SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tuah merah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tuah merah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tuah merah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Tuah merah Empty
PostSubject: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime7/2/2008, 9:25 am

Tuah merah -
Warna wajib hari pertama



Sudah menjadi tradisi, seluruh ahli keluarga Tan Mong Leng akan berpakaian merah pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina. Tetapi mengapa?
Wartawan ADHAM SHADAN melaporkan.
Tuah merah Ru_01.1
LYNNE CHIANG (kiri) berbaju merah sedondon dengan ibu bapanya, Chiang Jwee Min dan Tan Mong Leng.



“KALAU saya tidak memakai baju berwarna merah, habislah kena dengar leteran emak,” kata Lynne Chiang merujuk kepada tradisi keluarganya yang mewajibkan menyarung pakaian berwarna merah pada hari pertama Tahun Baru Cina.
Menurutnya, bukan sahaja ibu, bahkan saudara-mara juga akan memerli dan ‘memberi tekanan’ kepada mereka yang tidak memakai baju merah sehinggalah baju warna tersebut tersarung di badan.
Tradisi memakai pakaian berwarna merah atau warna hong dalam bahasa Cina itu, hakikatnya telah diamalkan oleh keluarga berkenaan sejak sekian lama walaupun ada sesetengah keluarga Cina yang tidak lagi mengambil serius untuk mengehadkan pakaian berwarna merah sahaja pada hari pertama berhari raya.
“Tidak ada warna lain yang menjadi kewajipan. Hanya merah. Sekurang-kurangnya baju mesti berwarna merah,” kata Lynne, 38, ketika ditemui KOSMO! di rumahnya di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Rumahnya juga turut didominasi warna itu dengan tanglung-tanglung dan birai pintu rumah berwarna merah menyambut ketibaan tetamu.
Hiasan dalaman banglonya turut dihiasi bunga-bunga berona merah dan kusyen pada kerusi kayu juga berwarna merah. Suasana kediamannya sarat dengan elemen tradisional Cina seperti lukisan, pokok buah pic tiruan, hiasan buluh dan jongkong emas. Limau-limau tersusun cantik di dalam raga.
“Memanglah kalau nak diikutkan, kadang-kadang kita orang muda cenderung untuk pakai pakaian yang berwarna gelap-gelap, barulah tubuh nampak langsing!” ujarnya tertawa namun menghargai tradisi berzaman itu.
Tuah merah Ru_01.3
MONG LENG bersama beberapa koleksi baju merah yang masih dalam simpanannya.

Ibunya, Tan Mong Leng, 65, merupakan individu yang paling menggemari warna itu. Dididik agar memakai pakaian berwarna merah sejak kecil oleh nenek moyangnya, dia kini memastikan seluruh ahli keluarganya berbaju merah pada hari pertama Tahun Baru Cina.
Bukan sekadar itu, warna merah sendiri sebenarnya mempunyai makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. Tidak hanya warna itu terang dan ceria maka menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam hidup.
“Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina. Bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah. Jika kita pakai warna merah pada hari pertama Tahun Baru Cina, kita akan dilimpahi tuah sepanjang tahun,” kata Mong Leng yang begitu ramah.
Menyorot zaman muda-mudanya dulu, kata Mong Leng, dia akan pastikan seluruh tubuhnya ‘diselimuti’ warna merah daripada baju, kasut, beg tangan, hinggalah ‘di dalam’.
“Kalau boleh pakaian di dalam pun saya hendak pakai merah. Habis orang panggil saya Red Lady. Tapi itu dulu, sekarang memadai kalau saya memakai baju berwarna merah sahaja,” kata ibu kepada dua orang anak ini. Seorang anaknya bagaimanapun telah meninggal dunia.
Tuah merah Ru_01.2


Berbanding dengan kebanyakan orang yang hanya memakai baju berwarna merah pada hari pertama Tahun Baru Cina, Mong Leng mengamalkan memakai pakaian itu sejak sebulan sebelum bermulanya Tahun Baru Cina sehingga hari ke-15 perayaan.
“Saya mengamalkannya sejak saya berkahwin hingga sekarang. Saya percaya, ia boleh menambah lebih banyak tuah dalam hidup,” katanya. Mong Leng bagaimanapun berkata, sudah tidak banyak koleksi baju-baju merah kerana suka mendermakannya kepada orang yang memerlukan.
Selain berbaju merah, keluarga Mong Leng juga mempraktikkan adat-adat resam masyarakat Cina menyambut tahun baru yang kian dipinggirkan seperti menyediakan teh sambil mengucap tahun baru.
“Adat-adat seperti ini wajar diteruskan. Tetapi, memang ada amalan lama yang memang sudah jarang benar diamalkan seperti mengipas diri dengan kipas kerana percaya kipas atau san dalam bahasa Cina juga membawa maksud ‘menghindarkan’. Oleh itu, berkipas akan menghindari diri daripada malang. Mungkin sekarang tak diamalkan lagi, kerana sekarang orang guna penghawa dingin,” ujarnya.
Tuah merah Ru_01.4
MENGACAU Yee Sang atau disebut lou dalam bahasa Cina yang bermaksud kerja dipercayai menjanjikan kebaikan dalam kerjaya.

