|
| Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Adam berang didakwa gay 15/1/2008, 9:40 am | |
| Adam berang didakwa gay
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin [url=mailto://][/url]
EPISOD kontroversi yang menimpanya berturut-turut tahun lalu membuatkan penyanyi muda yang bakatnya dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) ini lebih berhati-hati merentasi ranjau dunia seni.
Jika dia hanyalah Mohd Aizam Mat Saman, 25, mungkin tiada orang akan mempedulikan apa saja perkara dilakukannya. Tetapi apabila Mohd Aizam atau mahu dikenali sebagai Adam memilih untuk menjadi anak seni, dia terpaksa akur apabila hak peribadi dicerobohi.
Tambah merimaskan kisah peribadinya turut menjadi mainan media dan seterusnya mencetuskan kontroversi. Silap langkah, kerjayanya yang mekar dibina selama lebih dua tahun boleh terjejas.
“Kalau boleh saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi pada 2008. Dalam perjalanan seni, kita memang tidak dapat mengelakkan kontroversi. Pada mulanya agak tertekan juga, tetapi bila memikirkan kembali bukannya rezeki makin tertutup sebaliknya lebih murah walaupun banyak dugaan menimpa, memberikan sedikit kekuatan kepada saya,” katanya.
Kontroversi membabitkan penyanyi yang popular dengan lagu Joget Lambak itu tercetus apabila keluarga angkatnya membuat aduan di akhbar mengenai kehilangannya. Disusuli dengan masalah disiplin dan kisahnya tidak hadir ke majlis yang diundang sehingga mengakibatkan KRU membatalkan kontraknya.
Jelas Adam, memang ketika itu dia belum menandatangani sebarang kontrak dengan KRU. Selepas kontroversi melanda, terus saja kontrak bersama KRU ditandatangani. Jadi katanya tidak benarlah jika ada yang berkata hubungannya dengan KRU bergolak. “Alhamdulillah semua masalah yang melanda saya sudah berjaya ditangani. Saya tidak menghadapi masalah disiplin, sebenarnya masalah itu tercetus kerana percanggahan jadual antara saya dan KRU. Sekarang kami akan pastikan untuk merancang bersama jadual saya sebulan lebih awal,” katanya.
Paling menyakitkan hati, apabila ada yang menuduh dirinya gay. Malah, sehingga ke hari ini masih ada lagi yang menuduh Adam meminati golongan sejenis. Jika benar tuduhan itu, pinta anak muda ini agar ditunjukkan bukti yang dapat mengukuhkan tohmahan yang dilemparkan padanya.
“Jika benar saya gay, tentu saat ini saya malu untuk tampil menonjolkan muka di khalayak ramai. Memang susah nak menepis tuduhan orang, malah sehingga ke hari ini masih ada lagi orang yang menuduh saya gay.
“Apa pun saya sematkan dalam diri satu prinsip. Berani kerana benar, takut kerana salah. Hanya yang dapat saya lakukan adalah bertenang menghadapi semua ini,” katanya yang akan kembali bersama Esdco. Esdco dianggotai Aico, Byco dan Zeco yang bernaung di bawah syarikat Adam. Kumpulan yang ditubuhkan sejak lapan tahun lalu berhasrat untuk menerbitkan album berentak dance agresif.
Menurut Adam, irama itu diketengahkan kerana melihatkan genre sedemikian semakin lenyap selepas KRU, Nico dan 4U2C yang tidak lagi aktif.
Pernah memenangi anugerah Vokal Duo Terbaik pada Anugerah Era 2004 dan Pelakon Lelaki Pilihan SMS Popular di Festival Filem Malaysia ke 19, pada 2006. Nama Adam tahun ini sekali lagi tidak ketinggalan tercalon di dalam senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2007).
Dia tercalon bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular, bersaing dengan nama besar seperti Mawi, Hattan, Zahid, Nassier Wahab serta ramai lagi. Bagaimanapun, langsung tidak pernah terlintas di fikirannya mengungguli carta itu.
“Tercalon sebagai Top 5 pun memadai. Ini adalah sebuah pertandingan, menang atau kalah adalah adat. Saya menganggap penganjuran sesebuah anugerah sebagai sebuah aktiviti sihat. Hanya satu saja harapan saya di dalam bidang yang diceburi untuk menyajikan buah tangan menghiburkan buat peminat,” ujarnya.
Nama: Mohd Aizam Bin Mat Saman
Nama komersial: Adam
Asal: Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh lahir: 19 September 1983. |
| | | andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 15/1/2008, 8:37 pm | |
| muka memang ada ciri2 kaum gay ni lah.. tapi tidak tahu lah betul ka tidak dia ni gay.. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 17/1/2008, 6:42 pm | |
| rasanya gay tu tidaklah nampak sangat... tapi cuma nampak dia ni pemalu macam perempuan... hahahha |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 17/1/2008, 10:20 pm | |
| Ni gossip jak , tak tau lagi kesahihannya jom minum RGC :star: |
| | | jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12417 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 17/1/2008, 11:02 pm | |
| macam ciri2nya tu ada juga la...tapi sa rasa indak juga mangkali ba.. |
| | | arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12639 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 17/1/2008, 11:20 pm | |
| kalo btol cam mane lak tue........ |
| | | andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 18/1/2008, 3:57 pm | |
| tidak tau lah pulak.. dulu ceritanya dia ada sugar mummy lagi.. |
| | | drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 19/1/2008, 3:32 am | |
| Playboy I.B.U bah nie c ADAM..hahaha..klu gay nie nda pasti pula lah..tapi masa dia belum jadi artis..lurus jak dia nie..nda tau lah pula klu sudah tukar selera pabila sudah jadi artis.. apa2pun ADAM memang MANTAP kerana antara artis dari sabah yg berjaya..MANTAP!!?!! Malaysia Boleh..SABAH TATAP!!?!!
Last edited by on 19/1/2008, 7:01 pm; edited 1 time in total |
| | | heytang JUNIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12409 Reputation : 0 Number of posts : 171
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 19/1/2008, 4:27 am | |
| aku pernah terjumpa adam ni di taj curry house dekat foh sang, okay juga la org ni steady jak naik kancil standard warna putih dia drive ngan cousin dia sama geng2 dia naik kereta kelisa modified baru balik clubbing kira2 pukul 12.30 malam, yg lawak dia kawan sebelah aku terkantoi, dia cakap " aik, ni urang macam muka adam, eh memang adam pula ahahaha" punya kuat suara member aku, malu gila wooo |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay 19/1/2008, 10:52 am | |
| - heytang wrote:
- aku pernah terjumpa adam ni di taj curry house dekat foh sang, okay juga la org ni steady jak naik kancil standard warna putih dia drive ngan cousin dia sama geng2 dia naik kereta kelisa modified baru balik clubbing kira2 pukul 12.30 malam, yg lawak dia kawan sebelah aku terkantoi, dia cakap " aik, ni urang macam muka adam, eh memang adam pula ahahaha" punya kuat suara member aku, malu gila wooo
adoooi.. kembang bulu telinga aku kalau terkantoi macam ni... hahahahaha tapi setahu aku dari member , dia ni ok bah.. tahulah bila jadi artis ni. macam² hal org cakap.. A-Z org akan cari kesilapan.. |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Adam berang didakwa gay | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|