FAQ mengenai Inspection Puspakom
banyak persoalan yang ako nak tanyer sebenarnya...so bagi sesaper yg pernah hantar kereta untuk buat pemeriksaan di Puspakom...tolong explain serba sedikit....TQ
Soalan:
1. Kalau kita hantar keta untuk pemeriksaan bumbung atau engien sahaja...adakah diorang akan periksa bahagian lain yg tidak berkaitan seperti tinted, spring, absorber dan sebagainya?
- firstly diorang akan check samada keta tu sambung ke tidak...diorang akan bukak getah kat pintu untuk memastikan tiada sambungan haram...diorang jugak akan check absorber, brake dan ketinggian...
note yang pada akhir lane pemeriksaan ade satu tempat nak check bawah chassis...kat situ ade besi angle iron setinggi 1 inci untuk mengepung kawasan tengah...so pastikan bhg bawah kereta anda melepasi besi ini...kalo tak, naya!! dah selesai...diorang akan panggil ngko amik keta dan surat keputusan inspeksyen untuk diendorsed ke JPJ...
2. Ako tengok line-up kereta untuk diperiksa mmg panjang...lori, bas, teksi dll. Sebagai keta persendirian, adakah kita perlu beratur sama dgn diorang atau ada lane tertentu khas untuk kenderaan persendirian?
- Guna Lane A (Persendirian)
- Terlebih dahulu ambik borang kat pondok Pengawal dan isi
- Dah masuk Gate terus ambik pengesahan Warden then bayar rm40.
- kita/pembawa kenderaan akan bawa masuk kenderaan
(dah semak dgn Puspakom)
3. Kita sebagai pembawa kenderaan/owner boleh tengok ke diorang buat pemeriksaan?
- dulu owner boleh duduk skali dlm kete time inspect... tp skarang boleh tgk dr. jauh je la... kete kene lenjan..
4. Wakil JPJ ada kat sana untuk memantau pemeriksaan ke?
- Tiada
5.. Berapakan bayaran yang dikenakan untuk membuat 1 point pemeriksaan?
- RM40 untuk 1 pemeriksaan (dah semak dgn Puspakom)
6. Kalau pakai runner, berapa bayaran? keta kena bawak tak?
- kalo buat dgn runner pon same gaks...cume duit lebih tu sebenarnye upah dia bawak keta dan buat segala prosedur diatas...kiranya kita bayar gaji dia la...bagi keta yang banyak maslah spt kapasiti enjin baru melebihi 25% dan nak jugak lepas inspeksyen....gune le runner...
7. Pakai bodykit boleh lepas ke?
- inspect with bodykit (kecuali lampu telur dgn L5) lepas.. asalkan jgn ada mira.