SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Noraniza Idris bukan janda lagi? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Noraniza Idris bukan janda lagi? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Noraniza Idris bukan janda lagi?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15096
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Noraniza Idris bukan janda lagi? Empty
PostSubject: Noraniza Idris bukan janda lagi?   Noraniza Idris bukan janda lagi? Icon_minitime13/2/2008, 7:20 pm

Noraniza Idris bukan janda lagi?

Noraniza Idris bukan janda lagi? Nuranizaidris

Petikan dari Utusan Malaysia online



Noraniza Idris bukan janda lagi

PUTRAJAYA 6 Feb. - Penyanyi, Noraniza Idris menamatkan spekulasi mengenai kisah cintanya apabila mengesahkan telah berkahwin dengan seorang usahawan, hujung minggu lalu.

Noraniza, 40, dan suaminya yang berusia awal 50-an itu berkahwin dalam satu majlis tertutup di sebuah tempat yang dirahsiakan.

Menurut penyanyi itu, dia membuat keputusan menamatkan zaman janda selepas lebih tiga bulan mengenali suaminya yang berasal dari sebuah negeri di utara tanah air.

"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan selamat. Harapan saya, perkahwinan ini akan menamatkan segala spekulasi dan gosip mengenai saya selama ini," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Noraniza yang dikenali ramai sebagai pejuang lagu-lagu irama tradisional sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Fareez pada 31 Mac 1988 dan disahkan bercerai pada Mei 2006.

PerkahwinanHasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu, Mohd. Alif Haikal, 19, dan Mohd. Alfeq Haikal, 15.

Menurut Noraniza, hatinya terbuka untuk berkahwin lagi selepas yakin dengan kejujuran dan keikhlasan suaminya.

"Saya juga bersyukur kerana abang (panggilan buat suaminya) juga menerima kehadiran kedua-dua anak saya. Itu sudah cukup membuktikan keikhlasannya," ujar Noraniza yang kini muncul dengan imej bertudung.

Pada pertemuan itu, Noraniza yang ditemani suaminya bagaimanapun enggan membenarkan gambar mereka berdua dirakamkan atas sebab-sebab peribadi.

Biarpun kini muncul dengan imej bertudung, itu tidak menghalang Noraniza untuk terus aktif menyanyi.

"Saya memilih untuk mengubah imej kerana Allah dan selepas mendapat restu daripada suami. Bagaimanapun, itu juga tidak menghalang saya daripada terus aktif menyanyi," kata Noraniza yang kini sibuk merancang konsert solonya di seluruh negara.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12515
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Noraniza Idris bukan janda lagi? Empty
PostSubject: Re: Noraniza Idris bukan janda lagi?   Noraniza Idris bukan janda lagi? Icon_minitime13/2/2008, 7:26 pm

Syukur alhamdulillah akhirnya bertemu jodoh semula kak noraniza ni, semoga perkhawinan kali ni kekal hingga ke anak cucu.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Intan Nuraini
SENIOR
SENIOR
Intan Nuraini

Female
Age : 33
location : labuan
Points : 12430
Reputation : 0
Number of posts : 592

Noraniza Idris bukan janda lagi? Empty
PostSubject: Re: Noraniza Idris bukan janda lagi?   Noraniza Idris bukan janda lagi? Icon_minitime14/2/2008, 6:57 pm

baguslah tu...
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 478

Noraniza Idris bukan janda lagi? Empty
PostSubject: Re: Noraniza Idris bukan janda lagi?   Noraniza Idris bukan janda lagi? Icon_minitime14/2/2008, 11:18 pm

Selamat Pengantin Baru Kak Ani..
Semoga perkahwinannya kali ini akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Back to top Go down
Sponsored content




Noraniza Idris bukan janda lagi? Empty
PostSubject: Re: Noraniza Idris bukan janda lagi?   Noraniza Idris bukan janda lagi? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Noraniza Idris bukan janda lagi?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: