drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: MU tewas di Old Trafford 11/2/2008, 5:15 am | |
| MANCHESTER – Manchester City melakar kemenangan pertamanya ke atas Manchester United di Old Trafford sejak 1974 selepas mengejutkan juara bola sepak Liga Perdana England itu 2-1 semalam, terima kasih kepada jaringan penyerang Darius Vassel dan pendatang baru, Benjani Mwaruwari. Kekalahan terbaru ini menyebabkan United ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Arsenal, malah jurang tersebut mampu dilebarkan kepada lima mata jika Arsenal berjaya menundukkan Blackburn Rovers hari ini. Semalam, Vassell mengejutkan tuan rumah dengan membuka jaringan pada minit 25 hasil gerakan cantik daripada Stephen Ireland dan Martin Petrov. United cuba bangkit mendapatkan jaringan penyamaan namun sepakan tinggi Carlos Tevez dibiarkan Joe Hart pada minit ke-26. Selepas itu Cristiano Ronaldo yang mengambil sepakan percuma dari jarak 25 meter cuba bangkit untuk melakukan jaringan persamaan pada minit ke-33 namun sepakan itu melepasi palang. Beberapa saat sebelum babak pertama tamat, Mwaruwari, yang membuat penampilan sulung bersama City menguis sepakan jauh Petrov tepat ke penjuru pintu gol dan jauh dari gapaian penjaga gol United, Edwin van der Sar. Ini merupakan jaringan kedua buat Mwaruwari ke atas United musim ini. Penyerang antarabangsa Zimbabwe itu juga berjaya menjaringkan gol ketika menyarung jersi Portsmouth. Pemain tengah England, Michael Carrick cuba menghidupkan peluang United dengan merapatkan kedudukan 2-1 ketika permainan tinggal dua minit untuk ditamatkan, namun begitu ia sudah terlewat untuk menghalang City daripada melakar kemenangan terbesarnya musim ini. Ketika Carrick mengubati sedikit luka United, para penyokong City mula bersorak “Rileks, rileks” dan “Nak kami bermain dengan anda setiap minggu.” Bagi United, kekalahan itu amat mengecewakan kerana mereka bukan saja gagal memintas Arsenal, malah sedang memperingati ulang tahun ke-50 peristiwa nahas kapal terbang terhempas yang mengorbankan lapan pemain kelab itu. Dalam insiden di Munich 1958, seramai 23 orang terbunuh, lapan daripadanya pemain United ketika mereka dalam perjalanan pulang ke England selepas menentang Red Star Belgrade dalam perlawanan Piala Eropah. Sempena memperingati peristiwa menyayat hati itu, perlawanan semalam bermula dengan kedua-dua pasukan bertafakur selama seminit, manakala United menyarung jersi klasik 1958. Bagi City pula, kemenangan ke atas skuad jiran itu mencecahkan peluang mereka untuk memburu tiket ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan menduduki tangga keenam liga ketika ini. – AFP |
|
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: MU tewas di Old Trafford 11/2/2008, 5:17 am | |
| hahaha..tewas lagi.. nah mana sudah penyokong MU nie.. MANTAP kah??!!??..hahaha Go..Go..Derby..MANTAP!!?!! |
|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: MU tewas di Old Trafford 11/2/2008, 7:25 am | |
| Tetap mantap jugak ni Glory glory Man united, Glory glory Man united, Glory glory Man united, As the reds go marching up up up!
|
|
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12653 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: MU tewas di Old Trafford 12/2/2008, 1:59 pm | |
| muahaahahahaha.... kalah gak akhir nye.. |
|
iealza JUNIOR
Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12303 Reputation : 0 Number of posts : 155
| Subject: Re: MU tewas di Old Trafford 14/2/2008, 1:29 am | |
| kasi can baitu..MUFC da Best maaaaaaaaaah.. |
|
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: MU tewas di Old Trafford 14/2/2008, 1:42 am | |
| hahaha.. yang penting kalah di tempat sendiri..hahaha..MANTAP!!?!! |
|
Sponsored content
| Subject: Re: MU tewas di Old Trafford | |
| |
|