Chef popular tegangkan kulit
Semasa ke sebuah majlis hiburan baru-baru ini team ManggaOnline ada nampak seorang chef selebriti yang popular. Bila diamat-amati macam lain saja wajahnya. Nampak makin muda pulak. Apa rahsianya tu agaknya?
Apabila diteliti, nah! nampak sedikit parut pada bahagian tertentu di mukanya. Rupa-rupanya dia buat pembedahan sikit. Mungkin dia baru bikin kut, sebab itulah parutnya nampak sikit. Selepas ini hilanglah parutnya.
Bila ditanya-tanya pada kawan, bocorlah rahsia. Dia buat pembedahan menegangkan wajah. Oh! Patutlah muda semacam saja. Apatah lagi dia semakin slim sekarang, lagilah nampak muda.
Dia buat operasi di luar negara. Negara jiran saja. Tak apalah, sebab kerjanya memerlukan sentiasa nampak menarik. Teknologi sekarang semakin moden. Bukannya dia ubah wajahnya, dia tegangkan saja sebab apabila dah slim, nampaklah kulit macam kendur sikit.
Tunggu... nanti team ManggaOnline nak jumpa dia dan tanya sendiri. Dia pasti sedia berkongsi cerita. Tunggu ya.
dipetik dari manggaonline