SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kafein tak bagus jika hidap diabetes Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kafein tak bagus jika hidap diabetes Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kafein tak bagus jika hidap diabetes

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Kafein tak bagus jika hidap diabetes Empty
PostSubject: Kafein tak bagus jika hidap diabetes   Kafein tak bagus jika hidap diabetes Icon_minitime31/1/2008, 1:04 am





[url=mailto://][/url]



WASHINGTON: Langkah mengurangkan pengambilan kafein mungkin membantu mereka yang mengalami penyakit diabetes biasa mengawal lebih baik paras gula dalam darah, kata penyelidik semalam.

Ujian menunjukkan paras glukos dalam darah sekumpulan penghidap diabetes jenis 2 meningkat sepanjang hari apabila mengambil kafein terutama selepas makan, kata penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Duke di Durham, North Carolina.

"Kafein dilihat mengganggu metabolisme glukos dalam cara yang boleh membahayakan orang yang menghidap diabetes jenis 2," kata James Lane, ahli psikologi perubatan yang mengetuai kajian itu dalam temuramah menerusi telefon.

Kafein ditemui dalam kopi, teh dan kebanyakan minuman ringan.

Diabetes adalah keadaan di mana paras gula dalam darah terlalu tinggi. Mempunyai terlalu banyak glukos dalam darah boleh merosakkan mata, buah pinggang dan saraf. Diabetes juga boleh menjurus kepada penyakit jantung, angin ahmar dan menyebabkan anggota badan dipotong.

Diabetes jenis 2 adalah dalam bentuk yang turut dikatakan sebagai punca kegemukan.

Penemuan baru dilihat membalas penyelidikan sebelum ini berhubung diabetes dan kafein. Kajian terdahulu menunjukkan mereka yang minum kopi mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan mereka yang minum paling banyak kopi mempunyai risiko paling rendah.

Penyelidik menggunakan teknologi baru – pengesan glukos kecil yang dimasukkan di bawah kulit perut - untuk memantau paras glukos berterusan 10 orang, dengan purata umur 63 tahun.

Pada hari di mana peserta diberi empat kapsul mengandungi kafein bersamaan empat cawan kopi, purata paras harian gula meningkat lapan peratus berbanding pada hari di mana orang yang sama diberi empat kapsul plasebo, lapor penyelidik dalam jurnal Diabetes Care.

"Apa yang kami tunjukkan di sini ialah apabila orang dengan diabetes jenis 2 yang biasa minum kopi, ia menyebabkan penurunan pada glukos sepanjang hari berbanding jika mereka tidak mengambil kafein," kata Lane. – Reuters
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Kafein tak bagus jika hidap diabetes

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: