Peristiwa ini dah lama juga berlaku, dalam tahun 2001 begini, aku ada
mengenali seorang gadis bernama Zamrah Mamat, orang Melaka, orang
Londang. Aku juga orang Melaka.
Satu hari aku kerumahnya di
Londang Melaka untuk berjalan raya. Setiba disana aku bertanya salah
seorang penduduk kampung dimana rumahnya Zamrah Mamat. Orang itu pun
memberi arah rumah tersebut, tetapi rumah itu tiada penghuni, mungkin
keluar. Lalu aku tinggalkan nota "zamrah tunggu abg di tasek air keroh
jam 2.00 ptg".
Esoknya aku tunggu ditempat yang aku suruh,
hampir 2 jam tunggu dia tak muncul juga, lalu aku kerumahnya semula,
alhamdulillah rumah tersebut ada penghuni. Aku memberi salam, dan tuan
rumah mempelawa ku masuk dan menghidangkan makanan.
Ketika itu
aku tersipu-sipu mana Zamrah ni tak keluar-keluar lagi. Yang ada
didepan ku kedua orang tua. Lalu bertanya tuan rumah itu kepada ku,
siapa yang letakkan nota di pintu rumahnya, aku dengan tersipu segan
campur malu, aku mengaku. Dia bertanya lagi apa perhubungan awak dgn
Zamrah. Aku katakan kawan aje....dan dia pun mempelawa lagi...minumlah
jangan malu-malu.
Setelah selesai orang tu pun memberi tahu yang
bernama Zamrah adalah isterinya dan Mamat adalah namanya. Aku malu
teramat sangat, kerana aku tersalah rumah. Nama teman ku ZAMRAH BTE
MAMAT rumah yang aku datang ni rumah Zamrah dan Mamat.