EstrangedPencapaian Estranged di Anugerah Juara Lagu ke-22 tidak mungkin dilupakan peminat buat jangka masa yang lama. Sebagai calon “underdog”, tak ramai yang sangka, termasuk anggota Estranged sendiri, bahawa lagu ciptaan mereka sendiri akan menjuarai tahun 2007 mengatasi saingan hebat dari artis-artis yang lebih terkenal seperti Mawi, Siti Nurhaliza, Misha, Andy Flop Poppy dan Faizal Tahir.
Kemenangan Estranged tempoh hari menjadikan mereka perintis sejarah AJL kerana belum pernah ada pemenang kategori pop/rock yang menjadi juara keseluruhan dengan lagu 100% komposisi sendiri. Band yang asalnya underground ini juga menaikkan martabat pemuzik indie generasi baru sebagai seniman dan karyawan yang wajar diambil serius setanding dengan artis-artis pop. [size=9]Walaupun lagu “Itu Kamu” dikenali umum tetapi ramai yang belum mengenali Estranged. Bagaimanakah gerangan anak-anak muda ini menempuh rintangan sebagai band kecil dari dunia indie yang dahulunya terpinggir dan dibuli, sebelum mendapat perhatian umum dan pengiktirafan industri muzik. Siapakah sebenarnya juara lagu yang diraikan ini?
Ikuti kronologi onak duri karier muda kumpulan berpotensi besar yang pasti mampu pergi lebih jauh lagi
2001April: Pelajar ICOM (International College of Music) Din Hormatov (gitaris) dan Richael L. Gimbang (penyanyi) menubuhkan kumpulan “funk metal” dan menamakannya Estranged. Line-up asal Estranged termasuk Rusty (dram), Leonard (gitaris) dan Alda (bass). Mereka semua berumur sekitar 18-20 tahun.
Ogos: Estranged menghasilkan rakaman demo pertama, mengandungi lagu “After All”, “Don’t Be Afraid” dan “Reach”.
2002Januari: Estranged menyertai pertandingan Asian Beat 2002 tetapi hanya berjaya hingga ke peringkat suku akhir.
Februari: Adzrai dipanggil menggantikan Leonard di posisi gitar.
Mac/April: Estranged mula gigih bersaing di gig-gig underground sekitar Lembah Klang.
May: Syarikat Beta Recs dan EMI Malaysia memberikan tawaran pertama karier band muda ini. Proses penggubahan lagu-lagu untuk dijadikan album pertama bermula dengan gigih. Sambil itu Estranged tetap menyahut jemputan-jemputan gig underground.
Disember: Pada akhir tahun mereka menerima jemputan pertama dari luar Kuala Lumpur apabila dipanggil menyertai konsert indie tahunan ‘Soundcheck 2002’ di KOMTAR Pulau Pinang bersama kumpulan-kumpulan terkenal seperti Koffin Kanser.
2003Mac: Setelah pemergian Lionel untuk menyambung pelajaran muziknya di Amerika, secara kebetulan Rudy, pemain dram kumpulan Pop Shuvit mengesyorkan khidmat adik bongsunya, Azwin Andy, kepada Estranged.
Disember: Sementara itu, JR masuk menggantikan Alda di posisi bass buat sementara. JR sempat beraksi bersama Estranged di festival ‘Rock the World 4’, persembahan terbesar Estranged setakat itu.
2004Februari: Produksi album ‘In Hating Memory’ bermula.
Mac: Estranged bertemu dengan bassis idaman mereka, Ken Chung, seorang pemuzik profesional yang seumur dengan mereka.
Mei: Rakaman album berterusan sehingga ke akhir tahun di sebuah studio rumah kepunyaan rakan karib mereka di Shah Alam.
2005Januari: Adzrai meninggalkan band untuk menyambung pelajaran di Melbourne, Australia dan digantikan oleh Fairul untuk beberapa minggu sahaja.
Februari: Estranged menjumpai gitaris ideal mereka, Nor Hanafi Noor Hadi. Hanafi, senior Din dan Rich di ICOM, yang telah lama menjadi pengikut muzik Estranged, sama seperti salah seorang idolanya John Frusciante yang bermula sebagai peminat Red Hot Chilli Peppers.
Mac: Seorang komposer dan gitaris muda yang berwawasan dan berbakat besar, namun sumbangan Hanafi yang pertama adalah kemunculannya dalam video muzik “Velocity” diarah oleh pelajar Akademi TV3 dan juga “Chocolate Syrup”, arahan Tan Chee Meng.
April: Album ‘In Hating Memory’ dilancarkan di Paul’s Place, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Dengan ini, Estranged menerima perhatian media hiburan dengan serius buat pertama kali.
Mei: Rich membuat keputusan untuk menyertai musim keempat Akademi Fantasia.
2006 April: Tanpa kehadiran Rich yang masih sibuk dengan komitmen sebagai finalis AF 4, band-nya menyertai pertandingan ‘Rock Unite’ tanpa penyanyi utama. Hanafi mengambil alih tugas vokal untuk lagu “Slave”, sebuah cover kumpulan Silverchair tetapi gagal memasuki pusingan akhir.
October: Ahli-ahli Estranged mendaftarkan syarikat mereka sendiri, EAD Entertainment, untuk menguruskan hal ehwal band.
November: Estranged menghadiri majlis Anugerah Era 2007 untuk pencalonan dalam kategori Artis Inggeris Tempatan Terbaik.
Disember: Estranged menghadiri majlis anugerah tahunan stesen radio Hitz.fm bagi artis Inggeris dan ‘urban’, MET 10 Awards, dan memenangi kategori Best Rock Song dan Best Rock Video untuk lagu “Chocolate Syrup” dan “Velocity”.
Festival tahunan ‘Rock the World 7’ – yang terbesar setakat itu dengan tiga buah pentas – menyaksikan Estranged muncul di pentas ‘Indie Stage’Rich menulis lagu “Itu Kamu” dan rakaman dilangsungkan segera di Studio 21:05, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kepunyaan syarikat Shuvit Management, dengan sentuhan JD Pop Shuvit sebagai penerbit bersama.
2007Januari: Primer video muzik “Itu Kamu”, arahan Jack Wung, di saluran Astro Ria berlangsung pada 30 Jan, 9.30malam, menandakan keluaran single ketiga Estranged selepas “Velocity” dan “Chocolate Syrup”. Berikutan dari tarikh itu, letupan Estranged mula dirasai di kalangan umum dan muzik mereka bukan lagi didengari di dunia indie sahaja.
Mac: Album ‘In Hating Memory’ dilancar semula di Laundry Bar, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, dengan kulit album baru dan selitan lagu “Itu Kamu” serta sebuah lagi lagu bahasa Malaysia, “Kembali”.
April: Estranged diundang membuka persembahan konsert kumpulan Good Charlotte bersama One Buck Short.
Mei: Estranged muncul membuat persembahan live lagu “Itu Kamu” secara
‘unplugged’ di pentas “Muzik Muzik”. Mereka layak ke peringkat separuh akhir
Jun: Estranged dicalonkan melalui lagu “Itu Kamu” dan menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura.
October: Ken Chung meninggalkan Estranged atas sebab-sebab peribadi. Vinder Singh pula menyertai Estranged sebagai pengurus artis.
Proses pre-produksi untuk album kedua bermula di Studio 21:05 dengan JD Pop Shuvit sebagai penerbit bersama.
2008Januari: Estranged memenangi Anugerah Juara Lagu ke-22 kategori keseluruhan dan pop/rock dengan lagu “Itu Kamu”, ciptaan Rich dengan susunan orkestra dinukil oleh Hanafi. Pengiktirafan dan layanan istimewa langsung diberikan kepada ahli-ahli Estranged yang terkejut dan belum pernah menerima perhatian seperti ini. Untuk kenali lebih lagi juara lagu 2007 ini, layari estranged.info