SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Empty
PostSubject: SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN   SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Icon_minitime25/2/2008, 9:38 am

SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN


SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Depan_b
SIDANG MEDIA ... Musa, Salleh, Pandikar, Abdul Rahman dan Musbah pada sidang media di Sri Gaya kelmarin.
24th February, 2008
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Salleh Said Keruak dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin menyatakan sokongan padu dan akan memastikan kejayaan cemerlang calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di Kota Belud dan kawasan-kawasan lain pada pilihan raya 8 Mac ini.
Kedua-dua pemimpin itu, telah menemui Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, bagi menyatakan sokongan mereka terhadap calon-calon BN yang bertanding, meski-pun mereka telah digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya umum kali ini.
Salleh yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud, pada sidang media bersama Musa dan turut disertai Pandikar dan dua calon BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Parlimen Kota Belud) dan Datuk Musbah Jamli (DUN Tempasuk) berkata, tidak ada masalah bagi mereka, kerana mereka berpandapat apa yang penting adalah untuk menentukan agar semua calon-calon BN di Sabah mendapat kejayaan.
Pada pilihan raya kali ini, Salleh, 50, digantikan oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Ketua Pemuda Umno Tuaran untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, manakala Pandikar digantikan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Musbah Jamli untuk bertanding di DUN Tempasuk.
Menurut, Salleh, apa yang penting mereka menunjukkan sokongan padu kepada kepimpinan negara dan negeri kerana banyak lagi kerja yang perlu dilaksanakan.
“Soal bertanding atau tidak adalah perkara kedua dalam politik…yang penting kita berkhidmat sebaiknya kepada parti,”katanya.
Katanya, beliau telah memberi jaminan kepada Ketua Menteri, di Kota Belud beliau bersama Pandikar akan memastikan untuk deliver semua kerusi iaitu Parlimen Kota Belud dan tiga kerusi DUN yang dipertandingkan di kawasan itu akan dimenangi oleh BN.
Tiga kerusi DUN dalam Parlimen Kota Belud, Usukan (Datuk Japlin Akim), Tempasuk (Musbah) dan Kedamaian (Herbert Timbun Lagadan).
Salleh yang juga Presiden Persatuan Sabah Bajau Bersatu (Usbo) juga menyangkal yang kononnya masyarakat itu ditindas dan dihina oleh kepimpinan BN.
“Perkara itu tidak berbangkit sama sekali, kerana kita dalam Umno ini tidak ada timbul soal suku kaum, semuanya sama cuma kita terkena ini kerana kita daripada suku kaum yang mana,” katanya.
Salleh juga berkata, Ketua Menteri (Musa) sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat suku kaum berkenaan, malah diberi tempat di semua tempat termasuk menteri pusat (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal) adalah daripada suku kaum daripada rumpun Bajau di samping menteri-menteri kabinet negeri serta jawatan pengerusi di agensi tertentu.
Katanya, kadang kala ada sahaja pihak media yang mempermainkan isu-isu itu seolah-olah masyarakat Bajau di sisihkan dan ianya adalah tidak betul sama sekali.
Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu juga menafikan berlaku perbezaan pendapat antara mereka dengan Musa, jelasnya perbezaan pendapat itu sekadar dalam politik dan ia perkara biasa bagi bertukar-tukar pendapat dan akhirnya apabila ketua membuat keputusan kita kena beri sokongan padu, kadangkala ketua itu ada kelebihannya setelah membuat pertimbangan semua perkara.
Pada kali ini, kita beri ruang kepada Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan bertanding di Parlimen Kota Belud, sebagai pelapis kita di masa depan.
“Kita tidak boleh tamak dalam politik ini…kalau ada ruang untuk mereka berkhidmat seharusnya kita sokong padu supaya mereka boleh menjadi pemimpin yang akan mewarisi kepimpinan masa depan,” katanya.
Salleh juga berkata, beliau telah mengatakan kepada Ketua Menteri kalau khidmatnya diperlukan di tempat lain untuk berkempen beliau bersedia pada bila-bila masa.
Ini kerana, pada beliau, yang penting di Sabah ini semua kerusi yang dipertandingkan dimenangi oleh BN dan tidak ada pembangkang di Sabah dan sebagai “simpanan tetap” BN.
“Kita boleh melakukan ini, kerana di bawa kepimpinan Ketua Menteri (Musa) perubahan telah berlaku dan fokus yang perlu diberi tumpuan kini adalah 18 tahun ke hadapan menerusi pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Salleh berkata, rakyat di negeri ini tidak harus terpengaruh dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana parti itu hanya diperalatkannya.
“Saya harap kita jangan tersilap langkah mereka (PKR) tidak boleh menang hanya bo-leh buat janji sahaja,” katanya.
Sementara itu, Pandikar pula berkata., beliau bersama Salleh akan memastikan kejayaan BN di kawasan itu.
“Kalau kawasan yang sudah jelas boleh memang dan lepas itu pemimpin seperti Salleh dan beliau ada bersama berkempen, kalau kalah mereka juga akan mendapat malu,” katanya
“Saya akan pastikan semua calon BN akan menang di Kota Belud…tetapi andaian yang di-buat oleh sesetengah pihak kami tidak boleh berhentikan, mereka buat andaian, pemim-pin kadangkala faham tetapi penyokong di peringkat kampung kadangb kala emosi,” katanya.
Terdahulu itu, Musa yang juga Pengerusi Badan Perhu-bungan Umno menyambut baik pendirian yang dibuat oleh Salleh dan Pandikar, walaupun mereka digugurkan sebagai calon kalai ini namun mereka tetap menyokong BN dan tetap taat setia kepada Umno.
“Beginilah cara kita dalam Umno, walaupun mungkin kita kadang kala berbeza pendapat dan pandangan…namun bila kita dalam perjuangan dan menghadapi pilihan raya kita terus bersatu,” katanya.
Menurutnya, apa yang telah dicurahkan oleh Salleh dan Pendikar saya amat terharu dan kedua-dua pemimpin itu merupakan rakan dan kawannya sejak dari dahulu lagi, dan menghargai peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemimpin itu.
SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Back SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Email SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN Print
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
 

SALLEH, PANDIKAR AKAN PASTIKAN KEMENANGAN

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: