| Koridor Pembangunan Sabah | |
|
Author | Message |
---|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 12:54 am | |
|
RM105b maju Sabah
Oleh Veena Rusli
UNTUK RAKYAT: Abdullah diberi penerangan mengenai Taman Pembangunan Suria Capital ketika melawat pameran selepas merasmikan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, semalam.
| TELUK SEPANGGAR: Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancarkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, bakal menerima pelaburan bernilai RM105 bilion sepanjang tempoh 18 tahun pelaksanaannya, bermula tahun ini.
Malah, 13 projek utama dalam koridor itu kini sedia untuk dilaksanakan berikutan pemeteraian perjanjian bernilai RM16 bilion yang turut disaksikan Perdana Menteri selepas melancarkan Rangka Tindakan SDC di Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar, di sini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan tambahan RM5 bilion untuk pelaksanaan projek berimpak tinggi di Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Menyifatkannya sebagai komitmen kerajaan terhadap pembangunan di Sabah, Abdullah berkata, peruntukan berkenaan disediakan menerusi kajian semula projek RMK-9 serta pertambahan peruntukan pada kajian separuh penggal rancangan itu.
Sebelum ini, Sabah menerima peruntukan berjumlah RM20.1 bilion dalam RMK-9, iaitu RM18.4 bilion bagi pembangunan dan RM1.7 bilion lagi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Perdana Menteri menegaskan pelaksanaan SDC bukan program 'angan-angan Mat Jenin', sebaliknya kerajaan serius memajukan negeri kedua terbesar di Malaysia itu, termasuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh di Sabah menjelang 2025.
|
|
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 12:56 am | |
| "Kerajaan akan memastikan kejayaan pelan pembangunan jangka panjang ini melimpahi di setiap penjuru Sabah serta dinikmati rakyat semua kaum atau kumpulan.
"Kita tidak berjanji kosong dan ini bukan cerita dongeng atau untuk hiburan semata-mata. Ini adalah perancangan dan kita mahu mencapai kejayaan. Kita mahu Sabah maju," katanya pada majlis yang turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Effendi Norwawi.
SDC adalah koridor pembangunan keempat dilancarkan oleh Perdana Menteri selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Abdullah berkata, SDC yang ditunjangi lima aspek utama bakal menyaksikan transformasi hebat yang akan mengubah wajah Sabah dalam tempoh 18 tahun akan datang.
Lima paksi kebangkitan Sabah menerusi SDC merangkumi:
Sebagai antara pintu gerbang utama di rantau ini bagi tujuan perdagangan, pelaburan dan pelancongan.
Sebagai negeri harmoni dan sejahtera tanpa mengira bangsa mahu pun agama.
Sebagai negeri mesra teknologi dalam segenap aspek kehidupan untuk menjamin kualiti hidup lebih bermutu.
Sebagai negeri yang kaya dengan peluang pekerjaan untuk semua, dan Sebagai negeri selesa didiami dengan kualiti hidup tinggi dan kepelbagaian budaya, warisan serta alam sekitar
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelaksanaan dasar langit terbuka di Sabah selari usaha membangunkan Negeri di Bawah Bayu sebagai destinasi pelancongan terunggul.
Katanya, kerajaan akan mempermudahkan permohonan mana-mana syarikat penerbangan yang berminat menjadikan Sabah sebagai destinasinya.
"Kita juga akan mengumumkan beberapa insentif khusus bagi pihak yang ingin mengambil bahagian dalam SDC dan ini adalah peluang keemasan yang mesti direbut.
"Bagi rakan pelabur asing kita yang ingin berada di sini, Sabah menyediakan banyak peluang yang memberi hasil lumayan, bumi bagi peluang untuk maju, peluang melakukan perniagaan, peluang melabur dan menikmati pulangan hasil pelaburan," katanya.
Abdullah berkata, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedia) akan ditubuhkan sebagai badan pelaksana khas mengikut undang-undang negeri, khusus bagi memantau perjalanan SDC.
"Perancangan untuk menzahirkan SDC dilakukan dengan begitu teliti dan menyeluruh, manakala rakyat turut meletak harapan tinggi. Apa yang menjadi impian kita hari ini bakal menjadi khazanah gemilang untuk diwariskan kepada anak cucu kita kelak, Insya Allah," katanya.
Pada masa sama, Abdullah yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan semua pihak mengenai cabaran yang perlu dihadapi termasuk kemungkinan faktor kesuraman ekonomi.
"Kita mesti bersiap sedia mengambil tindakan sebagai benteng kerana ia perlu diatasi dalam apa cara sekalipun. Alhamdulillah, usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi dan mempelbagaikan sumber dalam dua tiga tahun kebelakangan ini menampakkan tanda kejayaan.
