Alkisah ada seorang budak bandar (city boy/org asli KL katakan) yang bernama Fat Joe. Dia yang dibesarkan dalam kehidupan moden telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang perempuan kampung.
Seperti biasa, pengantin lelaki mesti tinggal kat rumah isteri lepas akad nikah sementara menunggu majlis persandingannya. Jadi duduklah Fat Joe dengan isterinya... malam pertama.. Si isterinya pun mengajak Fat Joe makan malam bersama keluarganya.. kebetulan ramai pulak sedara mara isterinya di rumah pada masa tu.. ye laa nak sambut menantu.. ramailah sedara mara.
Si Fat Joe yang memang seumur hidup tak penah pakai kain pelikat kat rumah telah diberikan sehelai kain pelikat untuk dipakai malam tuh.. maka dipintal-pintal secukup rasa ajelah kain pelikat yang dipakainya tuh..
Adat makan dikampung bersila.. Fat Joe ni pulak tak biasa bersila.. city boy.. makan di meja.. Oleh kerana keluarga semua sedang menunggu..terpaksalah Fat Joe ni memaksakan kakinya duduk bersila...
Sedang terkial-kial dan tertonggek-tongggek nak bersila tu.. tah macamna terKENTUT pulak Fat Joe depan keluarga isterinya... Satu keluarga yang sedang bersila tergamam..
Fat Joe yang nak 'cover' malu terus menekup mulutnya sambil ketawa kecil.. "EHEK.." dengan serentak.. keluarlah HINGUS Fat Joe meleleh di hidung...
Punyalah nak 'cover' hingus dia tuh... diangkat pulak kain pelikatnya nak lap hidungnya... !! Maka terjulurlah Awang Liku si Fat Joe yang sedang tidur sambil direnung oleh sanak saudara isterinya yang sedang terkejut... Maka tamatlah cerita Si Fat Joe "SATU MINIT.. 3 KALI MALU.."