SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati Empty
PostSubject: Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati   Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati Icon_minitime15/1/2008, 8:35 pm





[url=mailto://][/url]



Sel hidup bangkai tikus diuji penyelidik tunjuk kesan positif

LONDON: Sekumpulan saintis Amerika Syarikat mendakwa dapat menghidupkan semula jantung diambil daripada bangkai haiwan yang diletakkan pada haiwan hidup, sekali gus memberi harapan baru kepada manusia, khususnya mereka yang sakit tenat dan memerlukan pendermaan organ.

Kajian penyelidik Universiti Minnesota mendakwa, mereka dapat menghidupkan jantung yang dikitar semula itu menggunakan sel hidup.

Biarpun sebarang prosedur seumpamanya ke atas manusia masih jauh, tetapi ia secara langsung membuktikan kemungkinan bekalan berterusan organ penting badan, termasuk jantung dan saluran darah kepada berjuta-juta pesakit tenat yang tiada harapan organ yang didermakan kepadanya tidak sesuai.

"Ideanya adalah membolehkan usaha mewujudkan saluran darah atau keseluruhan organ yang boleh diperbuat daripada sel anda sendiri," kata ketua penyelidik, Doris Taylor, yang juga Pengarah Pusat Pembaikan Kardiovaskular universiti berkenaan.

Walaupun beberapa pencapaian dicatatkan bagi menghidupkan tisu jantung menerusi ujian makmal, ini kali pertama jantung 'tiruan biologi' yang dapat dihidupkan semula.

Prosedur asasnya dikenali 'decellularisation' membabitkan usaha pengambilan keratan sel daripada organ tertentu yang mana penyelidik Amerika itu menggunakan jantung tikus mati.

Satu cecair kuat digunakan bagi 'pembersihan' sel yang menyebabkan tisu itu cuma meninggalkan protein. Ia kemudian disuntik dengan campuran sel hidup jantung bayi tikus dan diletakkan dalam makmal bagi tujuan pertumbuhan.

"Hanya selepas empat hari, proses itu bermula dan pada hari kelapan, jantung itu mulai berdegup," katanya yang dipetik edisi terbaru jurnal Britain, Nature Medicine.

Malah, ia turut mengejutkan penyelidik terbabit.
"Kami tergamam melihat degupan pertamanya," kata Harald Ott, pakar bedah Hospital Besar Massachusetts.

"Kami terkejut kerana ia dapat hidup sebegitu pantas," katanya.

Bagi manusia, objektif penyelidikan adalah dengan menyuntik sel stem atau tunjang yang diperoleh daripada penderma organ yang sekali gus dapat melenyapkan bahaya kemungkinan jantung baru itu ditolak sistem imun badan.

Pencapaian aspek pembangunan sel tunjang daripada sumber bukan janin, bermakna tisu baru dapat dihasilkan dengan mudahnya.

"Jika ada organ yang diperoleh daripada sel pesakit itu sendiri dapat dihasilkan, berkemungkinan ia dapat membantu berjuta-juta pesakit tenat yang mengalami masalah kegagalan organ," katanya. – Agensi
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Saintis Amerika dakwa hidupkan jantung mati

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: