Nasha-Helmi sudah putus tunangOleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
KUALA LUMPUR - Ikatan pertunangan antara pelakon Nasha Aziz dan Pengarah Fotografi, Helmi Mohd. Yusof, tidak mampu diselamatkan lagi.
Selepas setahun bertunang, akhirnya mereka mengambil keputusan memutuskan saja hubungan berkenaan awal Januari lalu.
Seorang ahli keluarga Nasha, Hamidi Aziz mengesahkan berita putus tunang itu kepada
KOSMO!. "Memang benar pertunangan antara Nasha dan Helmi sudah berakhir. Mereka secara rasminya sudah putus semenjak awal tahun lalu," kata abang angkat Nasha ini.
|
NASHA dan Helmi ceria pada satu konsert di Kuala Lumpur tahun lepas.
|
Hamidi mengesahkan desas-desus yang tersebar mengenai berita berkenaan yang semakin rancak diperkatakan akhir-akhir ini.
Menurut Hamidi, Nasha dan Helmi bersetuju memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang pertengkaran besar.
Malah ahli keluarga kedua-dua belah pihak pula menyifatkan keputusan itu dibuat kerana tiada jodoh antara keduanya.
Nasha,37 tahun dan Helmi, 29, bertunang pada 4 Jun 2006 dan dijadual melangsungkan perkahwinan sekitar Julai 2007.
Sementara itu Nasha Aziz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
"Saya sedang bercuti, tenangkan fikiran. Maaflah, buat masa sekarang saya tidak mahu ulas perkara itu," katanya yang pada ketika ini sedang bercuti di Bali.
di petik dari kosmo online