Gwen dan Katie mengandung
Gwen dan Katie mengandungKELUARGA bahagia Tom Crusie dan Katie.
GWEN Stefani kini sedang tiga bulan mengandung. Bekas penyanyi kumpulan No Doubt yang sudah memiliki anak lelaki berusia 20 bulan, Kingston dengan suaminya, Gavin Rossdale berasa gembira apabila disahkan mengandung anak kedua di hospital Cedars Sinai, Los Angeles.
"Mereka telah menjalankan pemeriksaan di hospital dan tidak sabar untuk berkongsi berita gembira dengan semua orang. Mereka berdua sangat teruja kerana anak adalah sesuatu yang mereka kehendaki," kata satu sumber.
Oktober lalu, Gwen, 38, memberitahu bahawa dia ingin menambahkan ahli keluarganya tetapi ingin menunggu sehingga konsert jelajahnya berakhir.
"Memang saya sedang berlumba untuk melahirkan seorang lagi anak tetapi saya tidak mahu lakukannya semasa sedang menjalankan konsert jelajah," kata Gwen.
Penyanyi ini juga menyatakan menjadi ibu kepada Kingston telah mengubah hidupnya.
"Saya sayangkan dia. Dia adalah perkara paling hebat pernah berlaku dalam hidup saya. Apabila saya bangun awal pagi, saya tahu saya tidak mendapat tidur secukupnya.
"Namun, saya tidak kisah kerana ingin menghabiskan lebih banyak masa bersamanya. Memang menakjubkan kerana dia (Kingston) juga suka 'lepak' dengan saya," tambah Gwen.
Pada masa yang sama, Katie Holmes juga dikhabarkan sedang mengandung apabila dia membeli baju dengan tulisan 'big sister' kepada anak sulungnya, Suri.
Aktres
Batman Begins ini telah mengunjungi butik pakaian bayi Petit Tresor di Los Angeles bersama Suri, 21 bulan dan suaminya, Tom Cruise di mana dia menghabiskan AS$ 2000 (RM 6400) hanya untuk pakaian bayi.
"Katie telah menempah banyak gaun comel untuk Suri. Dan dia juga membeli baju-t kecil berwarna merah jambu dengan tulisan 'big sister' kepada Suri. Selain daripada itu, dia juga membeli baju dengan tulisan 'little sister' dan 'little brother' yang dikatakan untuk anak keduanya," kata satu sumber.
Disember lalu, Katie, 29, mendedahkan bahawa dia tidak sabar untuk menambahkan anak bersama Tom, 45.
"Saya inginkan anak lagi tetapi tidak terdesak. Kami sedang menikmati masa bersama," katanya.
Namun, ada laporan yang menyatakan bekas pelakon
Dawson Creek ini ingin melahirkan anak keduanya sebelum berusia 30 tahun Disember ini.