SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Kekasih saya bukan Hattan' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Kekasih saya bukan Hattan' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Kekasih saya bukan Hattan'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

'Kekasih saya bukan Hattan' Empty
PostSubject: 'Kekasih saya bukan Hattan'   'Kekasih saya bukan Hattan' Icon_minitime31/1/2008, 12:39 am

'Kekasih saya bukan Hattan' Elizad

Siti Elizad mengakui rancang bina rumah tangga dengan teman istimewa zaman sekolah

KONTROVERSI mengenai dia berjalan beriringan dengan Hattan pada hamparan merah sebelum berlangsungnya Anugerah Era 2007 masih belum reda. Siti Elizad, 24, sudah muak menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang cuba mencungkil rahsia perhubungan mereka berdua.

Jawapannya tetap sama. Hattan hanya kawan, tidak kurang atau lebih daripada itu. Malah Siti Elizad atau lebih mesra dengan panggilan Ezad mengakui dirinya sudah berpunya tetapi jejaka yang bertuah itu bukanlah Hattan.
Dengan nada tegas, Ejad berkata: “Saya mahu menamatkan segala-galanya di sini, saya tidak mahu lagi menjawab pertanyaan hubungan dengan Hattan. Saya dengan Hattan memang baik, malah kami masih lagi berkawan, berbalas-balas SMS (sistem pesanan ringkas) dan sekali sekala keluar tetapi mestilah ditemani anaknya, Adam.
“Sebenarnya saya rapat dengan Hattan sejak dia menjalin hubungan dengan Faradhiya lagi, malah saya sering keluar bersama mereka berdua dulu. Apabila Hattan putus dengan Faradhiya, saya masih lagi kawan Hattan, jadi salah ke saya keluar dengannya?

“Saya faham apabila kami keluar walaupun Hattan membawa Adam, pasti ramai yang mengagak kami mempunyai hubungan istimewa. Salah tanggapan itu, Hattan dan saya hanyalah kawan dan saya juga menyenangi Adam. Kanak-kanak seperti Adam pasti suka pada sesiapa saja yang pandai mengambil hatinya,” katanya kepada Bintang Popular.

Ejad akui, dia memang menyenangi kanak-kanak bukan saja Adam, malah turut rapat dengan anak kawan-kawan yang lain.

Katanya, mungkin juga kerana dirinya anak bongsu dan tidak pernah merasai ada adik dalam keluarga membuatnya jadi rapat dengan kanak-kanak.

“Saya memang menyenangi Adam. Selain petah berbicara, kerenahnya juga buat saya terhibur. Saya sedar kanak-kanak seperti Adam perlukan perhatian dan saya faham perasaannya. Tak semestinya Adam sukakan saya, jadilah sayalah bakal pengganti ibunya, Hattan mungkin sudah ada calon lain.

“Apa pun buat masa sekarang, saya belum memikirkan soal rumah tangga, usia saya masih muda dan perjalanan hidup masih jauh untuk saya tempuh. Sebagai manusia biasa, saya percaya ketentuan qada dan qadar. Jodoh, rezeki, ajal serta maut semuanya ketentuan Allah,” katanya yang diperkenalkan ke layar perak menerusi filem Berlari Ke Langit.
Sudah berkawan 10 tahun

SEPULUH tahun menjalin hubungan rapat membuatkan Ejad begitu menyenangi kekasihnya kini. Perkenalan sejak di bangku sekolah membuatkan pelakon filem Gangster itu begitu menyenangi dan serasi berkawan dengannya. Namun, beliau enggan memberitahu nama dan kerjaya buah hatinya itu kerana masa belum sesuai.

Sambil tersenyum, Ejad akui: “Saya tak berani cakap dialah bakal suami saya memandangkan kami belum bersedia dengan komitmen rumah tangga walaupun sudah 10 tahun mengenali. Siapakah gerangannya biarlah menjadi rahsia hati saya buat masa sekarang. Saya belum bersedia mengumumkan apa-apa, cuma apa yang dapat saya beritahu, si dia berusia 26 tahun dan bukanlah orang dalam industri hiburan. Si dia juga masih muda dan sedang menstabilkan diri dengan kerjayanya, begitu juga saya.

“Tempoh 10 tahun sudah cukup membuatkan kami mengenali hati budi masing-masing, malah keluarga kami juga merestui hubungan ini, cuma kami belum lagi bersedia melayari bahtera rumah tangga. Saya juga bimbang mengharapkan hubungan yang tiada ikatan, jadi adalah lebih baik saya tidak mendedahkan apa-apa.”

Bagaimanapun, Ejad akui, dia merancang mengakhiri zaman bujangnya sebelum usia menjengah 30 tahun. Biarlah dirinya mengecapi apa yang belum dicapai sebelum bergelar isteri.

“Saya sedar kadang kala apa dirancang tidak menjanjikan kenyataan dan kerana itulah saya dan si dia tidak pernah merancang apa-apa. Saya percaya kalau ada jodoh tidak ke mana. Jadi, tidak perlu terburu-buru membuat perhitungan dalam perhubungan. Buat masa sekarang, dialah lelaki yang begitu saya senangi. Saya suka pada seorang yang memahami diri saya dan dalam apa juga masalah, kami akan berbincang bukan menuduh dengan perkara bukan-bukan. Keluarga si dia juga sudah mengenali saya dan mereka terima saya seadanya,” kata yang baru selesai penggambaran drama Panggilan Rindu.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12542
Reputation : 0
Number of posts : 2311

'Kekasih saya bukan Hattan' Empty
PostSubject: Re: 'Kekasih saya bukan Hattan'   'Kekasih saya bukan Hattan' Icon_minitime31/1/2008, 1:24 am

jadi gosip dgn farahdyia a.k.a spa Q nda betul lah tue kan..
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

'Kekasih saya bukan Hattan' Empty
PostSubject: Re: 'Kekasih saya bukan Hattan'   'Kekasih saya bukan Hattan' Icon_minitime4/2/2008, 4:47 pm

kemungkinan tidak betul lah tu..
tapi kalau artis ni kan..
sekejap cakap ya..
sekejap cakap tidak sudah tu..
susah mau percaya sama artis ni juga..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




'Kekasih saya bukan Hattan' Empty
PostSubject: Re: 'Kekasih saya bukan Hattan'   'Kekasih saya bukan Hattan' Icon_minitime

Back to top Go down
 

'Kekasih saya bukan Hattan'

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: