| 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang | |
|
Author | Message |
---|
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 22/7/2008, 12:22 am | |
| 1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN” Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA! |
|
| |
darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12207 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 22/7/2008, 9:01 am | |
| bukan kayu10 kayu baseball saja bah 2 wakakkakak |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12111 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 22/7/2008, 9:08 am | |
| - darrengt wrote:
- bukan kayu10 kayu baseball saja bah 2 wakakkakak
pura pura labu labi saj ko ni darren...ada ada saja bah..but anyway keep up the good work bos..hehehe p/s.kawan mu juga ni bos..kekeke |
|
| |
darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12207 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 22/7/2008, 9:20 am | |
| bah bila kita makan labu nie wakakkaka saya belanja bos |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15190 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 22/7/2008, 9:25 pm | |
| nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang... |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 8:13 am | |
| - otai_queen wrote:
- nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang...
O ya ka... x boleh? tp kouta ada ampat ma.. mcmana itu? |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12111 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 8:28 am | |
| lelaki...hmmmm...kahwin kah inda tetap single forever.betulkah darren...mantapz???? |
|
| |
MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 10:27 am | |
| - Fadzliey wrote:
- otai_queen wrote:
- nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang...
O ya ka... x boleh? tp kouta ada ampat ma.. mcmana itu? kuota 4 kalo mampu saja ar.... :gangster: |
|
| |
de@@_le$$ ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 46 location : Penampang, SABAH Tag ID: : SFC 01022 Points : 13897 Reputation : 23 Number of posts : 7093
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 10:54 am | |
| ....4 ka...waaaaaaaaa!! saya satu saja wooooo...waaaaaaaaaa!! |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12111 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 11:34 am | |
| |
|
| |
ara JUNIOR
Age : 37 location : kk Points : 11999 Reputation : 0 Number of posts : 97
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 3:15 pm | |
| mmg btl ni..yg rugi ppuan jg, yg kesiokan lelaki.. yg ada husband tu, jaga laa laki kmu tu baik2.. yg gadis2 pula, jan laa ada hati mau jd 2nd..ekekeke |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 5:15 pm | |
| - MiRA_TaSHa wrote:
- Fadzliey wrote:
- otai_queen wrote:
- nah makanya... jangan cuba2 carik suami orang...
O ya ka... x boleh? tp kouta ada ampat ma.. mcmana itu?
kuota 4 kalo mampu saja ar.... :gangster: Siya rasa saya mampu kali Mira.. tp saja ja x mau psl sy ni jenis setia pada yg satu.. cewahhh. boleh caya ka tu . |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15190 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 23/7/2008, 8:01 pm | |
| Siya rasa saya mampu kali Mira.. tp saja ja x mau psl sy ni jenis setia pada yg satu.. cewahhh. boleh caya ka tu .[/quote] mau dikasitau la sama orang umah mu ni bro... baru meletus perang dunia ketiga... |
|
| |
vip_user@Nur JUNIOR
Age : 42 location : Kota Kinabalu Points : 12130 Reputation : 0 Number of posts : 177
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 24/7/2008, 11:55 pm | |
| haluuuu... thats whylah i told u all(gurls yang mau try pilih suami orang)...jangan cuba-cuba main api nanti memakan diri...sudah terang lagi bersuluh apa lagi mau dianalisis banyak lagi pilihan diluar selain suami orang...selalunya yang sudah bertaraf suami ni lebih pandai berkata-kata dan buat gurls lupa diri..so berwaspadalah... P/S:-kalau yang try mau pilih bf orang macam mana pulak ar???apa kess ni.. |
|
| |
darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12207 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 25/7/2008, 8:46 am | |
| - RBN76 wrote:
- lelaki...hmmmm...kahwin kah inda tetap single forever.betulkah darren...mantapz????
macam menyindir saja 2 bro RBN sakit hati saya kau ckp gitu bah x pa lah kau ambil lah emua amoi dlm sioloon wakakkakaka |
|
| |
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12111 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 25/7/2008, 8:59 am | |
| - darrengt wrote:
- RBN76 wrote:
- lelaki...hmmmm...kahwin kah inda tetap single forever.betulkah darren...mantapz????
macam menyindir saja 2 bro RBN sakit hati saya kau ckp gitu bah x pa lah kau ambil lah emua amoi dlm sioloon wakakkakaka merajuk lah ko tu darren...nangis nangis...jangan tak nangis.yalah bah,ko lah lelaki paling macho dan hensem di sioloon ni..tidak dapat dinafikan.kekeke. p/s kawan mu juga ni |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang 25/7/2008, 10:37 am | |
| - otai_queen wrote:
- Siya rasa saya mampu kali Mira.. tp saja ja x mau psl sy ni jenis setia pada yg satu.. cewahhh. boleh caya ka tu .
mau dikasitau la sama orang umah mu ni bro... baru meletus perang dunia ketiga... [/quote]eh jangan... jangan tak kasitau, kasitau ja |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang | |
| |
|
| |
| 10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang | |
|