CLEO, majalah terbitan ACP Magazines Pte. Ltd, baru-baru ini menganjurkan Anugerah Fesyen buat kali pertamanya setelah 12 tahun berada di pasaran. Bertempat di Zouk Club Kuala Lumpur, anugerah fesyen ini berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan turut dihadiri oleh pembaca-pembaca CLEO yang bertuah.
Sebagai majalah gaya hidup berbahasa Inggeris yang paling laris di pasaran, acara ini merupakan usaha yang patut dipuji memandangkan tiada lagi anugerah sebegini yang pernah dianjurkan.
Sebanyak 16 anugerah yang dipertandingkan untuk anugerah tersebut dan ia telah diadili oleh panel-panel juri yang cukup berpengalaman dalam industri fesyen di negara ini. Antaranya ialah, Sally Teo (Pengarah Fesyen CLEO), Khoon Hooi (pereka fesyen), Bernie Chan (model, pelakon dan pengacara) dan Sazzy Falak (pelakon dan pengacara).
Pasti anda hendak tahu label fesyen yang mana berjaya merangkul anugerah bukan? Semak senarai berikut dan selepas ini jangan lupa ‘shopping’ ke premis label-label tersebut. Ikut ‘trend’ lah beb! Tak kan anda mahu dicop sebagai ketinggalan zaman.
1) Best Shop For Wow! Workwear – RAOUL
2) Trendiest One-Stop Fashion Shop – Topshop
3) Most Stylish Basic Finds - GAP
4) Best Shop For Shoes – Vincci
5) Best Shop For Party Finds – Warehouse
6) So-Comfy-Jeans-You-Could-Almost-Live-In-It – Calvin Klein Jeans
7) So-Cool-It-Freezes Label- Voir
8) Curves-Loving Lingerie – Triump
9) Most Butt-Flattering Jeans – GUESS & Levi’s®
10) Trendiest Sportwear – Adidas
11) Best Stop For Cheap and Chic Casuals – P&Co
12) So-Sexy-It-Hurts Lingerie Label – La Senza
13) Best Swimmer Label – Women’secret
14) Best Stop For Funtional Bags – LeSportsac
15) Most Stylish Comfy Shoes – Skechers
16) CLEO Girl’s Favourite Mall – 1 Utama Shopping Centre (pilihan pembaca)