Author | Message |
---|
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:48 am | |
| Belajar 2x lebih cepat Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.
Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk "Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja". Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya "Kenapa ambil dua buku yang sama? Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?"
"Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja". |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:49 am | |
| Kisah seram di KLCC Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yang menjadi kemegahan kini. Pernah terjadi pada satu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka untuk kegunaan ramai. Seorang pegawai yang bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Toleh kanan dah tak ada orang, toleh kiri pun dah tak ada orang lagi, tengok jam di tangan dah pukul tiga lebih. Maka lelaki ni pun bergegaslah untuk turun ke bawah. Kebetulan pula pejabatnya di tingkat 40, kalau nak diikutkan time ni dah tak patut ada orang lagi dah. Lelaki ni pun melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba saja lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni mula tak sedap hati. Sampai di tingkat 56, lif tiba-tiba berhenti. Berdegup kencang jantung lelaki itu. Masuk sorang perempuan cantik, memang tak pernah pun dilihat sebelum ni. Melangkah masuk saja diiringi dengan bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ni memang dah tak tenteram. Bau wangi ni pun dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menuju ke tingkat bawah. Sampai saja ke tingkat 18 tetiba saja lif berhenti. Tetiba juga lampu lif terpadam. lelaki ni mula panik. serentak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat di baca apa yang terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang ...............................
Dengan muka kemerahan, perempuan itu berkata "he...he....he..... maafkan saya. Tadi saya terkentut" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:49 am | |
| Terlupa makan ubat....? Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie... Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur. Udin: Ubat apa ? Isteri: Ubat tidur. Udin: @#%^#^???? |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:50 am | |
| Masalah pendengaran Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. "Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:51 am | |
| Lari Daripada Hospital Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. "Ada apa Pak Cik?," tanya pengawal hospital.
Lelaki itu menjelaskan, "Saya baru mendengar jururawat kata 'bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik'."
"Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ....," kata si pengawal.
"Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:51 am | |
| Cita-cita bila besar nanti... Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...". |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:51 am | |
| Bayaran untuk peguam Peguam: "Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakan awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?"
Pelanggan: "Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!"
Peguam: "Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?"
Pelanggan: "Mencuri BMW!" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:52 am | |
| Beruk Menyanyi Di dalam satu persembahan sarkas, seekor beruk sedang menyanyi lagu Gadis Melayu.
Selepas habis lagu tu, semua penonton pun tepuk la tangan masing2 teruja dengan persembahan si beruk tu
Lepas tu beruk tu pun dengan berasa bangga terus menyanyi sebuah lagu lagi. Tapi kali ni takde sorg pun yang tepuk tangan. Semua orang balik kasut kat beruk tu.
Nak tau kenapa penonton semua baling kasut kat dia?
Sebab beruk tu nyanyi lagu Kita Serupa ... |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:52 am | |
| Pelatih baru yang kerek Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus...!" Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:53 am | |
| Tiga Sahabat Ada 3 org sahabat....nama mereka, Bermasalah,Sopan santun dan gila... Jadi satu hari, Si Bermasalah ni ilang..jadi, Si Gila dan Sopan Santun pergi wat polis report.. sesampainy mereka kat balai polis........Si Sopan Santun berdiri kat luar balai.jadi Si Gila masuk berjumpe ngan polis.....:
Polis: Ape yg boleh saya tolong?
Gila: Kawan saya ilang....
Polis: Boleh saya tahu nama anda?
Gila: Gila...
Polis: (bengang)HAH?
Gila: iyee Gilaaa...
Polis: Tak bersopan sanun betollah...
Gila: Sopan santun ade kat luar tuh...
Polis: (naik bengang) Haduiiii..bermasalah tol budak nih....
Gila: Camne awak tahu??? |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:53 am | |
| Anak yang baik Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya....
Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna"
Wanita 2: "Apakah dia merokok?"
Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!"
Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?"
Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik"
Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?"
Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga"
Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?"
Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:54 am | |
| Tidak akan dihukum Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ? Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya. Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam. Guru : @#@# |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:54 am | |
| Ada Apa Encik Seorang penjual roti di langgar sebuah bas.Akibatnya,dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang... Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan... Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya... dia terus merintih kesakitan. Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya... "Ada apa encik...? Ada apa?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan... penjual roti itu berkata,"Adaaaaaaa rotii kejuuuuuu. Adaaaa rotii coklaaaaaaat..." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:55 am | |
| Kisah Kasih Suami Pada Isteri Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu."
"Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:55 am | |
| Cik Tina Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah , ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi .
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!
Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu ! |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:56 am | |
| Abang Aku Selalu Buat di Traffic Light Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!" Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".
Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila b*b* lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat" selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".
Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"
Nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:57 am | |
| Sakit Jiwa Kira Dirinya Jagung Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor : Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia. Doktor : ??$$?? |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:57 am | |
| Dapur Paling Bersih di Bandar Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.
Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan... Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:59 am | |
| Nenek dan Coklat Kacang Hazelnut Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya. Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."
Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,
"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:59 am | |
| Kanggaru di Zoo Melaka Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi. Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.
Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.
Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".
Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya". |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 6:00 am | |
| Melawati Kawasan Perkuburan | Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"
Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!" | |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 6:00 am | |
| Mary Sue di Hotel Mewah Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 6:00 am | |
| MINAM Ali tinggal di sebuah kampung di pendalaman Negeri Sembilan. Suatu hari Ali telah ke Bandar Seremban untuk membeli barang keperluan perkahwinannya.
Setelah puas membeli belah Ali pun mencari warong atau kedai makan untuk dia menghilangkan dahaga. Puas mencari akhirnya jumpalah sebuah warong mamak.Semasa itu terdapat beberapa orang pelanggan sedang makan.
Mamak..Selamat petang encik...mau makan apa?
Ali.........Tak polah. Ese tak nak makan...ese nak minam milo beng.
Mamak...Wokeh siap...
Sambil menunggu minumannya sampai...Ali membaca akhbar...tidak beberapa lama kemudian minuman yang diodernya sampai....
Mamak..Wokeh encik...jumput makan..
Ali........Laaa apo lak banyak na ni???? ese mintak milo beng aja..
Mamak..Tadii encik kan mintak mee enam dan milo beng...
Ali.......Mano lak..ese cakap tak nak makan...nak minam aja...
Mamak..??????...(bengang)
(minam adalah bahasa Negeri Sembilan maksudnya MINUM) |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15167 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 6:02 am | |
| Kembar Tiga Pada suatu malam, seorang isteri mengadu sakit perut kepada suaminya. Dia risau akan kandungannya yang menginjak usia. Doktor mengesahakan bahawa beliau akan melahirkan bayi kembar tiga.Sambil mengusap usap perutnya yang terasa tendangan tendangan dari bayi bayi dalam kandungannya itu sambil tersenyum kepada suaminya....
Bayi dalam kandungan.....
Tiga bayi kembar dalam perut ibu ini bertanya cita-cita masing-masing...
"Abang Sulung cakap" : Abang nanti nak jadi pegawai TNB sebab dalam perut ibu gelap.
"Adik kedua cakap" : Angah nak jadi pegawai JBA sebab dalam perut ibu banyak air....
"Adik Bongsu pulak cakap'' : Adik nak jadi POLIS BRANCH sebab nak siasat siapa budak kepala botak yang asik keluar masuk kat dalam perut ibu pastupancut air kat kiter bertiga.Hampeh betul budak botak tuh..... |
|
| |
eleanor SUPERIOR
Age : 47 location : sabah Points : 12319 Reputation : 0 Number of posts : 2620
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 7:25 am | |
| |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... | |
| |
|
| |
| Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... | |
|