First topic message reminder :
[url=mailto://][/url]
KALAU tengok pada gelagatnya 'bodoh sombong' dan angin satu badan, siapa pun akan lari lintang pukang. Raja kasihan dengan artis wanita seorang ini. Dulu namanya meletup tapi kini sudah suam-suam kuku. Rasanya setahun adalah satu, dua drama, tapi filem jauh sekali.
Semuanya gara-gara produser pun takut nak ambil si pelakon ini berlakon, bukan bimbang hasilnya tidak memuaskan tetapi tak larat melayan kerenahnya yang entah apa-apa. Sudahlah angin Barat datang tak tentu masa dan yang jadi mangsa adalah orang sekelilingnya. Kalau nak maki atau sumpah seranah tak kira masa, depan orang ke, belakang orang ke, dia fire saja, asalkan hatinya puas.
Ramai orang yang sudah terkena tapi nak kata apa, sudah kejadiannya begitu. Lama kelamaan tiada sesiapa yang berani nak tawarkan watak walaupun tahu lakonannya cukup hebat. Bukan apa, mereka malas bergaduh dan timbul banyak masalah di lokasi penggambaran.
Khabarnya apabila tiada tawaran berlakon, duit simpanan semakin kering. Macam mana nak bayar kereta, rumah dan makan pakai kalau tak berlakon? Si pelakon ini pula pernah cuba pelbagai bisnes ketika zaman semakin gerhana tetapi perniagaannya juga bungkus, gara-gara perangai tak tentu hala. Di sebalik gelagat seperti anti lelaki, si pelakon ini sebenarnya hanya berpura-pura depan orang, cakap tak serupa bikin. Raja dengar rata-rata lelaki yang berkawan dengannya tak lama, habis lama pun sebulan dua, selepas itu mereka angkat kaki.
Khabarnya si pelakon cuba menggoda seorang ahli perniagaan tak lama dulu. Siapa tak terpikat dengan liuk lentoknya apabila menggoda, lembut gigi daripada lidah. Nak jadi cerita, ahli perniagaan berkenaan adalah kawan Raja. Secara kebetulan Raja terserempak dengannya minggu lalu. Jadi, cerita punya cerita terkeluarlah kisah si pelakon ini merabanya tidak lama dulu. Suatu hari si pelakon berkunjung ke pejabatnya tanpa diundang. Terkejut juga kawan Raja, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba terpacul saja.
Terkejutlah semua kakitangannya bila tengok si pelakon cantik jelita ini datang mencari bos mereka. Hanya pandanglah bila tengok si pelakon baju tali halus dengan seluar ketatnya. Nak tak nak terpaksalah kawan Raja mempelawanya masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sejam berlalu si pelakon masih rancak bercakap, masuk jam kedua, ceritanya masih tak habis dan masuk jam ketiga, tangannya sama laju dengan mulut. Meloncat kawan Raja apabila si pelakon meraba sambil menggodanya. Takkan nak menjerit, malu kakitangan dengar tapi si pelakon masih tak faham apabila kawan Raja cakap dia tak selesa dibuat begini. Apabila si pelakon tengok tak ada respon, dia termalu sendiri.
RAJA: Meluat tengok perempuan gedik.