SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Petua Bercinta Jarak Jauh Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Petua Bercinta Jarak Jauh Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Petua Bercinta Jarak Jauh

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 2:55 pm

Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.
GUA menghidangkan tips yang boleh diguna pakai oleh pencinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.
[/size]
Petua Bercinta Jarak Jauh LoveLetterPic
1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Zaki terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM72 ribu setahun. Teman wanitanya, Khatijah tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Zaki dan Khatijah membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.

Petua Bercinta Jarak Jauh Heart-1

[2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton bola hingga lewat pagi. Johan yang berjauhan dengan teman wanitanya, dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia bersama dengan Hanim, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.


3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.


4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.


5. Percayalah….
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Din, Farah selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.

Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.[/size][/size]
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 478

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 3:19 pm

Trust me its not 'EZ'.... Wink

But rindu2an sntiasa ada.. I love you
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12261
Reputation : 0
Number of posts : 191

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 4:33 pm

been there...done that... Smile

sengsara ba...

tiap2 hari countdown bila lagi dpt jumpa..

sedih... cry
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 478

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 4:49 pm

U R Rite baby princess...Agree..agree wif u!

Tp kalu ada jodoh,nda kemana gak tu.

Nda semestinya bila dkt2 akan bahagia sahaja, & nda semestinya bila jauh2,nda kan bahagia kan. Cuma dugaan nya byk sih dong,cobaan....

Smile
Back to top Go down
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12596
Reputation : 0
Number of posts : 1159

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 5:17 pm

boleh masuk bord nie ka?

saja tguk2...sory...bye..
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 7:00 pm

boleh ba apa salahnya..... sila silakan jemput masuk buat macam rumah sendiri
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 9:42 pm

otai...otai...ko ni hehehe...indak ada durang hidang kupi ka ni....
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12596
Reputation : 0
Number of posts : 1159

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime18/2/2008, 10:46 pm

itu la.. kupi satu..

tp tajuk kamu nie kan mcm susah mau d pcya..

harap la kamu kalau lelaki jauh..
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12261
Reputation : 0
Number of posts : 191

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime19/2/2008, 1:10 am

otai wrote:
itu la.. kupi satu..

tp tajuk kamu nie kan mcm susah mau d pcya..

harap la kamu kalau lelaki jauh..

uish,jan gitu bah..btul ba?

Suspect
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 478

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime19/2/2008, 5:14 am

Negetip eh otai nie...hehe

Rilex ah baby...jgn mudah pecaya hasutan luar dont . Yg penting kita cuba mah,ada jodoh ada la. Kalu si dia curang,cari lg lain... Wink . Masi muda mah,life must goes on. Yg penting Study kasi MANTAP.... Very Happy
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12261
Reputation : 0
Number of posts : 191

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime19/2/2008, 3:10 pm

ya kan..btul juga..klu ada jodoh adalah tu kan..

hehe... Smile
Back to top Go down
4x4Drifter
SUPERIOR
SUPERIOR
4x4Drifter

Male
Age : 35
location : Menggatal Kg Paling A
Points : 12433
Reputation : 0
Number of posts : 2547

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime19/2/2008, 4:53 pm

adui na tok ..... ngam2 skrng nih cewek aku pun baru jak p tawau ...atas sbb2 yg x dpt elakkan ... btul tu rasa cam ari2 mengira waktu dan masa bila lg dpt jumpa nih ... sedih oh walaupun masing mencintai antara 1 sama lain ... but stilll sadD cry
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/tulangblakangz
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime19/2/2008, 5:35 pm

4x4Drifter wrote:
adui na tok ..... ngam2 skrng nih cewek aku pun baru jak p tawau ...atas sbb2 yg x dpt elakkan ... btul tu rasa cam ari2 mengira waktu dan masa bila lg dpt jumpa nih ... sedih oh walaupun masing mencintai antara 1 sama lain ... but stilll sadD cry

macam lirik2 lagu " sehari ku rasa setahun lamanya" kan 4x4 (mau panggil apa ya? Suspect ) kalau berjauhan ni call2 pun x sedar bill tel sampai beratus2 ringgit sebulan.Memang seksa menanggung rindu ni adeh...... Sad
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12261
Reputation : 0
Number of posts : 191

