| Fahami Kod Menukar Tayar Baru | |
|
Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 27/1/2008, 12:12 am | |
| Fahami Kod Menukar Tayar Baru
APABILA cengkaman tayar kenderaan mula berkurangan atau botak, itu menandakan sudah tiba masanya pemilik menukarnya dengan yang baru.
Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.
Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.
Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.
Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:
- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.
Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.
- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.
Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.
Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.
Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.
Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.
Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.
Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar" yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)
Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.
Taraf kelajuan "H" dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
- S - 180 km/j - T - 190 km/j - U - 200 km/j - H - 210 km/j - V - 240 km/j - Z - melebihi had laju 240 km/j - W - 270 km/j - Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.
|
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12378 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 27/1/2008, 11:00 am | |
| Good info..MANTAP!!?!! Thanx.. |
|
| |
lentugi CONTRIBUTOR
Age : 37 location : RuNNow ~ Penampang Sabah Points : 12425 Reputation : 0 Number of posts : 1755
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 27/1/2008, 3:52 pm | |
| ni info berguna utk semua...thx 4 da info |
|
| |
faizuli91 FRESHIE
Age : 32 location : johor bahru Points : 12370 Reputation : 0 Number of posts : 35
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 27/1/2008, 4:35 pm | |
| bgus info ni ... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 27/1/2008, 5:06 pm | |
| Memang bagus ada info berguna kita kongsi bro |
|
| |
yap18 SENIOR
Age : 42 location : sandakan Points : 12272 Reputation : 0 Number of posts : 811
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 27/1/2008, 7:05 pm | |
| bgs.....info yg berguna..... |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15165 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 28/1/2008, 5:18 am | |
| wow... x sangka... ada pakar tayar.... thanks sis... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 28/1/2008, 9:22 am | |
| |
|
| |
lentugi CONTRIBUTOR
Age : 37 location : RuNNow ~ Penampang Sabah Points : 12425 Reputation : 0 Number of posts : 1755
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 28/1/2008, 11:54 pm | |
| - rynjeff wrote:
- Fahami Kod Menukar Tayar Baru
- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2206 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2006.
kod utk aribulan tayar keta siurang yg kin paning nie..dia tulis 3323. mcmana mo baca tu kod |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 29/1/2008, 5:13 pm | |
| Sori lambat respon di mana kau beli tayar tu lentugi? |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12378 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 29/1/2008, 10:12 pm | |
| tyre dari masa depan kali ko punya tue lentugi..MANTAP!!?!! |
|
| |
lentugi CONTRIBUTOR
Age : 37 location : RuNNow ~ Penampang Sabah Points : 12425 Reputation : 0 Number of posts : 1755
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 6/2/2008, 1:13 am | |
| aiyo soli lambat reply.. cbuk prepare utk CNY
sa beli di ranau...
Brand Dunlop sp800 |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 6/2/2008, 10:23 am | |
| ini kena tanya yg lebih pakar ni..... |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: MAKNA NOMBOR PADA TAYAR 29/2/2008, 7:14 pm | |
| Makna Nombor Pada Tayar
Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j T-190 km/j U- 200 km/j H-210 km/j V-240 km/j Z-melebihi hadlaju 240 km/j W-270 km/j Y-300 km/j Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
Tarikh tayar dibuat ditanda dengan 4 angka cth 4107 (tulisannya kecil sdkt) makna nya minggu ke 41 tahun 2007 tayar yg dijual mesti tidak melebihi dua tahun.====> K ni ja info yg aku mo kongsi kat member2 SIOLOON. akhir sekali, dlm ghairah nak ubah suai keta, jenguk2lah kat tayar tu.. ok ka tak. K SELAMAT MEMANDU |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru 29/2/2008, 7:16 pm | |
| GUNAKAN LA TAYAR ORI UNTUK KESELAMATAN... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Fahami Kod Menukar Tayar Baru | |
| |
|
| |
| Fahami Kod Menukar Tayar Baru | |
|