

    FAKTA NOMBOR
    Koridor Pembangunan Sabah


    RM8b - Sasaran perolehan sektor pelancongan 2012
    RM48.5b - Sasaran perolehan sektor pelancongan 2025
    RM48j - Sasaran perolehan masyarakat luar bandar hasil kraftangan dan inap desa pada 2025
    RM17b - Sumbangan KDNK sektor tani 2025
    RM4.1b - Sumbangan KDNK sektor tani 2005
  • Back to top Go down
    http://www.sioloon.com
    andypeterh
    ELITE
    ELITE
    andypeterh

    Male
    Age : 44
    location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
    Points : 12429
    Reputation : 1
    Number of posts : 4411

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 1:01 am

    inilah harapan rakyat sabah sebenarnya..
    kita mahukan negeri yang maju setanding dengan negeri2 yang lain di malaysia ni..
    Back to top Go down
    http://tagged.com/yakuza_yakuza
    vip_user
    SUPERIOR
    SUPERIOR
    vip_user

    Male
    Age : 42
    location : kota kinabalu
    Points : 12422
    Reputation : 0
    Number of posts : 2311

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 1:19 am

    bleh menambahkan peluang pekerjaan..
    ada can aku cari keja dkt sana.. Very Happy
    Back to top Go down
    andypeterh
    ELITE
    ELITE
    andypeterh

    Male
    Age : 44
    location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
    Points : 12429
    Reputation : 1
    Number of posts : 4411

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 1:23 am

    harap2 banyaklah peluang pekerjaan di sabah ni nanti..
    kasi sama orang sabah jak.. jangan kasi sama PTI..
    Back to top Go down
    http://tagged.com/yakuza_yakuza
    vip_user
    SUPERIOR
    SUPERIOR
    vip_user

    Male
    Age : 42
    location : kota kinabalu
    Points : 12422
    Reputation : 0
    Number of posts : 2311

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 1:29 am

    PTI nie ada juga kebaikan dan keburukan..
    klu kurang PTI susah negeri ita mo membanggun..
    semua yang keja dkt site..rata2 PTI..
    teda dorang mungkin bleh menSLOWkan pembinaan..
    mo harapkan orang tempatan..semua mo keja senang..

    keburukan PTI..
    pandai naik kepla.. gun
    Back to top Go down
    rynjeff
    MODERATOR
    rynjeff

    Female
    Age : 50
    location : Sandakan
    Points : 12409
    Reputation : 3
    Number of posts : 2079

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime31/1/2008, 10:13 am

    Semoga Sabah bertambah maju Very Happy
    Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com/
    drakult
    SIFU
    SIFU


    Male
    Age : 47
    location : SU, SA, SB
    Points : 12258
    Reputation : -1
    Number of posts : 6286

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime2/2/2008, 10:51 pm

    yalah..orang sabah sendiri mana mau keja dkt site..hahaha..jadi PTI lah yg sambar..lagipun durang nie klu kerja2 tukang memang MANTAP berbanding org KITA..dimana kh silapnya..?hahaha

    tapi dgn pelancaran SDC nie..NegeriKU yg ku cintai pasti akan maju dgn pesat dan MANTAP!!?!!

    MALAYSIA BOLEH, SABAH TATAP!!?!! Very Happy
    Back to top Go down
    junraz
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    junraz

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 51
    location : Negeri Dibawah Bayu
    Points : 12542
    Reputation : 0
    Number of posts : 1635

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime3/2/2008, 3:23 pm

    Harap2 lepas ni jln raya tdk lgi bertampal2.....heee...hee...
    Back to top Go down
    http://www.kcarlife.com
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR
    aLFFiaN

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 41
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 14990
    Reputation : 101
    Number of posts : 7895

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime3/2/2008, 5:23 pm

    banyak juga aku tgk jalan raya skrg in upgrading... banyak projek yg aku nampak sekarang berbanding 10 tahun lepas... belum siap sini.. sana lagi bangunan naik.. sana sudah naik... di sini lagi tambah dua bangunan naik.. fuyooo.. memang dasyat pembangunan di kk skrg ni...
    Back to top Go down
    http://www.sioloon.com
    junraz
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    junraz

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 51
    location : Negeri Dibawah Bayu
    Points : 12542
    Reputation : 0
    Number of posts : 1635

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime3/2/2008, 7:34 pm

    Pembangunan hnya utk kwsan bandar ja...kalau luar bandar mcm kurengg...
    Back to top Go down
    http://www.kcarlife.com
    drakult
    SIFU
    SIFU


    Male
    Age : 47
    location : SU, SA, SB
    Points : 12258
    Reputation : -1
    Number of posts : 6286

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime3/2/2008, 8:31 pm

    relax bro..baru jak d berita buletin utama tue pasal untuk MEMANTAPKAN taraf hidup penduduk luar bandar..nah makin MANTAP org kitani nanti..MANTAP!!?!! Very Happy
    Back to top Go down
    jeff
    SENIOR
    SENIOR
    jeff

    Male
    Age : 52
    location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
    Points : 12309
    Reputation : 0
    Number of posts : 737

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime7/2/2008, 6:34 pm

    kerajaan kena pastikan semua penduduk sabah dapat merasai dan manafaat koridor pembangunan sabah ni,sama ada di bandar,luar bandar,di kawasan pendalaman dan juga pulau2...peace... Very Happy
    Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com
    drakult
    SIFU
    SIFU


    Male
    Age : 47
    location : SU, SA, SB
    Points : 12258
    Reputation : -1
    Number of posts : 6286

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime7/2/2008, 10:26 pm

    tetapi macam mana dgn PATI...hahaha..MANTAP!!?!! Very Happy
    Back to top Go down
    vip_user
    SUPERIOR
    SUPERIOR
    vip_user

    Male
    Age : 42
    location : kota kinabalu
    Points : 12422
    Reputation : 0
    Number of posts : 2311

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime7/2/2008, 10:33 pm

    jeff wrote:
    kerajaan kena pastikan semua penduduk sabah dapat merasai dan manafaat koridor pembangunan sabah ni,sama ada di bandar,luar bandar,di kawasan pendalaman dan juga pulau2...peace... Very Happy

    pulau gaya klu kana kc maju..byk menimbulkan masalah.. rambo
    Back to top Go down
    jeff
    SENIOR
    SENIOR
    jeff

    Male
    Age : 52
    location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
    Points : 12309
    Reputation : 0
    Number of posts : 737

    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime15/2/2008, 10:03 pm

    harap2 kerajaan dapat menangani masalah ini........peace... Very Happy
    Back to top Go down
    http://sandakan-dcl.all-up.com
    Sponsored content




    Koridor Pembangunan Sabah Empty
    PostSubject: Re: Koridor Pembangunan Sabah   Koridor Pembangunan Sabah Icon_minitime

    Back to top Go down
     

    Koridor Pembangunan Sabah

    View previous topic View next topic Back to top 

     Similar topics

    +
    Page 1 of 1

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
    Jump to: