SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
4 tahun disuap ulat oleh maid Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
4 tahun disuap ulat oleh maid Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 4 tahun disuap ulat oleh maid

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

4 tahun disuap ulat oleh maid Empty
PostSubject: 4 tahun disuap ulat oleh maid   4 tahun disuap ulat oleh maid Icon_minitime29/1/2008, 4:32 pm

Dikisahkan sepasang suami isteri Melayu Malaysia yang sudah lama bermastatutin di Arab Saudi. Walaupun mereka pemastautin tetap namun anak mereka sudah warga negara Arab Saudi. Ahmed dan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar) tinggal di Mekah hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhamad(bukan nama sebenar). Fatimah bekerja sebagai guru manakalaAhmed pula bekerja dengan syarikat swasta. Oleh kerana Kedua-dua mereka bekerja sepenuh masa, mereka mengambil seorang amah, Tini (bukan nama sebenar) selepas Muhamad dilahirkan.

Kini, telah empat tahun Muhamad diasuh dan dibesarkan oleh Tini, namun Muhamad bukannya semakin aktif malah semakin kurus, kecil dan selalu sahaja sakit-sakit. Paling ketara apabila selepas hari raya aidilfitri, Muhamad langsung tidak berselera makan, lemah, tidak bemain seperti kanak-kanak lain dan selalu demam bila malam hari. Melihat Muhamad selalu sakit,Ahmed membawa Muhamad ke Hospital untuk diperiksa. Apabila diperiksa tiada pula tanda2 menunjukkan Muhamad sakit serius.Apabila disuap sendiri oleh Fatimah dengan makanan, hanya sedikit sahaja yang dimakan oleh Muhamad. Apabila ditanya kepada amahnya, Tini menjawab begitulah Muhamad apabila disuap,hanya sedikit sahaja yang dimakan.

Fatimah berasa risau dengan perubahan itu. Masuk minggu kedua, Muhamad semakinteruk. Badan semakin kurus, darah keluar dari hidung dan suhu badan meningkat dengan tiba-tiba. Ahmed dan Fatimah panik, mereka terus ke hospital. Apabila di x-ray seluruh badan, tiada kesan atau tanda2 penyakit.



Namun, satu sahaja yang tidak dibuat oleh pihak Hospital, iaitu x-ray kepala Muhamad. Muhamad dirawat sehingga sihat dan segar serta dibenarkan pulang.



Namun tiga hari kemudian, Muhamad kembali sakit. Sekali lagi mereka terpaksa berulang lagi ke hospital. Apabila agak sihat Muhamad dibenarkanpulang semula. Waktu itu Ahmed berasa agak hairan apabila setiap kalipulang daripada hospital Tini berkelakuan resah. Dia syak ada sesuatuyangdisembunyikan oleh amahnya itu. Lalu Ahmad dan Fatimah cuba berusaha dan berpakat melakukan sesuatu. Oleh kerana mereka rasa tidak sedap hati, kedua-dua berpakat dan membuatrancangan keesokkan harinya.

Esoknya seperti biasa, mereka bersiap untuk pergi kerja. Fatimah pun meninggalkan pesan kepada Tini. "hari inisayapergi kerja sebab cuti dah habis. Jadi, saya akan balik dan bawaMuhamad keHospital petang nanti. Tini jagalah Muhamad baik2 sebab dia dah sihatsikithari ini ya!". Tini mengangguk dan menundukkan kepala tanda hormat.

Pada masa yang sama Fatimah membawa kunci pendua rumahnya untukrancanganyang mereka buat semalam.sebaik sahaja kereta keluar pagar rumah, Tini terus mengunci pintu dan masuk ke dalam. Ahmed berpatah balik danmenurunkan Fatimah di depan rumah. Secara senyap2 Fatimah masuk kedalamdan bersembunyi di dalam alamari pakaian Tini. Fatimah membuka sedikitpintu almari untuk melihat keadaan luar.

Setengah jam kemudian Tini masukdengan membawa sebiji mangkuk bersama anaknya.Fatimah tertanya-tanya apayang hendak dilakukan oleh Tini.Beristigfar panjang Fatimah apabila melihat dalam mangkuk itu adalah ulat-ulat bangkai. Bertambah terkejut apabila dia melihat Tinimenyumbatkanulat-ulat bangkai itu ke dalam mulut dan hidung anaknya. Muhamad yangmeronta-ronta sempat berkata. " Sudahlah tu, Kak! Nak bagi pun sikit2cukuplah. Saya tak tahan lagi, hari2 kakak bagi makanan ni".Sayu suara Muhamad memintabelas kasihan.

Menyirap darah Fatimah melihat kejadian itu. Segera diamembuka pintu almari dan menerkam Tini. Tini tidak sempat melarikandiri.Fatimah yang sedang marah memukul Tini sepuas hatinya. Apabila sudahlemah,Tini diikat supaya tidak dapat melarikan diri. Fatimah menghubungisuaminya. Setengah jam kemudian apabila Ahmed tiba, sekali lagi Tinidikerjakan kemudian barulah mereka menghubungi pihak polis untuk tindakansusulan.





Muhamad pula dibawa kehospital untuk diperiksa sekali lagi. Dan kali inikepala pula di x-ray. Rupa-rupanya selama ini, Setiap hari Muhamad disumbatulat oleh Tini dan ulat-ulat itulah yang memakan otak Muhamad sedikit demi sedikit. Oleh kerana ulat itu tidak boleh bertahan lama, maka Tinimenyumbatnya setiap hari supaya Muhamad terus sakit dan tidak menyusahkandia lagi. Apabila diperiksa oleh Fatimah di dapurnya, ulat2 itu didapatidari daging mentah yang sengaja disimpan lama sehingga keluar ulat.

Tini dijatuhkan hukuman sewajarnya dan bagi Ahmed dan Fatimah , peristiwa itu memberi pengajaran kepada mereka sekeluarga. Dan berharap tidak akanberulang lagi kepada mereka atau org lain.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12643
Reputation : -1
Number of posts : 2048

4 tahun disuap ulat oleh maid Empty
PostSubject: Re: 4 tahun disuap ulat oleh maid   4 tahun disuap ulat oleh maid Icon_minitime29/1/2008, 11:25 pm

ya Allah... ape la kejam sangat manusia ni... eeee,,kesian aku dengan budak tu... dah la maid je.. ade hati lagi tu nak dera budak2... rase nak pukul2 je orang macam ni... :gangster:
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12288
Reputation : 0
Number of posts : 478

4 tahun disuap ulat oleh maid Empty
PostSubject: Re: 4 tahun disuap ulat oleh maid   4 tahun disuap ulat oleh maid Icon_minitime30/1/2008, 5:48 pm

Uisshhh sampai nya hati maid tu buat mcm tu. Manusia jenis apa la tu....
Nasib belum terlambat kan..


Maybe parents2 skang ni perlu gak ambik tahu hal2 anak2 d ruma even ada maid. Jgn la harap 100% pengurusan anak2 pd maid kan...coz ada maid yg cannot be trusted skang ni. mcm2 kes dah skang.

Lebih elok jaga sndri kot....



Moga2 kita d jauhkan dari pekara sebegini....Amin.
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

4 tahun disuap ulat oleh maid Empty
PostSubject: Re: 4 tahun disuap ulat oleh maid   4 tahun disuap ulat oleh maid Icon_minitime30/1/2008, 6:37 pm

saya pernah terbaca cerita ni dalam sebuah majalah wanita beberapa tahun dahulu, kisah ni memang benar2 berlaku. Memang kejap maid tu , sanggup dia buat begitu terhadap kanak2 yang x berdosa.....ehh..... Mad
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

4 tahun disuap ulat oleh maid Empty
PostSubject: Re: 4 tahun disuap ulat oleh maid   4 tahun disuap ulat oleh maid Icon_minitime5/2/2008, 3:33 pm

kalau keluarga saya yang kena buat macam tu..
nah siap lah maid tu saya kerjakan..
nasib sekarang tidak perlu maid lagi.. dan belum perlu..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




4 tahun disuap ulat oleh maid Empty
PostSubject: Re: 4 tahun disuap ulat oleh maid   4 tahun disuap ulat oleh maid Icon_minitime

Back to top Go down
 

4 tahun disuap ulat oleh maid

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: