Pelakon Yusni Jaafar meninggal duniaBerita Harian
- Selasa, 01 April 2008
- 24 Rabiulawal 1429
[url=mailto://][/url]
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Yusni Jaafar meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat kegagalan hati.
Yusni, 63, menghembuskan nafasnya pada kira-kira jam 2.30 pagi.
Menurut anak keduanya Raja Ema kepada di sini hari ini, ibunya dimasukkan ke hospital itu pada 3
1 Januari lalu.
Katanya, jenazah ibunya dibawa balik ke rumah keluarga di 37, Jalan USJ 3/2, Taman Seafield Jaya, Subang Jaya, dekat sini dan disembahyangkan di Masjid USJ
15, pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 2
1.
Yusni, anak kelahiran Tumpat, Kelantan meninggalkan lima cahaya mata.
Antara pencapaian allahyarham sepanjang bergelar anak seni ialah me
menangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Pesta Filem Malaysia kelapan pada
1989
Lakonan terakhir allahyaram ialah dalam filem Cuci pada tahun lalu.
Filem pertama lakonannya ialah filem Panglima Badol pada
1978 dan sepanjang hayatnya berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan. - Bernama