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime19/2/2008, 11:36 pm

4x4Drifter wrote:
adui na tok ..... ngam2 skrng nih cewek aku pun baru jak p tawau ...atas sbb2 yg x dpt elakkan ... btul tu rasa cam ari2 mengira waktu dan masa bila lg dpt jumpa nih ... sedih oh walaupun masing mencintai antara 1 sama lain ... but stilll sadD cry

sabar ja la..

saya ni 3 thn suda mcm ni..hehe..

tp nda sangka la ada juga lelaki yg mcm ni kan..

slalunya pompuan jak yg sedih2 pisah lama2,lelaki rilek jak.... jelir
Back to top Go down
Princess_Cutie01
REGULAR
REGULAR
Princess_Cutie01

Female
Age : 34
location : Sabah
Points : 12450
Reputation : 0
Number of posts : 384

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime24/2/2008, 3:58 pm

betul ka ni??
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 40
location : Labuan
Points : 12662
Reputation : 0
Number of posts : 834

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime3/3/2008, 7:26 am

Baby Princess wrote:


sabar ja la..

saya ni 3 thn suda mcm ni..hehe..

tp nda sangka la ada juga lelaki yg mcm ni kan..

slalunya pompuan jak yg sedih2 pisah lama2,lelaki rilek jak.... jelir

mmg ada...tp xla semuanya...hehe
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 478

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime7/3/2008, 1:08 pm

Byk cobaan guys...rindu eh slalu.

I love you dear
Back to top Go down
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12930
Reputation : 0
Number of posts : 470

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime12/3/2008, 12:04 pm

Bagi aku kan...asas kepercayaan itu penting tapi limitkan hanya 60% dan selebihnya terpulang pada kita....sebab 100% itu daripada kita..macam dalam quran juga...kalau kita dah was-was so...jadinya haram.So, dalam konteks BJJ ni...kalau hati dah ragu..timbul rasa syak wasangka tapi ini semua terpulang pada diri sendiri sebab setiap individu ada digniti masing-masing
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
President MonsterCrew
SENIOR
SENIOR
President MonsterCrew

Male
Age : 40
location : KM, SABAH
Points : 12215
Reputation : 0
Number of posts : 531

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime12/3/2008, 12:13 pm

kepada yang ada awek / pakwe yg dok jauh2...gunakanlah petua yg diberikan dgn sebaik mgkin......kita hanya merancang...tuhan penentu sgalanya....
Back to top Go down
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12930
Reputation : 0
Number of posts : 470

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime12/3/2008, 12:16 pm

Iya President MonsterCrew.....betul tu...berserah pada ketentuanNya!!
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 40
location : Labuan
Points : 12662
Reputation : 0
Number of posts : 834

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime12/3/2008, 8:03 pm

President MonsterCrew wrote:
kepada yang ada awek / pakwe yg dok jauh2...gunakanlah petua yg diberikan dgn sebaik mgkin......kita hanya merancang...tuhan penentu sgalanya....

bg2 la bro....tgh sabar ja ni....klu ada jodoh,adalah.... cry
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 47
location : sabah
Points : 12317
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime12/4/2008, 12:54 am

yang nie boleh masuk sikit di kepala otak aku...
Back to top Go down
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12142
Reputation : 3
Number of posts : 615

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime14/5/2008, 4:02 pm

eleanor wrote:
yang nie boleh masuk sikit di kepala otak aku...

uits.... Suspect
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12125
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime14/5/2008, 4:09 pm

kalu suda cinta mencintai,dicintai,tercinta,bercinta..jadi lah maggi cintan.mesti jadi punya bah.unless ikat lebih tiga kayu tu,lain ceritalah.....memang buli, lagi best sebab buli kenal org tu dgn lebih lama...kasi dugaan bah Very Happy
Back to top Go down
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 47
location : sabah
Points : 12317
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime14/5/2008, 6:08 pm

misz_comel wrote:
eleanor wrote:
yang nie boleh masuk sikit di kepala otak aku...

uits.... Suspect

maksud saya topic nie.... topic yg lain tu bikin pening ba.... susah saya mau mencelah.... hihihihi
Back to top Go down
Sponsored content




Petua Bercinta Jarak Jauh Empty
PostSubject: Re: Petua Bercinta Jarak Jauh   Petua Bercinta Jarak Jauh Icon_minitime

Back to top Go down
 

Petua Bercinta Jarak Jauh

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Cinta-
Jump to: