Vassell maaf MorteLONDON: Penyerang Manchester City, Darius Vassell menerima permohonan maaf daripada Luis Boa Morte kerana melakukan terjahan keras dua kaki terhadapnya sewaktu menentang West Ham yang menyaksikan dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1, semalam.
Pengadil, Phil Dowd melayangkan kad kuning kepada pemain Portugal itu kerana melakukan bentesan menyaksikan beberapa pemain lain pernah menerima perintah keluar padang serta-merta musim ini, termasuk Stephen Ireland yang beraksi di White Hart Lane, bulan lalu.
Bagaimanapun, bercakap selepas perlawanan itu, Darius berang, mengatakan:
“Saya menonton tayangan video dan ia berada dalam keadaan buruk tetapi pada masa yang sama, saya bercakap kepada pemain itu dan dia tidak henti-henti memohon maaf. Dia menyangkakan saya akan melancarkan serangan yang sama dan dia cuba untuk mempertahankan dirinya.
“Saya tahu ia agak kasar tetapi ada masanya saya memikirkan ia cara diri saya dan jika anda bertembung dalam cabaran 50-50 sepenuhnya, anda perlu memastikan anda tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ia sesuatu yang lucu dalam perlawanan bola sepak tetapi saya tidak mengalami kecederaan dan ia perkara utama dan saya merasakan kami perlu meneruskan saingan dan melupakan mengenai perkara itu.
“Perlanggaran itu menyebabkan pergelangan kaki saya kejang, tetapi kami ada beberapa hari sekarang dan saya akan baik pertengahan minggu.”
Dari satu sudut pandangan lain, Vassell mempamerkan naluri sebagai seorang penyerang sejati, apabila memberi reaksi dengan pantas untuk memberikan penyamaan bagi City sekalipun sedar terhadap dakwaan West Ham, dia berada pada kedudukan ofsaid sewaktu gerakan itu dimulakan. - Agensi
“Ia satu perkara menarik mendapatkan gol. Terdapat sedikit kontroversi mengenainya tetapi saya ia berada satu bahagian yang buruk dari pandangan lain. Ia sesuatu anda akan ambil jika menjaringkan gol tetapi jika ia tidak menyebelahi anda, ia sentiasa menimbulkan persoalan.
“Saya tidak merasakan banyak perkara dapat dilakukan oleh pengadil atau penjaga garisan ketika itu kerana ia mengenai apa yang perlu dilihat. Saya terharu kerana gol itu tetap diberikan