"Kerajaan juga dapat mengurangkan belanja hasil pengurusan kewangan yang berhati-hati dan ini menunjukkan kita berupaya menguruskan ekonomi dengan baik hasil muafakat serta kerjasama semua pihak," katanya.
INFO Koridor Pembangunan Sabah
Meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Sabah supaya setanding dengan Semenanjung
Merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar
Memastikan pengurusan mapan ke atas sumber alam semula jadi negeri
Menjadikan Sabah antara lokasi mesra perniagaan, santai dan tempat tinggal
Prinsip
Menjana pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dalam industri
Memastikan pengagihan ekonomi saksama
Merangka pertumbuhan mapan menerusi pemuliharaan alam sekitar
FAKTA NOMBOR Koridor Pembangunan Sabah
RM8b - Sasaran perolehan sektor pelancongan 2012 RM48.5b - Sasaran perolehan sektor pelancongan 2025 RM48j - Sasaran perolehan masyarakat luar bandar hasil kraftangan dan inap desa pada 2025 RM17b - Sumbangan KDNK sektor tani 2025 RM4.1b - Sumbangan KDNK sektor tani 2005 |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 1:01 am | |
| inilah harapan rakyat sabah sebenarnya.. kita mahukan negeri yang maju setanding dengan negeri2 yang lain di malaysia ni.. |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12530 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 1:19 am | |
| bleh menambahkan peluang pekerjaan.. ada can aku cari keja dkt sana.. |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 1:23 am | |
| harap2 banyaklah peluang pekerjaan di sabah ni nanti.. kasi sama orang sabah jak.. jangan kasi sama PTI.. |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12530 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 1:29 am | |
| PTI nie ada juga kebaikan dan keburukan.. klu kurang PTI susah negeri ita mo membanggun.. semua yang keja dkt site..rata2 PTI.. teda dorang mungkin bleh menSLOWkan pembinaan.. mo harapkan orang tempatan..semua mo keja senang.. keburukan PTI.. pandai naik kepla.. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 31/1/2008, 10:13 am | |
| Semoga Sabah bertambah maju |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 2/2/2008, 10:51 pm | |
| yalah..orang sabah sendiri mana mau keja dkt site..hahaha..jadi PTI lah yg sambar..lagipun durang nie klu kerja2 tukang memang MANTAP berbanding org KITA..dimana kh silapnya..?hahaha tapi dgn pelancaran SDC nie..NegeriKU yg ku cintai pasti akan maju dgn pesat dan MANTAP!!?!! MALAYSIA BOLEH, SABAH TATAP!!?!! |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 3/2/2008, 3:23 pm | |
| Harap2 lepas ni jln raya tdk lgi bertampal2.....heee...hee... |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 3/2/2008, 5:23 pm | |
| banyak juga aku tgk jalan raya skrg in upgrading... banyak projek yg aku nampak sekarang berbanding 10 tahun lepas... belum siap sini.. sana lagi bangunan naik.. sana sudah naik... di sini lagi tambah dua bangunan naik.. fuyooo.. memang dasyat pembangunan di kk skrg ni... |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12650 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 3/2/2008, 7:34 pm | |
| Pembangunan hnya utk kwsan bandar ja...kalau luar bandar mcm kurengg... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 3/2/2008, 8:31 pm | |
| relax bro..baru jak d berita buletin utama tue pasal untuk MEMANTAPKAN taraf hidup penduduk luar bandar..nah makin MANTAP org kitani nanti..MANTAP!!?!! |
|
| |
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12417 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 7/2/2008, 6:34 pm | |
| kerajaan kena pastikan semua penduduk sabah dapat merasai dan manafaat koridor pembangunan sabah ni,sama ada di bandar,luar bandar,di kawasan pendalaman dan juga pulau2...peace... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 7/2/2008, 10:26 pm | |
| tetapi macam mana dgn PATI...hahaha..MANTAP!!?!! |
|
| |
vip_user SUPERIOR
Age : 42 location : kota kinabalu Points : 12530 Reputation : 0 Number of posts : 2311
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 7/2/2008, 10:33 pm | |
| - jeff wrote:
- kerajaan kena pastikan semua penduduk sabah dapat merasai dan manafaat koridor pembangunan sabah ni,sama ada di bandar,luar bandar,di kawasan pendalaman dan juga pulau2...peace...
pulau gaya klu kana kc maju..byk menimbulkan masalah.. |
|
| |
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12417 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah 15/2/2008, 10:03 pm | |
| harap2 kerajaan dapat menangani masalah ini........peace... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Koridor Pembangunan Sabah | |
| |
|
| |
| Koridor Pembangunan Sabah | |
|