Seperti mereka percaya warna merah atau limau membawa tuah, mereka juga percaya ada perbuatan-perbuatan yang jika dilakukan akan membawa nasib malang seperti memakai pakaian berwarna hitam, menyapu sampah dan bercakap tentang perkara-perkara yang buruk pada Tahun Baru Cina.
Bukan persoalan sama ada kepercayaan itu karut atau tidak, tetapi sebenarnya dalam masyarakat Cina terdapat pepatah yang berbunyi bu pa yi wan, zi pa wan yi yang bermakna ‘daripada tidak percaya, baik percaya’.
“Ada kenalan saya yang cuba mengenepikan hal ini dengan sengaja memakai pakaian berwarna hitam atau gelap dan memang berniat untuk tidak memakai warna merah. Akibatnya, mereka ditimpa nasib malang sepanjang tahun,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Wanita Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan.
Suami Mong Leng, Chiang Jwee Min turut berharap agar tradisi memakai pakaian berwarna merah ini dapat dikekalkan.
“Memanglah ada juga rasa janggal. Selalunya, pakai kot tetapi apabila Tahun Baru Cina kena pakai baju tradisional, warna merah pula tu. Tapi bila ramai-ramai pakai baju warna merah dan berkumpul bersama-sama, apa yang nak disegankan?” katanya tersenyum.
Fonetik mempengaruhi pantang-larangTuah merah Ru_01.5




KITA biasa mengetahui bahawa warna merah dan limau begitu sinonim dengan masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina, tapi mengapa ia menjadi pilihan mereka? Selain sifat fizikal atau makna simbolik warna atau objek tersebut, ia sebenarnya turut mempunyai kaitan dengan fonetik atau bunyi sebutan.
Aspek ini juga boleh menjawab soalan mengapa masyarakat Cina sukakan angka lapan dan menghindari angka empat. Angka lapan yang berbunyi ‘fa’ juga bermaksud memperoleh manakala angka empat yang berbunyi ‘si’ juga membawa maksud mati.
“Masyarakat Cina sejak dulu percaya jika sebutan itu mempunyai kaitan dengan perkara yang baik, ia akan dilihat sebagai suatu yang baik dan begitulah sebaliknya,” kata pengkaji budaya dan falsafah, Stephen Wong Seng Chang kepada KOSMO! ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Warna merah dan limau disukai, salah satu sebabnya kerana ia membawa makna yang baik. Warna merah disebut hong dan ia kedengaran seperti ong (tuah) manakala limau disebut kam juga membawa maksud emas.
“Dalam bahasa Cina ada satu pepatah, man tang hong yang membawa maksud ‘dikelilingi persekitaran yang merah’ atau ‘dikelilingi persekitaran yang ong’. Itu sebabnya merah begitu disukai kaum Cina.
Begitu juga dengan masakan Yee Sang yang lazim disajikan pada Tahun Baru Cina. Yee yang bermaksud ikan juga bermakna ‘berlebih’. Oleh sebab itu, ikan merupakan masakan asas sajian Yee Sang dan akan menjadi makanan yang mesti disajikan pada makan besar iaitu makan malam sebelum Tahun Baru Cina.
“Aktiviti memakan Yee Sang juga mesti dilakukan dengan mengacau atau lou kerana lou juga membawa maksud kerja. Maka, orang Cina percaya mengacau Yee Sang akan menjanjikan kebaikan dalam kerjaya mereka,” kata Seng Chang yang mengkaji pelbagai jenis budaya sejak 15 tahun lalu.
Selain itu, sajian lain seperti kuih bakul atau nian gao juga kedengaran bermaksud ‘meningkat dari tahun ke tahun’.
Tuah merah Ru_01.6
TOCK KER aLFFiaN bersama sekotak kurma merah yang juga merupakan sajian Tahun Baru Cina.

Tambah Seng Chang lagi, ada sesetengah orang Cina percaya membasuh rambut atau menggunting rambut pada Tahun Baru Cina akan membawa malang, begitu juga dengan membeli seluar. Ini kerana bunyi kedua-duanya.
Rambut yang disebut fat dalam bahasa Kantonis juga bermaksud berkembang. Maka jika rambut dicuci, mereka percaya ia akan ‘mengusir’ tuah atau perniagaan tidak akan berkembang. Begitu juga dengan seluar. Ia disebut sebagai ku dalam bahasa Cina yang bermaksud menangis atau kesusahan.
“Bukan sahaja terhad pada Tahun Baru Cina, ada juga yang percaya ia tidak boleh dilakukan pada hari-hari tertentu. Kalau mereka yang berjudi pula, mereka tidak akan suka jika dihadiahkan buku kerana buku dalam bahasa Cina ialah shu yang juga bermakna kalah,” jelas Seng Chang.
Disebabkan Cina mempunyai pelbagai dialek, maka ini turut mempengaruhi adat bagi masyarakat Cina tertentu.
“Sebagai contoh, bagi mereka yang berdialek Hokkien, nanas disebut sebagai ong lai, maka ia dilihat membawa tuah. Oleh itu, masyarakat tersebut cenderung untuk menjadikan nanas sebagai bahan untuk upacara sembahyang serta hiasan-hiasan rumah,” kata Pensyarah di Jabatan Pengajian Tionghua, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Tock Ker aLFFiaN.
Ker aLFFiaN turut memberitahu, orang Cina juga gemar menterbalikkan perkataan-perkataan yang membawa maksud baik bagi mereka seperti fu yang bermaksud kemakmuran dan cai yang membawa maksud kekayaan pada barang-barang mereka.
“Ini kerana terbalik dalam bahasa Mandarin ialah dao yang juga bererti sudah sampai. Justeru, mereka percaya dengan menterbalikkan perkataan-perkataan tersebut seperti bermakna kemakmuran dan kekayaan itu sudah benar-benar dikecapi,” ujarnya.


Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime7/2/2008, 6:23 pm

merah itu menawan...hehehe..
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12796
Reputation : 0
Number of posts : 649

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime8/2/2008, 6:10 pm

merah juga lambang keberanian... 8)
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime8/2/2008, 6:12 pm

Saya memang suka warna merah.Baju saya juga kebanyakannya merah.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12796
Reputation : 0
Number of posts : 649

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime8/2/2008, 7:57 pm

bgs 2....warna merah dpt mengawal penyakit migrain...
Back to top Go down
w4nz_7
ELITE
ELITE
w4nz_7

Male
Countries/State : Pahang
Age : 40
location : UMS, Kota Kinabalu
Points : 12219
Reputation : -1
Number of posts : 4377

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 12:34 am

kereta aku merah...hehehe...tuah jah nda datang2...
Back to top Go down
yap18
SENIOR
SENIOR
yap18

Male
Age : 42
location : sandakan
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 811

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 8:08 am

tgh la kau tua wanz......kekekekke Very Happy
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 8:13 am

huhuhu..merah nanti kena tanduk karabau..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12796
Reputation : 0
Number of posts : 649

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 5:14 pm

hahaha...
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 5:34 pm

kenapa ko ketawa vijay?? Suspect
Back to top Go down
w4nz_7
ELITE
ELITE
w4nz_7

Male
Countries/State : Pahang
Age : 40
location : UMS, Kota Kinabalu
Points : 12219
Reputation : -1
Number of posts : 4377

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 5:49 pm

sebab merah kalau crita dulu kecik2 selalu org bilang merah kena kejar kerbau..... Laughing LOL
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12796
Reputation : 0
Number of posts : 649

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 7:01 pm

btl tu... Laughing
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime9/2/2008, 7:05 pm

hehehe..MANTAP KO JO!!?!!
Back to top Go down
Intan Nuraini
SENIOR
SENIOR
Intan Nuraini

Female
Age : 33
location : labuan
Points : 12444
Reputation : 0
Number of posts : 592

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime10/2/2008, 9:40 pm

aku x suka merah.
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15110
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime10/2/2008, 9:52 pm

sebab itulah logo mata SIOLOON warna merah
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime11/2/2008, 5:03 am

mana satu logo mata nie taiko??

nda pernah pula aku tgk..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15110
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime11/2/2008, 9:02 am

drakult wrote:
mana satu logo mata nie taiko??

nda pernah pula aku tgk..MANTAP!!?!! Very Happy

ko tgk betul² .... sioloon macam mana logo dia kena design... What a Face
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Sponsored content




Tuah merah Empty
PostSubject: Re: Tuah merah   Tuah merah Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tuah merah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: